Monday, September 28, 2009

Sinema ~ Jin Notti

Malam Sabtu kami g nengok. Kul 11.20 baru masuk gitu. Ok la, citernya, tak best mana pun kata KRZ. Bolehlah, tapi aku terasa macam ada copycat dari filem mana yer? Puas memikir tak dapat2. Gambarnya takde kerana sudah lupa la... Haha! Bye!

Sunday, September 27, 2009

BMLW ~ Here We Come, Again!!

Hari raya keempat sangat sedih kerana terpaksa tinggalkan kampung. Tapi dalam pada masa yang sama kami gembira jugak. Yess! Akhirnya tertunai jugak hasrat kami nak ke Bukit Merah Laketown Waterpark (BMLW). Maaf, bukan kami yang beria-ia nak mandi tau, tapi sebab dah lama jugak rasanya anak2 tak dibawa kesitu. Lagi pun memang depa suka sangat kalau g waterpark. Last time ke sini, Fatin meraung2 tak mau balik. So kali ni memang dia main sampai puas la. Mula2 sampai tu kami g beli shorts untuk KRZ. Yang beli sama baju mandi aku dulu tu salah saiz. Sangat tidak selesa. Ni sementara KRZ p amik duit yang tertinggal dalam keta. Rafiq buatlah perangai memunggah dan bila aku tegur mengamuk! Pandai pulak bila aku tala kamera, dia diam terus.... haha! So, mandi2 macam biasa. Ada kejadian best tau, waktu kami tengok2 langit dengan awan yang semakin menghitam, ternampak chairlift ni termati. Eh! Tak mati, pengsan sebab pastuh dia hidup balik. Yang lucunyer, ada sorang mamat tu gayat ke takut, pegang dua belah tangan tiang tu. Tak sempat nak snap pasal Olympus gue SUPERSLOW! Sekian, tamat satu entri.

Raya Ketiga

Raya ketiga bermula dengan kami menghadiri perjumpaan keluarga seorang rakan. Ceritanya boleh baca kat sini ----> Eyeball di Sg. Bayur .
.
Kemudian kami terus g Baling melawat Sheri. Malas mau edit gambarnya amik dari blog 9W2DAK jelah yer..... Tak lama kami kat baling kerana ada jemputan adik ipar KRZ jadi terpaksa pulang awal. Walau bagaimanapun sepat juga ajak KRZ singgah pasar malam.
.
Ngeh3, dah lama rasanya tak g pasar malam kat kampung yang sebnarnya tak sampai malam pon... Haha!
.
KRZ janji nak balik raya ketiga tapi aku sangat bertimbang rasa ok! Aku setuju balik pagi raya keempat.
.
Yang sebenarnya tak terus balik pun. Nantikan saja dientri seterusnya. Bye!

Raya Kedua

Miahaha! Awal lagi aku dah siapkan kolaj gambar raya kedua tapi saja post lambat sikit. Pada pagi raya kedua, kami ke rumah Tok KRZ kat Kg. Medan. KRZ menjadikan acara wajib kalau balik kampung mesti singgah situ. Kurang meriah pasal tak ramai yang ada kat situ. Masing2 ada rumah sendiri kan.... Kemudian kami g umah Pak Chong (kawan baik KRZ dari kecik). Nama sebenar beliau adalah Nizam. Fatin yang terlebih eksaited kat umah Nizam tu. Rafiq dodo jadi taklah merasa naik beskal kat halaman umah Nizam tu. Baru nak beransur hari hujan pula maka terpaksa tunggu hujan berhenti baru kami gerak ke Alor Setar. Perjalanan ke Alor Setar terasa sangat jauh kerana aku ngan KRZ dah kepenatan. Almaklum dok umah Pak Chong agak lama juga tadi siap dijamu kuay teow sup sedap. Perut kenyang, cuaca sejuk jadi mata pun berat. Sampai tak tertahan KRZ benti kat Petronas katmanantah, kami tido sekeluarga dalam keta.
.
Akhirnya sampai juga Alor Setar tapi tersekat dalam kesesakan yang tahap dahsyat selepas keluar tol. Dan bertemu juga dengan Kay On (Kamarul) yang rupa2nya bertunang hari tu. Sangat dahsyat kamu ni bila berahsia yer..... Otw balik teringat nak g Sg. Lalang umah kawan kami tapi dah lewat sangat dengan Rafiq yang meragam plus panggilan telepon tak berjawab. Kurang lebih jam 2 pagi kami sampai semula ke umah ayahbonda KRZ. Sekian....

Friday, September 25, 2009

1 Syawal 1430

Perjalanan Hari Kemenangan buat keluarga aku bermula dengan kekecohan aku mengontrol anak2 yang eksaited nak amik kuih dalam balang. Kemudian dirancakkan dengan kehadiran pengasuh anak2 iaitu Ayu sekeluarga. Nasib baiklah aku buat jugak nasi impit malam raya tuh. Walau pun kucucuk2 sendiri plastik, isi beras sendiri jer kerana tak beli ketupat nasi Nona. Dan KRZ masak daging blackpaper faveret aku, itulah yang kami hidangkan. Kemudian kami ke Padang Jawa untuk beraya dengan mak. Cuma ada family Ceton (kakak aku yang kedua) kat umah mak dan sekor anak kucing yang dbuang ibunya. Haha! Ceton sibuk mengemas jadi takde gambar beliau sekeluarga.
.
Lepas makan rendang superb air tangan Ceton, kami pun gerak nak g kubur arwah abah. Sampai kubur, jumpa kakak aku yang first dan familinya. Tema ungu jugak, adoh sudah jadi keluarga besar nih. Mereka baru nak g umah mak, melepas makan nasi hujan panas beliau sebab kami semangat nak p beraya sana sini.
.
Rupanya, takde sape pun yang ada kat umah bila kami p. Terus, kami gerak pulang ke kampung saja petang raya pertama.

Berbuka di SKBBSD2

Pada suatu hari KRZ telah masak nasi ayam untuk berbuka. Sebab masak kecemasan dan bukan dengan penuh kasih sayang, tak berapa sedap nasinya kata KRZ. Tapi aku rasa sedap saja. Haha! Memang buruk lantak! Sedang kami menikmati hidangan tu KRZ mendapat panggilan telepon bertanyakan kenapa tak datang skul kerana ada majlis berbuka posa.
.
KRZ pun jawab la beliau tak tahu kerana dah 3 hari tak pg skul sebab jadi pengawas UPSR. Maka lepas makan lebih kurang kami p jugaklah tunjuk muka.
.
Macam2 ada tapi perut dah kenyang. Rasa sikit2 makanan yang ada kami pun pulang.

Newborn ~ Lagi Anak Dae Comei.....

Kisahnya Noni kononnya nak balik awal ke kampung halaman konon2nya tak mahu bersalin di Selangor. Tapi belum sempat nak balik, dia dah bersalin. Jadilah orang Selangor juga anak Noni kali ini. Apa pun tahniah! Mesti Kak Diana akan lebih matured lagi lepas ni kan..... hehe! Bye!

Thursday, September 24, 2009

Gallery

Sangat malas nak citer la sebab dah lapok.... tengok gambar saja ya. Nanti cerita raya akanku ceritakan.....
1. Shopping@Mydin2.Upin & Ipin 3. IB Cappuchino 4. Sahur SCS (A) 5. Sahur SCS (B)

Gelagat di Car Wash

Haha! Memang lucu! Rasanya itulah pengalaman pertama kami cuci kete dengan anak2 ada sekali. Biasanya time cuci berdekatan umah, kami semua keluar g kedai makan. Punyalah seronok depa bila disembur air... bila kena sabun lagilah seronok.... Hehe! Rafiq terjerit2 siap tepuk2 cermin kereta bila pekerja tu sembur air kat cermin. Adoh! Macam2 perangai korang ek?

Sorok!

Hm... lagi cerita basi tapi tetap hendakku kongsi. Malam balik dari pasar malam tu kami keluar ke Tesco kalau tak silap au la, beli bekaln susu anak2 kot. Dah lupa la. Tapi, masing2 anak2 bawak wallet yang baru KRZ belikan kat pasar malam. Tetiba Rafiq punya wallet hilang... nak tahu disoroknya kat mana? Tengok gambar ni....
Haha! Dalam kaki seluar pun boleh! Cayalah dik!

Aku kembali tapi ceritanya dah basi....

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog. Aku baru sampai dari kg KRZ. Semangat nak ngapdet tapi card reader dgn wire camera tertinggal dalam keta. Makanya aku update sikit citer dah basi ..... yang pertama waktu UPSR, DEL soh kami p melawat anak2 angkat.
.
Memandangkan aku takde kat skul waktu pemberian nak angkat (waktu g KDP 14 minggu kat IPBA), jadi aku g meneman Liza la. Hm.... ni gambarnya ya.... akulah photographer jadi gambarku takde..... Pemilihan anak angkat? Pelajar2 kelas terakhir setiap tahun bermula dari tahun 2 akan diberi seorang ibu atau bapa angkat yang akan membantu memantau pembelajaran serta perkembangan mereka disekolah.
.
Hmmm.... oklah yer, nanti ada lagi satu cerita. Tak tau boleh update cerita raya... hehe...bye!

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri...

Ini adalah sticky post. Saja hendak bagi kad raya pada yang sudi. Walau apa pun Selamat Hari Raya aku ucapkan. Kira 0-0 lah antara kita yer. Apa2 yang aku buat kamu semua terasa, aku tak pernah terniat nak sakitkan hati kamu. Aku tidak sengaja. Maafkan aku ya!

p/s: Kredit to Acik sebagai designer kad rayaku ini.... muaxx!

Bisik-bisik Menggugat Perasaan

Ruangan bisik-bisik adalah wajib aku baca bila baca suratkhabar Utusan Malaysia atas talian. Hari ini, apabila selesai aku membaca, secara tiba-tiba ada satu getaran dari hati aku.
.
Aku sebak, sedih. Aku tidak mahu kamu semua turut sedih sebenarnya, tapi sekurang-kurangnya cuba baca kandungannya dengan hati dan jiwa seorang anak Malaysia.
.
ARKIB : 14/09/2009
.
BISIK-BISIK
.
TUN Dr. Mahathir Mohamad, negarawan ulung negara menjadi sasaran biadap dan kurang ajar segelintir perwakilan MIC pada perhimpunan agung parti itu semalam.
.
Salah seorang perwakilan parti itu mencadangkan - di dalam dewan keramat UMNO, Dewan Merdeka - supaya Dr. Mahathir diberikan kalungan selipar.
.
Samy Vellu, presiden parti selama 28 tahun itu - hanya memerhati dan mendengar.Semasa Dr. Mahathir berada di tampuk pemerintahan, Samylah sanggup menyuapkan kek ke mulut orang tua itu, saban tahun.
.
Hari ini, Tun Dr. Mahathir tidak bernilai lagi.
.
Awang Selamat
.
Aku bukan pro atau kontra sesiapa. Aku cuma penjawat awam. Aku juga tidak menyokong atau membuat bantahan sekiranya ada berlaku atau aku cuma ada terdengar cakap-cakap orang.
.
Aku bersuara menggunakan hak aku ketika mengundi saja. Tapi rencana tersebut membuatkan aku terfikir, jahilnya rakyat Malaysia ini.
.
Aku selalu ingat satu perkara, kenangi seseorang akan kebaikannya. Kalau kita kenangi jahatnya, pasti dia jadi musuh kita.
.
Aku juga tidak menafikan kita semua manusia biasa, tidak dapat lari dari membuat salah, tapi takkanlah kamu semua tidak dapat nampak apa yang Tun Mahathir sudah berjaya buat pada negara kita...
.
Malas hendak tulis banyak-banyak. Nanti aku dituduh macam-macam pula. Fikirlah sendiri.....

Sunday, September 13, 2009

Mesin Tebu

Hari Jumaat macam biasa la mesti singgah Pasar Malam (PM). Seronoknya pegi PM ni barang murah2 dan banyak pilihan. Kalau satu gerai kualiti barang tak best, masih banyak lagi pilihan di gerai lain.
.
Yang tak best, bila sampai bahagian toys, aku kena dukung anak. Haha! Kalau tak depa akan mengamuk sampai dapat. Malas nak layan sebab depa ni bukan main sangat.
.
Ni waktu kami singgah beli sat-a (sate ayam). Bersebelahan dengan gerai jual air tebu. Jadi anak2 sangat hairan melihat tebu dimesin tu. Ok yer, petang2 sikit nanti ku ngapdet lagi. Bye!

Aku & Mas

Hari Jumaat lepas, kupakai jubah yang kubeli sewaktu mengandungkan Rafiq. Kebetulan Mas juga berjubah warna sama. Walau corak berbeza, sekali pandang tetap nampak sama....
Apa pendapat korang?

Tampalan Yang Menduga Kesabaran

Haih! Lama rasa tak ngapdet. Takdak idea, takdak cerita. Maaflah yer rakan2. Pagi Sabtu aku bangun awal dengan Rafiq. KRZ dan Fatin tidur jam 6.30 pagi jadi memang akan sampai ke tengahari la. Bangun2, aku nampak sesuatu tertampal di atas dinding. Ku amat-amati, rupanya stiker Fatin. Segera kutanggalkan, kusuruh Rafiq pegi ambil buku dan tampal dalam buku.
.
Rupa-rupanya ada saja projek kamu kalau tido lambat eh?
.
Hai Fatin anak bertuah, kekretipanmu terlalu dan membuat aku haru.....

Tuesday, September 8, 2009

Lepak Umak Mak!

Haha! Aku tak tulah sama adaaku ada bagitau KRZ atau tidak. Aku rasa ada da assumed dia tak dengar la planning berbuka umah mak hari Ahad lepas. Udahnya lepas tengok wayang terus gerak p umah mak..... jengok2 jadilah. Sempena birthday anak buah kedua aku dan juga abang sulung aku pada keesokan harinya. Walau pegi dah lambat tapi masih ada padprik ayam dan nasi.
.
Juga tak ketinggalan cheesecake serta kek sponge. Se'eh perut sebab kena rasa semua. Seronok sesekali jumpa tapi sayang anak2 tido,ta dapatlah nak berperang dengan sepupu sepapat yang ramai itew.... Sekian..... Wassalam.

Berbuka @ Pangung

Hari Ahad lepas kami g tengok wayang. Sementara nak menanti tayangan g window shopping kat Jusco Home Centre. Dah tak larat berjalan, aku lepak ngan anak2 kat bahagian meja kank2 ni. Melayan la anak2 aku main sambil KRZ g tengok barang2 keperluan dia. Kul 7 baru jumpa Acik lepas beli CC kami berbuka dulu baru masuk panggung. Malasnya nak bercerita. Oh! Jumpa lagi nanti. Bye!

Teh Candu!

Aku pun tak tau nama teh ni sampai satu hari makan kat kedai mamak, nengok seorang lelaki cina tua minum. KRZ yang bagitau aku namanya. Berasal dari Ipoh. Lepas lepaq di Qaseh, kami berpindah ke Pelita Nasi Kandar Seksyen 9. Fie yang mula2 oder, bila si Kodai rasa tetiba beliau pun oder gek! Macam cendol kata Acik tapi aku tak berminat nak rasa lagi. Ha! Tunggulah bila betul2 rasa nak minum, akanku oder jugak!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog