Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, November 15, 2009

Pengumuman!!!

Secara rasminya hari ini aku berpindah ke rumah baru. Semoga memberi semangat baru la. Heehe. Jangan lupa jenguk ya.... RUMAH 2

Wednesday, November 11, 2009

Happy Birthday, Rafiq!

Semalam, genap umur RAFIQ dua tahun.
Tiada sambutan atau majlis makan-makan. Aku ngan KRZ kepenatan dengan program sekolah. Aku incharge bhagian pameran sempena Hari Koku, KRZ pulak 3 acara gabung dalam satu hari. Mana nak meniaga (Hari Keusahawanan), tengok pameran (Hari Koku) dan Pelancaran Roket Sains. Memang kami sangat penat.
.
Tapi bawak juga anak2 g jalan2. Pastu tetiba ada mini sambutan kerana kebetulan Acik, Dai, Fie dan Pizi berkumpul kat Ani Sup Utara.
.
Aku pun g beli la kek kecik, jadilah jugk dari takde langsung. Bukan Ummi & Ayah tak mahu buat majlis untuk kamu, Rafiq.... tapi memang keadaan tak mengizinkan.
.
Apa pun harapanku agar Rafiq menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna pada semua suatu hari nanti. Semoga hidup sentiasa mendapat rahmat Tuhan, berbahagia dan tenang selalu..
Salam sayang,

Lots of work, but less time!

Salam. Maaf, lama rasanya tak mengapdet. Agak kebizian di penghujung persekolahan ini, banyak juga citer pending. Later la ye... Aku akan kembali aktif lepas mid term exam tengah bulan ni. Sampai jumpa lagi. Bye!

Monday, November 2, 2009

Tags dari Cik Ryn....

Name:

Fida

Sister(s):

3 (Ana, Aton, Azah)
Brother(s):
3 (Atan, Adi, Amat)
Shoe size:
8 or 9..hahahhaha ini giant ker hape?
Height:
170 cm
Where do you live:
DD
Have you ever been on a plane :
Nopes... teringin....
Swam in the ocean:
Yup, masa PPL kat Sg. Tukun dan terbaru Redang Island. <--- eceh, padahal guna B.A jer... hiks!
Fallen asleep at school:
Tak pernah dulu & sekarang
Broken someone’s heart:
Tak tahu... orang tak pernah bagitau....
Fell off your chair:
Tak pernah....
by the phone all night waiting for someone to call:
Waktu duk JB, tunggu KRZ la call.... <--- sealunya tertidur, haha!
Saved e-mails:
Ada juga beberapa walaupun aku juga suka delete email.
What is your room like:
Cozy sampai bila masuk je terus rasa nak tido... <--salahkan bilik, padahal aku suka jer tido... ngeh3!
What’s right beside you:
dinding dan katil Apiki
What is the last thing you ate:
pisang goreng cicah cili kicap... mabeles!!!
Chicken pox :
Sekolah rendah, tak ingat darjah baper....
Sore throat:
Yup. Selalu esspecially time jerit lebey kat kelas...
Stitches:
Ada satu besar, buang appendictis,
yang lain jahit 2 kali lepas beranak...adoh!!
Broken nose:
Tak pernah danharap tak akan pernah.
Do you…Believe in love at first sight :
Tak, pandang pertama bukan cinta, tapi hanya terpesona dengan keindahan... <--fikirkan!
Who was/were…The last person you danced with:
KRZ, lepas habis pantang bersalin Fatin, kat Holiday Villa. (tak usah membayang dance yang lomantik-dance hantam sajalah labu kaedahnya!)
Last made you smile:
Gelagat anak2 jap tadi... adoyai!
Today did you…Talk to someone you like:
Semestinya. Ngan somi, anak2 dan kawan2..
Get sick:
Jarang la benar2 sick, tapi kerap sakit kepala...
Miss someone:
Makkkkkkkkk aku & Tok KRZ<----semoga kalian sihat selalu...
Did you ever…Kissed anyone:
Takkan tak pernah.....
Talk to an ex:
Nama pun ex kan... abaikan jer... haha keji!
Miss your ex:
Tak jugak! Teringat pun tak....
Who do you really hate:
HIPOKRITOS! HATE U!!
Do you like your hand-writing:
Tak! Sebab ikut mood....
Are your toe nails painted:
Apa soklan ni? Nampak sangat penulis asal tag ni bukan Muslim
Whose bed other than yours would you rather sleep in:
Bilik Rafiq <--tepi desktop jer.. haha!
What color shirt are you wearing now:
Cream <--baju boling KRZ !
Are you a friendly person:
Iyer agaknya. Baru jumpa boleh macam 10 tahun kawan,
tapi tetap bergantung pada org tu jugak...
Do you have any pets:
Xde…membela anak2 je sekarang!
Do you sleep with the TV on:
Tidak, dan benci orang yang berbuat begitu.
Membazir karan!
What are you doing right now:
Jawab tag sambil marah Rafiq jangan memunggah!
Can you handle the truth:
Ya, walau sepahit mana pun...
Are you closer to your mother or father:
Kecik2 mak kata aku memang anak abah,
tapi aku cukup ngam dengan mak...
Do you eat healthy:
Nope. Ikut suka jer..
tapi tak suka air gas....
Do you still have pictures of you & your ex:
All dispossed!
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
My hubby..
Are you loud or quiet most of the time:
Biasannya bising je , org diam pun aku riuh gak...
Are you confident:
YESS! 200%
5 things I was doing 10 years ago...
-Tolong kakak aku meniaga, keje kat Nationwide, banyak luangkan masa dengan family, jadi drebar mak dan arwah abah dan hidup tanpa memikirkan apa-apa.
Things I would do if I were a billionaire.
- Banyak, tapi semua untuk orang lain.
5 places I’ve lived/living
1.Gelugor
2.Tampoi
3.Padang Jawa.
4.Sg. Penchala 5.Damansara Damai
5 people I tag:
Tiada paksaan, rasa nak jawab, buat saja.
.
-Thanks Ryn sebab sudi tag disaat aku ketandusan idea apatah lagi bahan untuk ngapdet!

Sunday, November 1, 2009

This Is It

Hampeh tak dapat menghayati cerita.
Dah la masuk lambat...
Kemudian, Rafiq awal lagi buat perangai
jadi KRZ dok luar ngan dia.
Then Fatin pulak nak berak sampai 3 kali g tandas.
Last2 keluar gitu jer.
Huhu... tunggu jelah kuar kat tv nanti.....

Malam Ahad di Meru

Hmm... kononnya nak melepak dengan geng biasa, rupanya KRZ dah berjanjian dengan rakan nak bantu untuk ice-breaking. Jadi kami ke SK Meru 2, yang asalnya aku pg sekolah anak buah aku SK Jalan Meru 2.
Haha! Aku takde aktiviti melainkan melayan anak2 yang banyak ragamnya.
Ketua kelas yang sibuk dengan payung. Dan penolong ketua kelas yang sibuk juga dengan payung
tapi siap patahkan lagi payung aku tu... huhu...
Kamu memang ganas la dik. So sori ek, KRZ, tak banyak gambarmu
yang sempat kurakamkan.
Hehehe... Anakmu terlalu banyak ragam....
Sampai jumpa lagi nanti ya rakan-rakan...
Bye!

Kem 1Malaysia di SK SS19, Subang Jaya

So sorry allz, aku menghilang tak sempat nak kasi tau aku bertugas di SK SS19, Subang Jaya.
.
Sebenarnya macam berat hati jugak, pasal teringat bebudak exam dan akan ada Hari Kanak2 pada Jumaat tu, tapi tak apalah.
.
Aku sangat berharap tahun depan, aku akan dapat bagi komitmen pada sekolah pula. Mungkin aku akan mengambil langkah drastik.... tapi semua belum konpom lagi. Tengok keadaan.
Gambar ni malam persembahan, KRZ datang ngan anak2 sekali.
Dan ini pula aku dan Kak Rozi. Beliau ni pakar senamrobik.
Memang unik stail beliau dan sangat berkesan hingga mengeluarkan peluh jantan kalau ikut dia buat senamrobik.
.
Sori takde banyak gambar pasal aku bertugas yer.... Eceh.... Macam yer sangat, padahal banyak rilex pasal cikgu-cikgu sekolah ni sangat rajin dan komited. 5 bintang untuk anda semua! Tahniah!

Tuesday, October 27, 2009

Update: Susulan 22 pelajar hilang: Hanya 3 dihanyutkan

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.
.
Mayat seorang murid perempuan dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah temui 8.40 pagi tadi manakala dua lagi masih hilang. - Bernama
.
Semoga yang masih hilang tue selamat...Aminnn....

Tragedi Kem 1Malaysia!

Haih! Berdebar rasa hati bila baca berita ni....
KAMPAR:Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kirakira 10.30 malam tadi.Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.
.
Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
.
Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.
.
Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.
.
Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.
.
Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.
.
Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya."Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.
.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
.
Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.
.
Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik."Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.
.
Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.
.
Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas. Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.
.
Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.
.
Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kirakira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kirakira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.- BERNAMA
.
Bukan apa aku nak g bertugas petang ni. Tapi aktiviti hanya kat sekolah kat tengah bandar. Jadi kompom takde sungai. Apa pun kena selalu beringat safety first. Doakan keselamatan aku dan anak2 murid aku ye.....

Tak Senonoh ~ Pembaca bawah umur sila tutup mata!

Hmmm.... aku amik gambar ni dari rumah. Ke rumah bawah blog sebelah. Yang aku perasan, family tu ada anak kecik2 dan aku agak mungkin ada sorang anak dara yang biliknya di tepi laluan nak ke taman jer.
.
Yang boleh aku agak ada anak dara tu pasal selalu aku nampak buipren dia bertenggek kat tingkap bilik dia. Adakalanya bertukar2 baju pulak. Atau mungkin juga anak bujang. Entahlah.....Ketika hujan turun seorang anak muda keluar dengan memakai boxer lalu menari2 tak ketahuan gayanya.
.
Mula2 aku tengok kerana nak tahu, apa yang bising2 terjerit2.
.
Rupanya2 ada rain shower.
.
Sebab depa sudah lebey buat bising dan sangat over, aku p la amik camera dan amik gambar. Nak sangat orang tengok kan?
.
Amik kau aku publish bagi satu dunia tengok!
.
Yang tambah menyakitkan hati,
siap ada kawan rakam lagi aksi tak senonoh tu.
.
Hai, ada hati nak keluarkan kat youtube ker?
Macam2 budak sekarang ni, kan?

This is It (movie)

Lalalalala...
kami dah dapat tiket untuk menonton filem MJ - This Is It! Hmm... KRZ sangat tidak membina kerana katanya
sedutan filem boleh ditengok melalui youtube.
Hehe! Tak pasti ada lagi tak tiketnya
tapi memang jualan dah mula la.
Waktu aku g beli tu pun seat yang best tinggal sikit saja.
Kalau korang rasa nak g tengok,
apa tunggu lagi, g la beli!

Cuba-cuba

Hmm... balik dari Cameron Highland,
aku tak terus bagi anak2ku cuba pakai baju baru.
Saja tunggu KRZ balik dari camping baru aku pakaikan.
Gambar2 ni KRZ yang amik. Tetiba Apiki kata nak 'lat' (solat-sebenarnya).
Kalakar tengok gaya dia, kalau sujud siap terus meniarap.
Siap cium2 sejadah bagai.
Yang gaya ni bangkit dari sujud la kononnya...
Haha! Luculah kamu ni dik....
.
Dan satu lagi montaj pakai baju yang Sue Joshua bagi.
Ngam2 dengan anak2 aku jadi tak boleh simpan raya tahun depan.
Ha! Abish ku pakaikan. Rafiq nak juga beraksi, tapi Fatin leka tengok tv
sampai aku pun kena mrah sebab lindung pandangan dia ke tv.
Hailah anak2.....

Sambal Power

Semalam aku sakit perut dan terpaksa g klinik.
Semuanya gara2 sambal ikan bilis petai yang KRZ masak. Memang sedap dan terangkat kerana kepedasannya.
Adeh!

Monday, October 26, 2009

A Birthday Dedication!

Justify Full
  • Sudah2 berita sedih, mari raikan harijadi!
  • Kepada sahabatku Aili Airin,selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga kamu berbahagia sentiasa,dimurahkan rezeki dan peroleh kesejahteraan.
  • Ryn,kamu berkongsi tarikh kelahiran dengan arwah abah aku.
  • Al-Fatihah!
  • Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kecuaian aku, kebodohan aku. T_T

Ini bukan kali pertama. Entah kali keberapa. .
Aku memang cuai. Memang bodoh sombong kerana tidak sering mengingatkan diri sendiri. Akhirnya aku kehilangan henpon Express Music kesayangan yang KRZ bagi sempena besday aku tahun ni. Itulah hadiah pertama beliau sempena besdayku, tapi aku dah hilangkan. Memang aku cuai! Aku mengaku.
.
Oh! KRZ! Maafkan isterimu ini.... Uwaaaaaa!!!!!!
.
Menangis air mata darah pun tak berguna. Kisah bermula dalam keta sebelum keluar ke TESCO. Aku pegang kunci keta coure KRZ. Lantas aku tak masukkan dalam pouch bag. Aku masukkan dalam dashboard keta.
.
Kemudian, terbau sesuatu yang aneh! Rafiq berak. Terus ke baby room salin lampin. KRZ and Fatin lepak atas sopa dalam baby room. Naik ke supermarket, g cari corn flakes untuk Fatin. Jalan lambat2 tapi tak sampai setengah jam pun.
.
Waktu nak bayar baru perasan beg aku takde. Tak panik lagi, mintak ngan KRZ sebab beliau suka sorokkan beg aku. KRZ buat muke siyes kata dia tak amik. Terus aku tanya dia last dia nampak kat mana? Katanya kat Baby Room.
.
Lantas aku lari ke Baby Room tinggalkan KRZ bayar sorang2. NAN ADO! Aduh! Terasa mau pecah dado. Walau pun semua kad ATM, IC aku, Mykid anak2 serta lesen memandu kat dalam tu, aku lebih risaukan handphone. Kerana aku tau, aku takkan berjumpa lagi dengannya. Yang itu, yang KRZ beli.....
.
KRZ bertanyakan dimana kunci coure? Nasib baik aku simpan dalam dashboard tadi. Jadi kemarahan KRZ tidaklah terlalu.
.
Lantas kupinjam tipon KRZ tepon GPK mintak nombor tipon kawan yang boleh tanya orang untuk 'tengokkan' .... hasilnya HAMPA - orang itu admitted ke wad kerana darah tinggi plak. GPK bagi nasihat buat repot polis, aku kata memang nak buat pun tapi bukan sekarang.
.
Aku harus buat repot kat Khidmat Pelanggan Tesco terlebih dahulu. Mana tau, kot2 depa jumpa semula atau si pencurik itu mencampak beg aku tu di dalam kawasan Tesco... Lepas siap tulis repot, g cari BP Mutiara Damansara pulak.
.
Otw, sempat jugak tepon Maxis suruh block nombor tu sebab baru jer p bayar bil sambil2 dalam kepala terfikir betapa lecehnya nak g semua bank buat kad, bayar denda. G Jabatan Pendaftaran, buat Mykad baru + denda lgi. Kusut-kusut!
.
KRZ pusing 2 kali baru jumpa BP tu. Tengah2 buat laporan, KRZ yang tadi kata nak tunggu dalam keta datang dan berkata "Beg dah jumpa. Duit, kad semua ada, henpon saja yang takde!"
.
Aku meneruskan juga laporan sebagai langkah keselamatan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana tidak 5 sen pun duitku diambil. Kerana duitku tidak banyak mana. Aku bersyukur semuanya ada kecuali HANDPHONE.... Nangis lagik! Uwaaa!!!!!
.
Bersabarlah. <----nasihat kepada diri sendiri.
.
Kami kembali ke Tesco dan beg aku kembali kepangkuanku tanpa henponku. Aku sedih. Dan menerima nasihat dari suamiku.
"Cuai! Sebab itulah abang selalu mengingatkan diri abang, sebab abang pelupa."
Cukup ringkas dan amat padat padaku.
.
Aku sering sinis pada perbuatannya yang menekan alarm kereta berulang kali. Baru saja dikunci, sudah dibuka untuk dikunci semula. Ayatnya itu juga mengatakan aku bodoh sombong kerana aku juga pelupa tetapi sentiasa angkuh kerana tidak beringat. Maafkan aku wahai sayang!
Gambar terakhir yang sempatku transfer!

Cameron - Memang Berbaloi

Ada berita sedih ni.
.
Tapi aku ceritakan dulu sambungan g lawatan waktu kat Cameron Highland.
.
Selepas puas mengambil gambar di Mardi, kami dibawa ke Sungei Palas, tempat penanaman teh. Perjalanan memang mencabar sampai ada yang buat gaya naik roller coaster! Memang meriah! Haha! Tapi aku memang puas hati kerana mata aku ni sejuk memandang kehijauan di kiri kanan. Sebab tu aku duduk depan sebelah drebar udah gaya konduktor pula kata kawan2ku. Ngeh! Biarkan, janji aku boleh mengambil gambar sepuas hati.
.
Balik ke hotel untuk lunch sebelum sambung kurus pada jam 3.30ptg. Jam 5 dah tamat terus balik bilik menanti masa berlalu untuk menikmati STIMBOT! Sedapnya, tambah pulak da nasi goreng yang memang kegemaran aku tuh.... Mungkin sebab aku makan nasi makanya makan lauk pauk sedikit saja.
.
Makan stimbot ni buat aku teringat pada Acik, pada kenangan lalu yang tak mungkin berulang lagi.... Sapa2 yang terlibat jer paham...eh....T_T sedey tau!
.
Oklah, sambung lagi. Malam lepas stimbot ada satulagi slot kursus. Sama juga pagi2 tu ada sesi penutup serba ringkas dan lepas makan, gerak g Kea Farm cari bekal sikit untuk kawan2. Memang ada duit lebih tapi sebab belum sampai ke umah lagi, aku tak berani nak belanja sangat la. Bimbang terjadi apa2 dan takde uang kan ke payah? Balik2 terus g amik anak2 dan bila tengok muka depa ni, hilanglah penat memandu seharian! KRZ? dia p Kem 1Malaysia di SK Alam Megah. So, takdelah muka beliau dalam ini entri. Sekian, terima kasih.

Saturday, October 24, 2009

Rehatkan Minda

Thursday, October 22, 2009

Naik bas lalu ke MARDI...

Hai kengkawan... baru hari ni sempat nak update. Hari kedua kat CH, kami dibawa melawat kawasan2 menarik sekitar CH tu la. Berombongan naik bas bagai.
.
Tempat pertama yang dibawa adalah MARDI. Sampai2 aku terpegun tengok bunga2 berwarna-warni dan sangat cantik. Apa lagi, aku pun jadi tukang kebun sat terbongkok2 mencari sudut terbaik nak amik gambar. Nasib baik Canon dah sembuh. Jadi gambar memang superb la....
.
Sebelum masuk bergambar dengn Ketua Unit aku iaitu Puan Norliza Mustapa. Percaya atau tidak, beliau merupakan cikgu aku masa sekolah menengah... sekarang dah jadi rakan setugas! Ngeh3. Dan gambar depan poster adalah kat Pusat Informasi MARDI tu la. Masuk2 jer, nampak bunga besar2 berkembang elok.... Jalan2 lagi kat situ nampak lagi bunga2 yang berwarna-warni.... Tengok perbezaan 2 gambar nih.... Ini pulak bukan bunga plastik yer... cantik warnanya dan sangat unik!
Sebelum keluar, sempat singgah kat tempat tanaman epal. Inilah rupenya epal Malaysia. Sungguh kecik molek kan....
Rasa??? Tak tau tak rasa pun... hehe...
Sekian dulu kali ni, nanti akan ada lagi... Bye!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog