Daisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Ubat Sakit. Show all posts
Showing posts with label Ubat Sakit. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

Rafiq Tak Sihat!

Salam buat semua. Maaflah ada dua tiga citer terpaksa aku pending kerana anak aku yang bernama RAFIQ tidak sihat. Malam yang berbuka di Qaseh anjuran KCT tu beliau demam dan kami gegas balik awalsebab nak bawak dia g klinik.Ni gambar lepas balik dari klinik. Kesian kan? Tengok muka org sakit pegang beg ubat! Lepas makan ubat yang kali pertama tu dia kena cirit birit. Sampai la pagi ni waktu aku taip citer nih.
.
Semalam aku tak g skul kerana teruk sangat cirit biritnya. Dan tengah2 malam tadi g klinik sekali lagi sebab waktu g smalamnya dia belum cirit lagi.
.
Dalam pada tu aku risau kalau2 pihak sekolah ingat aku sengaja nak cuti. Harap-harap mereka faham. Doakan bujang kesayanganku cepat sihat yer. Wassalam.

Monday, August 3, 2009

Sakit Tekak!

Dek kerana berhujan panas dan menjerit sakan, aku sakit tekak yang kraktikal (perkataan asal kritikal). Ngalahkan itik pulak suara aku, paling teruk adalah pada hari Khamis lepas.
.
Ni dah ok skit. Saja cari bahan buat penawar rakan2. Walau takde muka aku. Ada satu kisah lucu, aku google cari imej yang berkait sakit tekak. Banyak la pilihan gambar. Dan yang paling lucu adalah gambar ni. Aku terbahak sorang2 lagik (macam waktu lepas baca entri relevan Acik tue!) Kali ni aku tak mahu dituduh gila dan terus bagitau kawan2 yang ada kat computer lab ni gambar ni....Mintak maap tuan punya gambo. Yang aku rasa lucu tu macam takde kaitan pun dengan sakit tekak. Ini namanya masker untuk facial... Haha! Babai!

Thursday, July 23, 2009

Flu

Aku demam selesema.
Kalau takde keje sepenting Program 1 Malaysia,
konpem aku mc n lepak2 kat umah jer...
Ni, baru balik skul dengan kepala terasa berat!
Seksa!!!!
Sempat jengok2 umah kawan2 sekejap.
Umah sendiri, tak larat nak belek. ~Ini gambar virus selesema yang tipikal (biasa la tu maksudnya)~
Adeh! Jumpa lagi nanti.
Bye!

Sunday, April 26, 2009

Rafiq di Hospital Sungai Buloh

Hmmm.... Alkisah, aku terus p spital dari klinik tuh. Sebab aku tau prosedur kat spital lama mana.... Kalau nak tunggu KRZ balik mancing, mau esoknya baru sudah kan.... Aku belikan sebotol 100 Plus sama sebungkus snap buat bekal anak2. Aku mendaftar 4.15 petang, punyalah ramai orang, walau pun dapat kad nombor warna merah, tapi masih lagi lambat.... Dalam jam 7.30petang baru dapat panggilan masuk bilik pemeriksaan.... Sekali lagi doktor tak boleh nak buat apa2 kerana Rafiq tak mau buka mulut... Last2 doktor kata masuk wad sementara tapi kena tunggu dulu sebab takde katil yang kosong.... Bila dapat katil, pembantu perubatan kat situ suruh aku bagi Rafiq minum ubat tidur.... Punyalah susah sorang2, biasa bila makan ubat KRZ ada.... Asal masuk mulut dia, dia sembur, atau pun keluarkan..... Last2 berjaya minum sikit.... ku tepuk2 terus lena.... Tu yang merah tu kesan dia luahkan ubat la tu.... Ni ha bekas picagarinya.... Cik Fatin yang baik sangat.... nakal2 sikit2 jer..... kalau buat perangai semalam tu, mau aku histeria kat situ..... Rafiq dah tido, aku disuruh keuar sementara doktor nak proses Rafiq... Aku tengok dari luar jer....Mula2 aku tak dengar apa2.... Last2 Rafiq nangis.... Terus Fatin p jenguk adik dia.... Rupa2nya depa pasang jarum kat tangan sebab nak masuk ubat. Tulah Rafiq, tak mau minum lagi, kan dah kena cucuk..... nak kena jaga pulak tak mau bagi tercabut.... dalam dok meronta2 tu tercabut jugak.... terkena tudung aku.....Tengok tangan Rafiq, penuh darah.... habis idea aku nak bagi dia senyap.... Last2 aku basahkan rambut, sapu badan dia dengan air, barulah dia senyap...... Doktor yang check tu kata benda tu berpusing tapi tak mahu tertanggal, dia pun tak berani nak buat, kena tunggu dentist juga..... Lebih kurang jan 9.15, KRZ sampai bawak susu anak2, Fatin terus minum.... Lapar sangatlah tu, dari pukul 4 asyik togok 100 Plus saja..... Rafiq pula bila dah ada KRZ mana nak pandang aku dah..... berkepit jelah.... peralatan operasi.... Bagi mengelakkan Rafiq membuat bising dan mengganggu orang ramai, dentist kata lebih baik pegi bilik operasi.... Sama macam kat klinik gigi keadaannya, siap aku pun kena baring sekali sambil dakap Rafiq.... Sekejap jer prosesnya.... dan inilah bendanya.... Aku masih tak tau lagi apa bendanya.... Nanti dah tau aku publish kat korang semua..... Sementara nak tunggu doktor wat report, Rafiq baru nak lelap..... Sesudah dapat ubat kami pun balik....anak2 masing2 dah lena, aku pun penat, tambah lagi depa..... Sampai umah waktu ni..... Amboi2 kalau keje tu dah hampir satu shift kan.... huhuhu..... Rafiq oh Rafiq! Kamu ni betul2 menggemparkan Ummi la.....

Apa kat dalam mulut Rafiq????

Beberapa hari ni, aku ngan KRZ perasan yang air liur Rafiq asyiklah menjejeh keluar. Melihat gaya mulutnya seperti mengulum sesuatu.... tapi bila ku korek, tak ada apa pun... Jadi aku assumed gusi dia yang bengkak kerana nak tumbuh gigi punya sebab la....Terkejut aku bila Rafiq menangis petang tadi, aku nampak ada benda warna purple kat lelangit dia.... Mula2 aku ingat gula2, walau pun aku sangsi aku ada bg gula2 warna purple.... Aku gunakan jari nak keluarkan benda tu tapi tak berjaya, malahan siap berdarah lagi.... Terus ku tipon KRZ yang tengah mancing, KRZ kata bawa saja p klinik.... Sampai klinik, doktor pun tak berani nak usik kerana katanya tak cukup peralatan, lagi pun katanya kat spital ada ubat yang boleh melalikan Rafiq.... Berangkut aku terus ke spital.... Cerita kat spital kemudian aku citer.... Mungkin kena skip dalam 2 entry dulu.... Tapi aku sudah ngantuks! Esok saja aku ngapdet! Bye!

Tuesday, February 17, 2009

KRZ Demam! ~ Part II

Oleh sebab KRZ tak bangun2 dan bubur nasik sampai dah sejuk, aku paksa dia bangun, suruh dia makan.... tak selera katanya.... pastu panas makin menjadi2..... aku ajak p klinik terus! Sebelum pergi aku pesiap anak2 .... Rafiq ok lagi.... Fatin tak mau aku salin diaper, aduh! Dahlah KRZ dah tak larat sangat tuh.... dia buat perangai pulak! Siap tarik2 muka lagi.... lucu, aku sikit pun tak terpengaruh tengok muka dia, ketawa lagi besar adalah! Sesungguhnya aku memang kejam! Hehehehe! Last2 buat2 gaya tinggal Fatin kat umah! Bila dah terhambur tangisan, baru nak salin lampin dan pakai baju...... Belum sampai klinik KRZ minta jambu..... dia makan banyak juga, bagus dia nak makan, dari pagi tak jamah makanan....
pucat lesi muka.... Seperti biasa klinik kami..... Oklah, cerita dalam klinik dalam part III.
Ada kerja sikit nih....Bye!

Monday, February 16, 2009

Killer Brooch!

Tengok pada brooch ini,
nampak simple dan sangat biasa..... Tapi tengok pada jarumnya pula.... Jarum itulah yang telah mencucuk ibu jari kakiku.....
Aduh! Sakit!

Saturday, February 14, 2009

Dos Ubat!

Yer, inilah dos pertama ubat yang perlu aku makan....
aduyai! Dah la aku ni tak suka.....
tapi sebab tak mau sakit berpanjangan,
ku telan juga!
Gulp!

Thursday, February 12, 2009

Penyakit Student!

Alkisah tetiba malam tadi kepala aku jadi terhamat sakit..... Sebenarnya, waktu latihan merentas desa tu pun aku dah rasa semacam, tapi aku gagahkan juga.... tambahan pula ada Pengakap, lupa kejap kat sakit aku...
.
Pagi tadi aku bangun dalam kul 5, melayang2 perasaannya.... tidur semula kekonon boleh elok.... Fatin pula terjaga "Momi, angun cepat, Fatin nak cucu!".... aku memang tak larat, ku suruh KRZ tolong.... nasib baik dia boleh bangun....
.
Kemudian, aku teringat belum iron baju lagi, melayang2 pg amik baju nak iron dalam bilik kain... Petik suis, seterika menyala, aku tumbang kat situ.... KRZ nasihatkan aku suruh p klinik... Memula aku p klinik kerajaan...
nak berjalan pun terawang2..... jauh dan sayup je perasaannyer.... dapat no 1076,
walau aku sampai belum pukul 8 lagi....
Sempat aku paksa makan..... takdak selera!
.
Then, sambung tunggu giliran....
korang pepaham sudah macam mana kat situ...
.
tak puas hati, aku p Klinik Dr. Idzham pula....
dapat ubat terus aku pulang.......
Teringat pagi tadi aku call Hana bagitau dia aku tak sihat, boleh dia ketawakan aku, kata takkan demam sambung belajar?... aku gelak jer waktu tu...
.
tapi bila sampai umah ni baru teringat... dulu aku waktu belajar memang macam2 sakitnya.... Migrainlah, imsomnialah... siap kena appendicitis....
.
bila dah keje takde semua...
.
tup2 dapat tawaran baru, belum mula pon.... Awal2 dah kena attack!
.
Aku sedar, kita ni makin lama umur makin meningkat, usia makin menurun.... otak makin tumpul....Nak kena usaha semula ni...
.
Apa pun aku harap korang semua akan doakan kejayaan untukku yer....
.
Udah yer, aku nak makan ubat, pastu nak pergi horizontal pulak...
Bye!

Wednesday, February 11, 2009

Mari Membawa Rafiq ke Klinik!

Balik dari Sukida, terus shoot ke Klinik Dr Idzham yang terletak berhampiran dengan rumah kami.... Nasib tak ramai orang,
tapi KRZ kena layannnnn je
Rafiq yang manja terlampau tuh.... Sementara aku nak posing ngan Fatin,
dia boleh buat mulut gitu.... sukati kamulah nak...
Kemudian time to check....
bersama doktor yang tak berapa prihatin.... Fatin penuh kesabaran tunggu tau! Kemudian, dedeq kena masuk ubat vontot...
bila KRZ bukak jer pampers, shuuuu... terus terpancut...
mula2 sikit pastuh ada sambungannya...
Sorilah dedeq kalau kamu malu bila baca blog
Momi ni nanti yer....
Hehehehe!
Bye!

Wednesday, January 21, 2009

Lawatan Ke Klinik Kesihatan!

Petang semalam kami bawak anak2 p klinik - regular check up saja: takdak sapa2 yang sakit pong.... Sampai ke klinik dah 2 lebih.... tak sempat rupanya pasal KRZ keluar lambat.... aku tak suka bila lambat2 nih nanti giliran n sampai lambat.... Udahnya sampai 3.30 masih belum panggil lagi.... Anak2 dah boring tahap gaban, KRZ bawak Fatin p kantin belikan ni.... Bagi-bagi namanya, aku pong bukakkan dan bagi sama anak2ku, diam sekejap...KRZ pun lapar tau sebab katanya belum makan nasik lagi dari pagi...dia makan hotdog saja buat alas perut....nasib baik lepas tuh depa dah panggil, masuk dalam bilik, buat check u sama soal siasat sikit.... Fatin dapat ubat ni...Multivitamin kerana dia sangat tak suka makan, ubat ni untuk membangkitkan selera la.... satu lagi ubat cacing.... kena habiskan sebotol.... Kendian kami pun pulang.....

Thursday, July 17, 2008

Aku MC lagi.....

Petang semalam, lepas maghrib, KRZ bawak aku g klinik.... waktu dia kol lam kul 6.30 tue, aku memang dah kiok habih... tak larat bebenor....
Aku kunci pintu....
Jalan keluar....
Nampak seekor ikan...., naik ikan tu...... Sampai klinik, KRZ suruh aku pi ngan Fatin sebab xdak paking... Aku pun masuk klinik...bagi kad....

Kelihatan misi sedang menjalankan tugas.....

Pastu, Fatin dengan tak pakai kasut, melawat satu klinik... yang paling dia suka main, dustbin sebab boleh bukak mulut dia bila kita pijak tuil tu.... adus... aku dahlah dengan sakit2 badan, lagi tambah hangin....

Biskut untuk menyuruh Fatin diam.....

Ha! kan dah diam...

Ni senyum macam ada makna jer....
(tak baiknyer ummi ni, berprasangka.....)

Nama doktor yang memang biasa kami sefamily p jumpa...

Doktor Yuzwaiz ini very2 caring and understanding... yang paling aku suka, preskipsi ubat yang dia bagi, memang elok, dar KRZ, Aku, Fatin n Rafiq.... kena ubat Dr Yuwaiz... boleh baik.... INSYAALLAH!!!!

Keluar duit, dapat ubat dan MC 2 hari... lega.... Dokter Yuwaiz nie memang memahami, kerjaya aku ni memang perlukan break sekali sekala.... Pastu teringat pampers Fatin dah abis, bergegas lak g tesco... sejuk ya amat kat situ... dahla dengan tak larat....sudahnya aku asyik berpaut pada KRZ jer... masa sakit nilah nak mengada2 pun.... IDEA FATIN Fatin seperti biasa akan mencari sesuatu idea atau bahan untuk bermain, lalu kat bahagian peralatan camping (KRZ yang nak g tengok)... sebelah tu, bahagian beskal... Fatin pun apa lagi 'Ayaoh, nak!' betul... dia sebut ayah...bunyinya Ayaoh!!!
Sebahagian dari beskal yang ada...

Nilah gambor Fatin naik beskal...

X dpt nak naik beskal, makan penyangkut nie pun best.....

KRZ telah berkata, "Nanti besar sikit lagi, ayah beli kat Fatin....".

Pastu beratur, bayar... balik...

Kelihatan KRZ mendukung Rafiq

Kelihatan Fatin memegang getah escalator...

Kelihatan ikan bersembunyi....

Kelihatan Fatin tertidor.... Sebelum balik, aku cakap ngan KRZ nak makan bubur, sebab doktor pesan jangan makan benda berminyak... KRZ singgah McD, belikan dua Bubur Ayam McD.... satu dia punyalah... lepas makan bubor, aku makan ubat... teruslah sleep..... zzzzzzZZZZZzzzzzzz.........

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog