Selepas tamat ceramah, kami semua bergegas turun bawah nak p ngajor bebudak pulak skill yang kami pelajari dalam ceramah tadi kan. Punyalah boshan sebab panas + mengantuk! Jadi kami chit chat lebih kurang sebelum bebudak balik, barulah sampai ke latihan yang sebenar! Penceramah sangat bagus kerana beliau berani membuat aksi2 yang kurang MENDEBARKAN! Aku ngelat dengan pegang kamera kekonon, dia tak boleh tarik aku jadi model la.... Diajornya kami cara nak meraba dalam kegelapan dan dalam kebakaran! Pastikan menggunakan belakang tapak tangan kerana "we tend to grab the thing we touch kalau guna tapak tangan", katanya..... So, aku memang dah tergelok2 kecil waktu tuh.... Katanya lagi kalau tetiba tersedar dalam gelap, dengar suara anak nangis, kita dilarang terus berjalan semberono. Haruslah meraba2 mencari dinding menggunakan belakang tangan.
Tu mangsa terdekat, sat lagi hangpa tengok depa jadi model! Hahahhaha!
Model 1: Miss Z (Bukan nama sebenar) &
Model 2: Madam Z (juga bukan nama sebenar)
.
Langkah satu:
Meraba-raba dalam kebakaran. Satu tangan lindungi mata, satu lagi sebagai peraba senjata/perisai untuk mendapatkan dinding. Langkah 2:
Katalah baju di tangan yang meraba tu terbakar, terus laksanakan teknik stop, drop & roll. Berhenti berjalan, gunakan kedua2 belah tapak tangan untuk menutup muka, jatuhkan diri sebelum gulingkan badan untuk memadamkan api. Katalah kalau kita ada kat situ, sila tolong kawan yer, jangan biarkan dia terbakar. Gunakan tapak tangan anda untuk tepuk2 api tersebut atau pun gunakan kain dan tepuk2kan pada api tersebut. Ingat!!! TEPUK! bukan KIPAS!!! Maunya rentung kawan kamu tu nanti....
.
Langkah 3:
Lepas api dah padam, beginilah cara anda merangkak untuk keluar dari api yer kawan2.... So, lepas ni sila beringat kalau nak p mana2 tempat yang tak biasa, pastikan laluan KELUAR atau EXIT. Ini adalah peringatan yang paling berguna untuk kita semua tau!
.
Tapi aku adalah sangat jahat, sambil edit gambar2 aku gelok guling2 sambil jemput KRZ gelak sekali. Yang jadi lebih2 kelakar tu, pasal, aku tau sapa orangnya dan dapat lagi membayangkan saat kejadian! LUCUNYA!
.
Cuba korang bayangkan kalau akulah model tu, aku pasti korang akan ketawa terbahak2 gak! Adeh deh... T_T sampai menitik air mata ketawa la....
.
Ok, tarik napas..... hembus!!!!!
~ Sila bertenang sekarang.....
.
Lepas bergelak ketawa bagai, tibalah masa untuk menamatkan latihan dengan memberi sumbangan pada penceramah dan bergambar kenang2an. Maka gambar ku seperti biasa adalah tidak ada.
Bencik!!!!
3 comments:
hahaha.lawak giler ok tertonggeng2 gitu
hahahha...entry nih wat aku tergelok guling2 gak...hahahha
salam..
wah..meriahnye latihan kebakaran kat sana
Post a Comment