Perjalanan pun bermula dan aku dapat double seats... lega, bolehlah aku melapang2kan diri... Geng2 ni suka berkaraoke, tetiba teringat kat Acik, kalau dia ada, ku pasti dia akan nyanyi sama... Aku pulak, dengar saja sambil pandang2 luar melalui tingkap.
.
Pastuh dapat pisang yang di pass dari depan ke belakang.
Dah amik gambor ni baru ku tahu,
pisang tu belum benar2 ranum lagi, sebab waktu makan tu tak nampak dan rasanya sangat sedap!
So lepas puas nyanyi mereka tayangkan citer GLADIATOR:
yang aku tak dapat tengok habis sebab bila abis satu cd, penerbit (rakan yang menjaga dvd player dalam bas tuh) terus padam sebab ingat semua orang dah tido. Sakit gak hati aku tapi takkan aku nak marah2 pulak kan... jadi aku diamkan saja.
So, kami sampai ke Masjid Paya Pelandang, Dungun
pada kira2 jam 6.00 pagi. Lepas solat, kami meneruskan perjalanan dan singgah bersarapang di tepi jalang. Tapi sebelum tu,
En. Aziz beri aku gadget untuk kursus ni....... Terima kasih bebanyak....
Sepanjang perjalanan tu memang cantik la, aku sangat suka,
terkenang waktu trip dari Johor dulu.... Sampai tempat makan,
terus serbu ini.....
NASI DAGANGGG!!! Memang superb!
Siap tamak lagi waktu amik tu kekonon sikit,
tapi tak ku layan bisikan syaitan itu sebab aku tau pulut....
Kendian nampak popia goreng nih,
sepeket kecil harganya RM2. Walau pun aku terasa agak mahal, tapi bila dipikirkan, apa lagi yang murah sekarang nih... Jadi aku redha sahaja....Kisah Part I berakhir disini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment