Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, June 29, 2009

Suasana Hari RAE

Pada hari Rabu yang lalu, aku bepergian ke Matrade Hall untuk menduduki RAE (Peperiksaan Radio Amatur) buat kali ke 2. Sedih tau amik peksa sama2 ngan KRZ, udahnya dia lulus sorang. tak taulah aku boleh lulus atau tidak kali ni. Rasa macam...... tak mau tulis la, nanti lain jasdinya... hahaha!Seat aku 2103 (sama ngan birthdate: no yang 3-4 kali bermain dipikiran aku n KRZ) Ni gambar sebelum masuk , purak2 senyum walhal dalam hati, tuhan saja yang tahu... dan lutut ada sedikit goyang!!!! Pastuh kul 2 aku masuk ke dewan.... Dan ini buku soklan, rasanya tahun lepas kaler merah.... Dalam 3.30petang aku dah siap, keluar dulu. Nampak KRZ melepak di satu area. Yang duduk disini, adanya dah ada lesen A dan lesen B. Yang baju oren itam tu Tok Guru aku. Ustaz Fadhil/9W2SMF. Yang pakai kemeja oren tu pulak KRZ kata dia org yang pertama keluar! Ada disitu rakan2 radio yang aku kenal dan ramai jugak yang aku tak kenal....Oh, aku teringin nak jumpa dengan Pak Mus.... Jadi aku tunggu hingga beliau habis menjawab. Sambil tunggu tu boleh layan borak ngan Along J (9W2EMN) dan Pak Arip (SC3AT). Pastuh kerana aku beruniform Pengakap, aku didatangi oleh ramai ahli pengakap.... antaranya Wak Johari ni (9M2WJ). Syok tau dengar citer org lama.... Lepas dapat jumpa Pak Mus, terus turun bawah dan balik. Sempat amik gambar kenangan dengan Pak Mus dan Pak Arip depan pintu Dewan Matrade tuh.....
Kemudian, kami pun pulang.....
Tamat cerita....

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog