KRZ memang selalu beli benda ni dulu, lama dah dia tak beli tetiba semalam kat Tesco, katanya nak beli. Aku pun iyerkan saja... Tup2 tengah malam, dia masakkan untuk aku dan sudah tentu untuk dirinya sendiri.... hehehhehe... Apa pun, terima kasih tau sebab ingat pada isterimu ini....
Friday, April 24, 2009
Thursday, April 23, 2009
It's Pay Day!
Pay day bukan bermakna kami boleh enjoy atau joli katak yer.... Kami beli semua barang keperluan, beras, minyak, lampin pakai buang anak2, susu. Kiranya penuh la satu troli. Dah nak kuar tu, KRZ benti kat Kepsi. Rupanya dia nak belanja kami anak beranak makan.... KRZ pon p beratur..... Sekarang dia sudah yakin untuk mengoder, hehehhehe..... Sambil tu rakam aksi anak2.... Dan ini bahagian aku..... KRZ sudah tahu dia tak perlu tanya lagi..... Hehehehe.... Lepas makan, kami pon pulang.... penat!
Skandal di IPBA!
Huahuahua! Tajuk memang kena gempak! Bukan skandal betul2 yer.... saje jer... Yang ni Kak N (bukan nama sebenar), baju dia sangat lawa, tapi dia tak mahu mukanya dipamerkan..... Dan yang ini pulak gambar two best friends!!!! Selalu saja dok bersama.... Sembang2 tukar pendapat. Pada aku depa ni ada persamaan iaitu sama2 rajin menyiapkan assignment.... semua sudah beres! Tabik spring satu kali!
Labels:
IPBA
Nasi bungkus pun sedap!
Yer! Malam tadi KRZ tanya aku nak makan apa? Aku jawab apa pun boleh.... Dia beli nasi mamak kat Restoren Mahbub! Aduyai! Sedap! Tapi tak habish aku makan, nasinya banyak sangat.... tu dah kongsi ngan anak2 tuh.... KRZ punya biasalah, licing.... pastuh ngadu ngan aku kenyang terlampau! hehehhehe! Bye!
Labels:
Makan
Pisang tanduk...
Malam tadi punya kejadian gak nih,
kami nak kuar tetiba Yana datang umah....
Yana adalah jiran sebelah depan umah aku....
Bagi benda ni....
Benda apa????Boleh dia bagi sesikat pisang tanduk!
Aiyo! Biasa sebiji pun payah nak menghabiskan!
Pada sesiapa yang nak, sila kaborkan...
Nanti aku bagi!
Bye!
Labels:
Gifts
Minum susu???
Yer, malam tadi sedang aku buat keje, KRZ panggil "Da! Mari tengok anak2 Da minum susu kat mana?" Aku pun pegilah tengok.... Rupa2nya depa minum atas tilam yang aku lipat dan letakkan di hujung tilam..... Boleh minum kat tempat tak rata macam tue? Macam2lah kamu berdua nih.....
Labels:
Anak2
Kenangan di Johor
Inilah rakan serumah sewa yang memang ngam! Dari kiri, Zainiah bt. Senan, Aku, Che Alfaliza bt Che Ajib dan Masni binti Salleh. Sengaja kucatatkan nama penuh mereka kerana bimbang suatu hari nanti aku kan terlupa..... Kenangan bersama korang, amat aku hargai.....
Labels:
Sejarah
Wednesday, April 22, 2009
Perjalanan pulang...
Hari ni aku balik awal,
melalui jalan yang baru pertama kali aku lalui....
walau pun agak jauh tapi sangat nyaman.... Huih! Jauh lagi nak sampai keta pasal sampai lewat 5 minit terus takde parkir....
Pastu balik melalui UM,
ada tasik yang menggamit aku untuk amik gambar, kemudian melalui Fakulti Kejuruteraan UM pulak.... dan akhir sekali tiba di pintu keluar...... Tamat laporan berita tengahari.
Sekian, terima kasih.
Bye!
Labels:
IPBA
Gambor Selitan 'Kenduri Talapia'
Saja nak tepek, thanks to Acik & Emy yer......
Ni kat kedai.... Lepas bentang tikar, Rafiq adalah batak! Sebab aku sangat jarang membentang tikar.....
Kelihatan Acik sama Biebo pun turut batak....
Mie, Niza & Abrar..... Last sekali gambar anak2
yang melayan Spongebob Squarepant..... Jumpa lagi nanti....
Labels:
Ragam Manusia
Kemajuan Fatin Pulak
Hmmm... sejak anak2 batuk dan selesema, bila makan di kedai, aku mesti akan oder teh o suam untuk Fatin.... memang sakit hati bila suam yang diminta panas yang sampai.... Tapi aku ngan KRZ sangat terkejut melihat pencapaian Fatin yang menyudu air dan tiup sebelum minum! KRZ kata Fatin dah semakin besar..... Gambar ni kat Arena, One Utama. Tengoklah gaya Fatin....
Memula tiup......
Fuhhhhhhhhh...... Pastuh, hirup.....Bagi adik..... Muncung lagi, dik........Gaya Rafiq makan keropok..... Sambil pandang2 orang yer?
Lupa nak bagitau,
kami keluar semalam untuk membeli kertas A4....
sudah abish da.....
Sekian, laporan berita hari semalam.
Bye!
Labels:
Fatin
Tuesday, April 21, 2009
Kemajuan Rafiq!
Baru sat-sat ni Rafiq belajar tiru apa aku cakap. Walau pun dia tak boelh sebut betul, tapi sekurang2nya dia try nak keluarkan bunyi yang sama, sampai terjelir2 lidahnya tau! Antara perkataannya adalah Ayah ~ ayah, Fatin ~ Patte, Ummi ~ Mame..... Kelako kan???
Gambar ni pulak dirakam oleh
mak pengasuh anak2 aku.....Katanya Rafiq hencem sangat dalam gambar ni.
Aku tengok macam comot jer.... Ha!
Sebab nak pulangkan gambar ni, maka aku scan dulu....
Oklah yer.... Bye!
Labels:
Rafiq
Makan2 Hasil Pancingan!
Setelah diadakan persidangan dengan Emy sama Acik pada petang pemancingan, dan mendapat keijinan KRZ dah tentunya, maka kami bersepakat nak makan2 ikan talapia. Agak 'finin' kepala jugak nak pikir masak apa, kerana sebelum menjadi isteri pemancing, tak pernah makan ikan sungai/kolam pon kat umah mak.... jadi selain dari goreng, aku memang 'failed'. Kena pulak Dak Emy sebut masakan2 berkuah, aku macam tetiba blurred...... Hahahhahah! Ye, aku memang tak pandai masak la..... Biasa yang korang tengok tu hasil hantam saja tau! Ok, terpanjang pulak mukadimah.....
.
Tarikh : 20 April 2009
Tempat : Umah yg aku sewa
Masa : Dari petang sampai malam
Kehadiran mengikut turutan : Acik, Juan, Emy, Biebo, KRZ ni tak kira pasai Tuan Umah jugak, Nazri, Mie, Niza dan Hassan Abrar.
Kisah bermula...
Maka, Acik sampai awal dengan penuh semangat beserta beg oreng. Aku baru nak sapu umah..... Dapor pon belum kemas.... gila punya sepah, sekali org nak datang, terpaksa mengemas beria2 tau! So, belum siap mengemas, Fatin terbangun.... tido Maghrib2 dah tentulah jadi tak tentu arah.... Aku dan Acik start susah hati macam mana aku nak masak???? Di pujuk tak boleh, di biar pun tak boleh. Jadi kami semangat nak p kedai..... Nak bawak motor pun Patin tak bagi.... Last2 tipu2 kata aku nak p kunci umah, terus aku bawak kuar motor.... Itulah yang Apiki tercepit.....
Dan gambar kami adalah seperti berikut.... Tujuan kami ke kedai, nak beli sayur saja....
Di kedai, Fatin masih lagi bad mood
walau pun dah dapat ais krim.... Apiki pulak cool saja.....
sebab dah dapat NutriGen.....
Sampai umah terus mulakan operasi potong2 dan masak2....
Dan inilah hasilnya....
Bayam Berbebola, Bawang Pedas, Sambal untuk Talapia...... Acik pulak sponsor 2 tin laici....
Mhmmmm.... nampak sungguh sedap kan??? Memang sedap pon, siap tak cukup lagik.... Beria masak, pemancing belum balik lagi.... Lauk utama pulak tuh.... tapi takper, sekurang2nya ada alasan kukuh untuk orang tak mengelat! Kan Acik? Pastu bila nelayan sampai, Bemula aktiviti siang ikan, sebab aku baru mandi, ku tak sanggup nak menyiangnya, maka Acik telah berjaya menyiang semua ikan yang kami makan malam tuh...... Sementara bebudak jantan dok menyembang di luar..... Dan ikan yang siap digoreng..... Nampak garing kan..... Terima kasih KRZ kerana tolong aku garam kunyitkan serta gorengkan ikan2 tu......
Kemudian, Acik dan Emy tolong hidang2kan lauk2.... terima kasih kerana tolong aku...
Pastuh, apa lagi, MAKAN TIME!!!! Memang tak nampak orang dah kan?? Aku sebenarnya suka tengok korang makan tau! Terima kasih kerana sudi datang dan makan.... Akhir sekali terima kasih buat Acik, semangat kamu datang awal, sponsor laici, tolong akak mengasuh, tolong masak.... Betullah kata Emy, lepas ni kamu pulak masak..... Boley??? Bye!
p/s: Emy & Mie ~ aku lupa jugak nak bagi candy tuh..... so soli eh?
Monday, April 20, 2009
Kepergian Pemancing...
Dalam kul 11, KRZ call kata dia dah nak sampai IPBA,
kebetulan aku dok kat library takdelah aku kalut sangat.....
Keluar2 KRZ dah sampai dengan geng2
pemancing iaitu Biebo sama Nazri.... KRZ dah siap ubah pancing2
dan aku paksa mereka amik gambor....
Inilah rupanya.... Hehehhehe...
Pastuh aku masuk semula dalam library.....
Dan geng aku kat library tentulah Norlie.... hehehehhe.....
Bye!
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)