Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, May 7, 2009

Cikgu Sunan, Alias & Beruk

Buku yang berjudul Beruk, karya Tuan Sasterawan Haji Azizi Haji Abdullah. Buku ini mengisahkan si Alias yang tinggal dengan emaknya yang sudah tua lumpuh, dan teman baiknya si gadis bernama Som dengan ayahnya yang bernama Pak Din serta Cikgu Sunan selaku watak separa antagonis.Dalam cerita ini tidak ada sesiapa yang benar-benar bersalah, kerana cerita ini cuma mengenai budak yang baru berusia 12 tahun.
Si Alias yang handal dalam Matematik, suatu hari tidak dapat tenang untuk pergi ke sekolah kerana beruknya hilang.Bukan salah Alias, kerana gagal memberikan jawapan yang bernas untuk menyenangkan hati gurunya. Namun, sudah semestinya, apabila seorang budak berusia 12 tahun menimbulkan masalah, seorang guru itu harus menjejak ke rumahnya, kerana jawapan yang sebenar mungkin terdampar di rumah budak itu.
Alias tersilap memberi alasan kerana cuma mengatakan dia sayangkan Pon. Sekiranya Alias menerangkan peranan Pon dalam keluarganya, sudah pasti Cikgu Sunan juga tidak jadi mengirimkan penampar ke telinga Alias.
Beruk yang bernama Pon itu adalah sumber pencarian makan, minum, pendidikan dan ubatan buat Alias sekeluarga. Jika bukan kerana itu, maka masih ada Pak Din dan Mak Cik Kiah yang agak gempal badannya itu datang membawa sejambir rezeki buat mereka sekeluarga.Alias cuma memiliki dua helai seluar dan sehelai baju untuk dipakai buat sehari-harian. Begitulah apa yang diceritakan oleh penulisnya, Pak Haji Azizi menerusi buku yang diterbitkan oleh Penerbitan Kintan pada suatu ketika dahulu.
Suatu hari telinga Alias termakan penampar Cikgu Sunan yang garang hingga keluar menanah dan terjerit pekik bengkak merah dari telinga serta lebam bisu di lehernya. Alias makin enggan untuk hadir ke sekolah kerana risau bau busuk nanah yang sepekat susu penuh krim itu menyakitkan hidung dan menimbulkan perasaan nakal di kalangan rakan-rakan sekelas untuk mengejek dirinya sebagai beruk dan tidak selain perkataan B.E.R.U.K.
Hal ini mengundang pihak sekolah untuk menyiasat kehidupan Alias yang terpencil di pinggir hutan, untuk mengetahui kisah sebenar si Alias. Lalu, suatu ketika Cikgu Sunan datang sendiri untk menghayati keperitan hidup si Alias.
Ini juga permulaan tragedi.Ketika Cikgu Sunan menitiskan air mata memeriksa bisa tamparannya terhadap telinga Si Alias, Pon mengamuk kerana salah faham dan bimbang kerana menyalahtanggap si guru itu. Dalam mata Pon, Cikgu Sunan adalah seperti harimau yang sedang membaham isi telinga dan otak tuannya, Alias.Lalu, Pon berusaha melepaskan diri, memutuskan tali, lalu menerkam ke arah Cikgu Sunan.
Tragis, apabila Alias sendiri harus menamatkan nyawa Pon yang mengganas, dengan menggunakan lembing pengupas kulit kelapa, dan pergi, melayanglah, jiwa seekor beruk yang setia.

1 comment:

Arechick Lana said...

hoh..tragis betol kisahnya..

berpinau mata den membaco eh akak oii..huhuhu

so,jgn la bela beruk ek..bela kucing... :

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog