Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, July 12, 2009

Jom Pasang Antenna!

Pada hari Isnin yang lalu, aku menyuruh KRZ pasang antenna base. Susah betul nak qso. Sebab selalunya boleh qso waktu naik keta jer. Dan kami naik keta g tempat keje tak sampai 10 minit, nak dengar satu putaran pun tak dapat. Tapi kami sekadar menggunakan apa yang ada jer.... Kata KRZ gunakan kabel RG-8 dan antenna slim jim saja. Mula2 KRZ kata nak p pasang. Aku pun iyakan saja. Tetiba rasa nak ikut.
Jadi aku pun naik sekali ke tingkat 5.
Memanjat jugak, tapi separuh jer.
Aku tetiba teringat, waktu jaman aku bujang dan sebelum jadi ibu, aku memang agak lasak. Kalau setakat naik atas bumbung tu apa ada hal. Waktu KRZ naik tu aku teringin jugak nak naik, tapi memikirkan kalau aku terjatuh, sapa nak tengok anak2 aku, aku batalkan niat tu.
Tambah KRZ pun pesan aku naik separuh jer.....
Macam nilah pemandangan DD dari atas blok kediamanku...
Dan aku cari tempat terbaik untuk amik gambar KRZ... hehehe! Saksikan! Oh, mungkin aku dah bagitau sebelum ni, KRZ adalah gayat. Jadi kata beliau sambil memaku, adalah sejuk kaki dan perut. Aku kasihan, tapi aku tak mau amik risiko la... Kuberikan kata semangat dari tingkat 5 saja.
Dah sudah pasang, tibalah masa nak perkemaskan kabel. Masukkan dalam umah melalui tingkap.....Pastuh, jenuh juga setting kabel pada rig.....
Bila dah selesai barulah boleh qso! Hehehe! Bye!

1 comment:

ryn's said...

waa..sgt adventure...

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog