Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, August 11, 2009

Me & Seluar Suatu Masa Dulu

Kali ni aku paparkan gambar2 aku berseluar pulak yer. Memang dari kecik suka pakai seluar. Sebelum menikah ngan KRZ baru belajar2 pakai kain batik. Boleh lah jugak walau terjelir lidah kain, haha! .

Gambar pertama waktu aku darjah 5 atau 6. Kenduri pertama dalam family aku la waktu ni. Agak meriah walau serba sederhana. Fesyen rambut aku waktu ni sangat cantik! Pada perasaan aku la. .
Kalau tak kenapa cikgu aku tarik rambut aku dengan alasan aku tak pakai tudung! Blah la! I hate ur attitude teacher! Aku ingat lagi nama Cikgu tu Faezah. Dan beliau juga suka ketuk kepala adik aku yang bongsu (waktu tu darjah satu). Dan beliau telah mendapat balasan dunia! Haha! Jadi Cikgu Fida, sila beringat sekarang!!! :P Umur gambar : 17 tahun .

Gambar kedua ketika aku di tingkatan 4. Lokasi adalah di Kampung Bukit Tambun, Seberang Perai, Pulau Pinang. Umur gambar : 13 tahun .

Gambar ketiga waktu aku mula2 masuk maktab. Saja kawan tu suruh aku bergambar dengan cermin mata hitamnya. Harap gaya jerlah, padahal aku apa pun tak nampak.... Umur gambar : 9 tahun .

Ni pulak di Tasik Shah Alam. Ketika outing dengan senior maktab Haslinda dan besprenku Alinda. Umur gambar : 9 tahun jugak .

Gambar kelima ketika dalam perjalanan nak ke Terengganu. Kursus Pengakap. Selamba jer aku bukak tudung waktu nih! Tak mendapat hidayah lagi..... :P Umur gambar : 8 tahun.
.
Gambar terakhir tahun terakhir kat maktab. Aku mula nak naik badan dah ni. Dan baru lepas kemalangan bas. Gemuk sebab makan ubat nih. (Alasan!!!)
.
Oklah kawan2, gue sudah ngantuk. Nak p lelap kejap. Esok pagi semangat nak masak gulai ayam sikit. Nak bekal KRZ g skul. Jumpa lagi nanti. Bye!

2 comments:

ryn's said...

hmmm...cun tau...

Arechick Lana said...

huiyooo..bergetah seyhhhh..

gambar pakai spek itam adalah cool.

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog