Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, August 14, 2009

Setanjak, Destar, Tengkolok & Tanjak

Hm... dalam mencari bahan nak ngapdet, takde kajadian pulak hari ni. Ada g KL meneman KRZ g Etiqa Maybank kat Jalan Melaka tapi naik moto dan cuaca tak berapa mengizinkan pulak. So, memang takde cerita terbaru la.
.
Cuma hari ni nak kongsi gambar yang aku snap kat Muzium Negara. Aku sangatlah tertarik pada seksyen ini. Antara banyak2 yang paling glamer dah tentulah Dendam Tak Sudah. Tulah orang kita ni... haha! Takde, gurau jer....itu nama salah satu dari ROYAL HEADGEARS kat Malaysia ni. Kucatatkan sedikit info kot2 boleh berguna suatu hari nanti. 1. Selangor : Setanjak Balung Raja
Destar daripada jenis kain songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi D.Y.M.M Sultan Selangor. Ia dipakai oleh Sultan Selangor dalam majlis istiadat Diraja Negeri Selangor seperti Istiadat Pertabalan, Keputeraan dan lain-lain. Rekabentuk destar ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari Negeri Perak, setelah terjalin perkahwinan Diraja antara Selangor dan Perak.
.
2. Perak : Tengkolok Ayam Patah Kepak
Destar warna putih bersulam benang perak diberi nama Ayam Patah Kepak ini adalah pakaian hulu khusus untuk D.Y.M.M Sultan Perak Darul Ridzuan masa kini. Dalam adat-istiadat Melayu, warna adalah unsur penting kerana warna menggambarkan kedudukan atau status sosial seseorang. Putih adalah warna khusus untuk Raja Perak manakal kuning adalah untuk D.Y.A.M Raja Muda dan warna hitam untuk D.Y.A.M Raja Di Hilir, Perak.
.
3. Kelantan : Destar Ketam Budu
Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh sultan dan pembesar di Negeri Kelantan, perbezaannya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bunga pucuk di bahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pemakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
.
4. Terengganu : Tanjak Belalai Gajah
Destar Belalai Gajah ini adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh warna kuning. Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagaian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.
.
Nak rujuk lebih lanjut?? Beberapa link yang mungkin berguna

3 comments:

aim said...

Informasi yang bagus ni, tak tau pun sebelum baca ni.

Anonymous said...

huh..sejarah..lama tak baca sejarah.bagus gak maklumat ni..

Arechick Lana said...

pitam...

dah lama tinggalkan subjek sejarah.

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog