Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, October 10, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSD 1 - 09

Entah, hantu mana yang merasuk, tiba2 ada semangat aku nak mengapdet. Maafkan aku ya kawan2, lama benar aku tinggalkan blog ini. Terbiar sepi tanpa peneman. So sorry eh?
.
Bermula petang semalam, aku bertugas di PUB, SKBSD1. Pertama kali aku sertai walaupun kat skul tu dah masuk tahun ke - 4. Tahun pertama, aku mengandungkan Fatin, tahun kedua Rafiq dan tahun ketiga aku kena p kursus tempat lain plak.
.
Sebenarnya KRZ ajak aku g Pulau Pangkor, meneman dia disamping bercuti dengan anak2. Beliau pun ada PUB juga tapi sambil buat lawatan. Tapi kerana pertama kali aku boleh nak pergi PUN kat skul, aku minta ngan KRZ supaya aku dapat stay. Nasib baik KRZ paham dan ijinkan... gitu.
.
Petang Jumaat i.e semalam dah mula. Mula2 ada briefing pemasangan khemah, dan seterusnya kena la budak2 tunggang terbalik memasang khemah pattern baru. Lawa. Siapa ada pelapik kaki sebelum kasuk khemah, lucu la bebudak ni. Kemudian, Mie dengan penuh semangatnya menyiapkan tripod. Siap dibantu Saiful. Setelah siap dipasang gajet tersebut haruslah di uji ketahanannya dengan meminta 2 budak memanjat! Sah konpom kukuh! Haha! Bila hari petang, makin ramai kawan2 bawak anak sampai ada kawan sanggup volunteer nk jagakan anak2 kalau aku ada kerja malam tu. Udahnya, aku g la menjemput Fatin & Rafiq. Itu yang malam tu agak seronok sikit hati aku sebab ada anak2 ada depan mata kan? Tanglung tu merupakan antara task yang bebudak kena buat. Tajuk aktiviti adalah kembara minda dimana depa kena dapatkan jawapan di check point yang tertentu. Memang dapat kenal budak dengan lebih lanjut melalui aktiviti ni. Siapa pentingkan diri, siapa yang berbudi bahasa, siapa yang degil, semua ada... Haha! Itu memang tujuan g camping. Lepas aktiviti tu, ada refleksi dan 'star' of the night kena ni, lepas tu terus ada perang belon, yang aku pun kena. JAGA kau, SN. Akan tiba giliranmu........ Haha! Bye!

1 comment:

Anonymous said...

huhu~
best giler!
menyesalnya!!!!!!!!!!!!!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog