Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, April 30, 2009

Jom tengok wayang:X-MEN ORIGINS

Kami p tengok wayang kat OU...
Memang besh citernya.... pada yang minat Wolverine la....
tak rugi kalau p tengok.... Apa lagi, jom tengok wayang!

Selamat Hari Pekerja

Kepada semua pekerja diucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2009! Semoga bekerja dengan lebih gigih lagi.....
Tingkatkan prestasi ok!!!!

What a boring day!

Yang menjadikan aku boring adalah kerana aku telah tahu sesuatu tentang sikap beberapa orang rakan kat kelas ni..... Hairan.... kursus cuma 14 minggu tapi dah boleh nak puas hati dan membenci.... Aku memang macam ni, orang yang tak kawan dengan aku betul-betul memang takkan tahu aku macam mana. Sebab secara luarannya aku tersangat cengeng, bengkeng.... apa lagi perkataan korang sendiri boleh tambah. Tapi mujur tuan punya notebook ni kasi aku guna.... kalau tak lagi parah jiwa aku....Nak tengok muka tuan notebook? Yang kat belakang aku tuh... Namanya Mohd. Agus Salim, atau biar aku panggil dia MAS..... Thanks MAS! Nak berkenalan? Bujang tiga, anak dua..... Kuikuikui.....

Wednesday, April 29, 2009

Asam Pedas Ikan Patin

Tersangatlah lazat rasanya kengkawan ooi.... Bertambah2 aku ngan KRZ.... Tapi bukan aku yang masak, bonda KRZ yang masak..... jadi bila aku sampai umah, memang syok makan ramai2..... hmmm.. mau bertambah gemok aku kalau bonda dok sekali kan??? Apa pun, terima kasih pada bonda kerana masakkan untuk kami.....

Kisah Hari Sabtu!

KRZ p mancing hari Sabtu lepas.... Ni gambar dia balik belikan nasi lemak dan roti canai sebelum nak p dah ni.... Aku tak sempat nak taip banyak2 saja nak tunjuk gambar2 Rafiq sebelum aku detected 'benda' dalam mulut dia. Tengoklah betapa dia seperti mengulum sesuatu, dan betapa air liur menjejeh sehingga aku terpaksa pakaikan bip! Saksikan saja. Last sekali gambar roti canai yang ku gunting2 dan kuah tarok atas (macam mak aku selalu sebut!).... sedap!!!! Hehehehhehe! Bye!

Monday, April 27, 2009

Apa Mamak Buat Bila Bosan?

Owh! malam balik spital ari tuh.....
KRZ beli nasi mamak bungkus
sebab aku dari tengahari tak makan lagi...
Sedang kami makan tu,
aku ternampak mamak meniru ayat dalam iklan ni Terkekek2 ketawa dengan KRZ.....
Tak percaya?
Ni buktinya.... Hehehhehe!

Award dari Lily ~ Thanks!

Owh! Thank you so much for the award. Sebelum ni dok tengok jer org dapat award.
Kira first time la ni.
Apa pun terima kasih Lily.
Lain kali bagi lagi tau! Hehehhehe!
Maka dengan ini, aku awardkan pulak pada
kengkawan lain sesapa yang jenguk umah aku....
Sila grab dan tepek di blog anda yer.....
Bye!

The Identity of An Unidentified Object

Dah tau dah pekebenda yang berwarna purple itu, tercabut dari dapur mainan Fatin. Wah, lepas ni memang aku tak boleh beli mainan yang kecil2 macam nilah.... Bahaya oi.... Kalau terlekat macam Rafiq ok lagi, kalau tercekik??? Aduhai! Tak dapat nak kubayangkan.....

Sunday, April 26, 2009

Rafiq di Hospital Sungai Buloh

Hmmm.... Alkisah, aku terus p spital dari klinik tuh. Sebab aku tau prosedur kat spital lama mana.... Kalau nak tunggu KRZ balik mancing, mau esoknya baru sudah kan.... Aku belikan sebotol 100 Plus sama sebungkus snap buat bekal anak2. Aku mendaftar 4.15 petang, punyalah ramai orang, walau pun dapat kad nombor warna merah, tapi masih lagi lambat.... Dalam jam 7.30petang baru dapat panggilan masuk bilik pemeriksaan.... Sekali lagi doktor tak boleh nak buat apa2 kerana Rafiq tak mau buka mulut... Last2 doktor kata masuk wad sementara tapi kena tunggu dulu sebab takde katil yang kosong.... Bila dapat katil, pembantu perubatan kat situ suruh aku bagi Rafiq minum ubat tidur.... Punyalah susah sorang2, biasa bila makan ubat KRZ ada.... Asal masuk mulut dia, dia sembur, atau pun keluarkan..... Last2 berjaya minum sikit.... ku tepuk2 terus lena.... Tu yang merah tu kesan dia luahkan ubat la tu.... Ni ha bekas picagarinya.... Cik Fatin yang baik sangat.... nakal2 sikit2 jer..... kalau buat perangai semalam tu, mau aku histeria kat situ..... Rafiq dah tido, aku disuruh keuar sementara doktor nak proses Rafiq... Aku tengok dari luar jer....Mula2 aku tak dengar apa2.... Last2 Rafiq nangis.... Terus Fatin p jenguk adik dia.... Rupa2nya depa pasang jarum kat tangan sebab nak masuk ubat. Tulah Rafiq, tak mau minum lagi, kan dah kena cucuk..... nak kena jaga pulak tak mau bagi tercabut.... dalam dok meronta2 tu tercabut jugak.... terkena tudung aku.....Tengok tangan Rafiq, penuh darah.... habis idea aku nak bagi dia senyap.... Last2 aku basahkan rambut, sapu badan dia dengan air, barulah dia senyap...... Doktor yang check tu kata benda tu berpusing tapi tak mahu tertanggal, dia pun tak berani nak buat, kena tunggu dentist juga..... Lebih kurang jan 9.15, KRZ sampai bawak susu anak2, Fatin terus minum.... Lapar sangatlah tu, dari pukul 4 asyik togok 100 Plus saja..... Rafiq pula bila dah ada KRZ mana nak pandang aku dah..... berkepit jelah.... peralatan operasi.... Bagi mengelakkan Rafiq membuat bising dan mengganggu orang ramai, dentist kata lebih baik pegi bilik operasi.... Sama macam kat klinik gigi keadaannya, siap aku pun kena baring sekali sambil dakap Rafiq.... Sekejap jer prosesnya.... dan inilah bendanya.... Aku masih tak tau lagi apa bendanya.... Nanti dah tau aku publish kat korang semua..... Sementara nak tunggu doktor wat report, Rafiq baru nak lelap..... Sesudah dapat ubat kami pun balik....anak2 masing2 dah lena, aku pun penat, tambah lagi depa..... Sampai umah waktu ni..... Amboi2 kalau keje tu dah hampir satu shift kan.... huhuhu..... Rafiq oh Rafiq! Kamu ni betul2 menggemparkan Ummi la.....

Apa kat dalam mulut Rafiq????

Beberapa hari ni, aku ngan KRZ perasan yang air liur Rafiq asyiklah menjejeh keluar. Melihat gaya mulutnya seperti mengulum sesuatu.... tapi bila ku korek, tak ada apa pun... Jadi aku assumed gusi dia yang bengkak kerana nak tumbuh gigi punya sebab la....Terkejut aku bila Rafiq menangis petang tadi, aku nampak ada benda warna purple kat lelangit dia.... Mula2 aku ingat gula2, walau pun aku sangsi aku ada bg gula2 warna purple.... Aku gunakan jari nak keluarkan benda tu tapi tak berjaya, malahan siap berdarah lagi.... Terus ku tipon KRZ yang tengah mancing, KRZ kata bawa saja p klinik.... Sampai klinik, doktor pun tak berani nak usik kerana katanya tak cukup peralatan, lagi pun katanya kat spital ada ubat yang boleh melalikan Rafiq.... Berangkut aku terus ke spital.... Cerita kat spital kemudian aku citer.... Mungkin kena skip dalam 2 entry dulu.... Tapi aku sudah ngantuks! Esok saja aku ngapdet! Bye!

Saturday, April 25, 2009

Sate Angah Yang Superb!

Memang marbeles rasanya tau! KRZ p beli, bila cepat je dia balik aku tanya kenapa cepat dia jawab, kurang ramai org yang oder kat gerai sate tu.... Almaklumlah satenya gak mahal 80 sen secucuk.... Berbanding dengan satu tempat tu cuma 40 sen.... Tapi pada aku ngan KRZ kalau nak makan sedap, apa salahnya.... memang puas hati makan satenya.... sedap betul! Tak percaya?? Cuba tengok gambar ni..... Memang sedap, KRZ boleh makan banyak tau! Tapi malam tadi kami makan dengan nasi.... Pernah korang buat? Orang dah biasa susah macam nilah.... Kalau makan satenya saja, nanti lauk habis dan tak kenyang.... Oklah yer.... Jumpa lagi nanti.... Bye!

Kumpulan 3 KDP OUM 2009

Semalam, aku mengusun 1000D kesayangan ke IPBA, katanya nak amik gambar kelas, sebelum jadi, aku saja snap gambar2 candid untuk tatapan korang.... Norlie sibuk tolong susun.... Yang ni aku suka tengok gaya Wahid.... spontan jer.... Dan akhir sekali jadilah gambar kami.... KDP OUM Ambilan Ferbruari 2009 - Kumpulan 3.... Last but mot least gambar Mr. Mohana yang sangat supportive.... Banyak membantu dan bertolak ansur dengan kami.... Terima kasih daun keladi....

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog