Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, April 19, 2009

Sue Joshua - Sahabat jauh di mata....

Korang boleh tambah sendiri sambungan pepatah di atas tu kan.... Ingin ku luahkan segala yang terpendam selama ini....... Kali pertama aku baca blog kamu Sue, aku dah tertawan..... aku tak tahu kenapa.... tapi rasa attached dengan kau..... Waktu tu aku sedang mencari inspirasi untuk terus menjadi blogger, aku klik pada Next banyak kali...... Kalutnya aku waktu itu, aku cuma menulis tajuk blog kamu tapi tidak URL nya.... Masih ku simpan kertas itu Sue.... Dan inilah gambar yang aku puja2 dulu tau..... Semakin mengenali kau Sue, aku senang sekali dengan cara kau.... Memang kita ni dua insan yang berbeza, tapi aku terasa sangat2 rapat.... Sukar untuk kutafsirkan perasaan hati aku ni Sue.... Bila dapat kiriman gambar kamu ni Sue, girangnya hatiku ini tak dapat nak ku gambarkan.... Cantiknya kamu Sue..... Bersyukurlah Sue dengan apa yang kamu ada sekarang.... aku takut dengan keadaan yang tidak menentu ini..... Macam2 boleh berlaku..... Sebelum berjumpa dengan kau tempoh hari Sue, aku dah mimpi dapat berjumpa dengan kau.... Masih lagi segar mimpi itu di ingatanku Sue.... Dahsyatnya penangan Pn Joshua ni yer.... ngalahkan orang bercinta...... Dan kini gambar kegemaranku adalah yang ini.....fewwiittttt!!! Jambu betul! Adus! Luruh jantung! Terus terang, aku kini telah mengetahui sekiranya aku tidak mengenali kamu, aku akan mencemburui kamu.... Kamu cantik dan yang paling penting, suami kamu sangat-sangat sayangkan kamu..... Kamu pandai masak dan tak pernah nak meninggi diri walau sekali pun dengan aku.... (kecuali yang aku paksa.... hik3, kamu ingat lagi tak Sue?) Dari kejauhan ni, aku doakan kesejahteraan kamu sekeluarga di sana. Semoga peroleh ketenangan dan kesejahteraan serta diberkati hidup kamu sekeluarga.... Sambutlah salam keluarga dari sahabatmu di kejauhan..... Wassalam.....
*Kucoretkan secebis saja, kerana ada perkara yang tidak dapat hendak ku gambarkan dengan perkataan!

2 comments:

Arechick Lana said...

jauh di mata dekat di hati..gitu...


:P

ryn's said...

jiwang sungguh kawanku inih...nice car kak sue...

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog