Maaf yer wahai Cik Emy, dah lama kamu tagged, tapi baru pagi ni sempat nak buat..... Banyak sebab sebenarnya kenapa aku pilih KRZ. Tapi bukanlah bermaksud aku ni memilih sangat.....
1. Mempunyai visi
Memang terus terang dulu sebelum aku pilih KRZ, aku memang ada orang lain. Tapi si Bujal itu adalah sangat tidak meyakinkan tentang masa depan. Asyik la bertukar2 kerja. Lantakkan kamu dengan cara kamu. Tu yang aku pilih KRZ. Walau pun cikgu gaji ciput tapi sekurang2nya ada kerja. Dan aku tau, impian KRZ perlahan2 akan berjaya dicapai juga sebab dia jenis rajin berusaha untuk mendapatkan sesuatu.....
.
.
2. Penyabar
Memang sangat sabar orangnya. Siapa biasa dok bergaul dengan dia tahula.... Sampai orang yang berhutang dengan dia pun berani main2.... Kalau aku, mungkin dah terpotong 18 insan yang kurang ajar itu.....(macam Acik kata, ayat biar drama!) Dan yang penting, dia sabar dengan kerenah aku..... Biasakla.... orang pompuan kan ala2 ngades gitu..... tapi dengan sifat yang ada pada KRZ ni, aku juga berjaya mengubah diri aku perlahan2.....
.
.
3. Rajin mengasuh anak2
Anak2 dah besar sikit ni macam tak berapa nampakla, sebab sambil2 kan? Dulu waktu anak2 baby lagi..... memang depa sayang KRZ lebih..... mungkin sebab aku pun memang agak kasar kot.... KRZ juga bertugas bangkit dari katil tengah2 malam untuk bancuh susu..... Ha! Boipren korang sanggup???? (Mesti sanggup bila dah ada anak, aku yakin!)
4. Pandai Masak
Perkara ni aku figured bila dah kawen la.... semua pon pandai dia masak, sedap pulak tu tapi ikut mood la.... Cuba sebut sikit, nasi ayam, cucur kembung, roti canai, bihun sup power, (kalau tak power tu akulah yang masak!), wei.... malash pulak nak meyebut.... kang nampak macam eksyen!Pada yang dah pernah rasa masakan KRZ pasti tertunggu2 bila nak jemput makan lagi kan? Lambat lagilah buat masa sekarang nih.... hahahhaha!
.
.
5. Sangat hormat orang tua
Patut ada pada semua orang nih.... dia tak puas hati apa pun dia takkan cakap, diam jer.... Kalau kena marah pun dia diam jer..... Biasanya akula tempat meluah perasaan... Bonda KRZ pernah cerita, waktu KRZ keje kat kedai makan, dia selalu kena marah dengan suami bos.... KRZ tak pernah lawan tau! Sehinggalah pada suatu hari dia memberontak tapi bukan mengamuk! Nak tau???? Dia cuma curahkan air ke tepi (waktu tu tugas dia bancuh air kat Kedai Nasi Ayam!), pastu dia terus balik! Boleh gitu???? Memang itu yang berlaku.....
.
.
6. Sempoi
Jomlah kita buat pertandingan pasangan paling sempoi, ada chance nak menang..... bukan pasal apa.... kami memang tak melaram.... sekali sekala pakai baju cantik2 rasa outstanding pulak! Tapi ada sedikit tak suka manusia2 ni, pakai tak cantik tak pandang, ala2 smart baru nak panggil2.... Selekeh2 ko ingat takdak duit? Lawo2 ko ingat banyak duit?
.
.
7. Pandai buat banyak benda
Memang tempat aku bergantung harap gitu. Kebanyakan bidang dia boleh tau..... Walau tak mahir, tapi bolehlah nak membantu aku.... Biasanya aku mengharapkan bantuan KRZ dalam bidang komputer, fotografi, mekanikal~kereta&motor, masak, pendapat tentang mana cantik atau tidak, pengurusan sekolah, pengakap, radio, banyak wei..... tak habis ni kalau aku nak senaraikan....
.
.
8. Kawan baik aku
Memang boleh bawak gurau dengan KRZ ni, kadang2 ber'aku' 'engkau' jugak..... bukan kurang ajar, kan aku dah cakap tadi, bergurau senda.... Selalunya memang ada ayat nak kenakan dia, tapi biar aku jer tahu.... hahahhaha! Kami juga boleh bincang apa saja sama2. Apa saja! Nak kena terangkan ker apa saja tue? Tak payah kot, pikir sendirik....
.
.
9. Minat sama
Not all actually! Tapi kita dah jadi sahabat baik, teman sehati sejiwa, maka perlu menambah pengetahuan dalam usaha nak mempunyai minat yang sama seperti keta..... Aku tak berapa gemor sebenarnya..... Layankan saja.... Kalau tak kena dok umah bila dia p mana2..... Hahahahha! Mancing pulak, aku memang suka sebenarnya, tapi tak pernah bagitau sesiapa termasuk KRZ! Suka tengok orang mancing jer! Radio pun beransur2 minat.... dulu aku dengar macam bingit jer kat telinga..... Yang sama minat adalah pengakap, outdoor activities, suka gelakkan orang~bukan kutuk tau!, makan dan banyak lagi.......
.
.
9. Sanggup susah dengan/kerana aku
Well, aku kan anak yatim, pastuh memang dari family biasa saja. Takdak harta turun temurun, dan aku sendiri pun keje cikgu jer.... Sanggup berebut aku dengan si Bujal dulu.... Sanggup menerima tumbukan! Tak melawan! Aku memang appreciate apa yang KRZ buat tu.... ramai yang berani cakap, tapi belum tentu berani buat!
.
.
10. Memang jodoh
Kronologikal percintaan bermula bila dah abis praktikum, tapi sebebnarnya KRZ memang dekat dengan aku sejak tahun 2000..... Dia dah dok Shah Alam..... tapi jumpa kat Penang.... boleh gitu.... Itulah jodoh..... Bercinta kemain dengan org lain, kawin ngan KRZ. Alhamdulillah jodoh aku ngan KRZ. Buat semua rakan2, doakanlah jodoh kami berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dirahmati perjalanan hidup kami olehNya..... Amin.....
3 comments:
so sweeeeeett~!!
bercakap pasal cucur kembung..bile nk bawak gi qaseh??haha
Amin.. aku doakan kau berbahagia selamanya yer Puan Fida!
byk perkara aku belajar baca topik yang ni....
tanx sis...kadang2 ade perkara kita terlepas pandang kat couple kita..
sebenarnya dia dekat dengan kita..tapi saja taknak buat peduli..
Post a Comment