Perjalanan Hari Kemenangan buat keluarga aku bermula dengan kekecohan aku mengontrol anak2 yang eksaited nak amik kuih dalam balang. Kemudian dirancakkan dengan kehadiran pengasuh anak2 iaitu Ayu sekeluarga. Nasib baiklah aku buat jugak nasi impit malam raya tuh. Walau pun kucucuk2 sendiri plastik, isi beras sendiri jer kerana tak beli ketupat nasi Nona. Dan KRZ masak daging blackpaper faveret aku, itulah yang kami hidangkan. Kemudian kami ke Padang Jawa untuk beraya dengan mak. Cuma ada family Ceton (kakak aku yang kedua) kat umah mak dan sekor anak kucing yang dbuang ibunya. Haha! Ceton sibuk mengemas jadi takde gambar beliau sekeluarga.
.
Lepas makan rendang superb air tangan Ceton, kami pun gerak nak g kubur arwah abah. Sampai kubur, jumpa kakak aku yang first dan familinya. Tema ungu jugak, adoh sudah jadi keluarga besar nih. Mereka baru nak g umah mak, melepas makan nasi hujan panas beliau sebab kami semangat nak p beraya sana sini.
.
Rupanya, takde sape pun yang ada kat umah bila kami p. Terus, kami gerak pulang ke kampung saja petang raya pertama.
No comments:
Post a Comment