Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 27, 2009

Raya Kedua

Miahaha! Awal lagi aku dah siapkan kolaj gambar raya kedua tapi saja post lambat sikit. Pada pagi raya kedua, kami ke rumah Tok KRZ kat Kg. Medan. KRZ menjadikan acara wajib kalau balik kampung mesti singgah situ. Kurang meriah pasal tak ramai yang ada kat situ. Masing2 ada rumah sendiri kan.... Kemudian kami g umah Pak Chong (kawan baik KRZ dari kecik). Nama sebenar beliau adalah Nizam. Fatin yang terlebih eksaited kat umah Nizam tu. Rafiq dodo jadi taklah merasa naik beskal kat halaman umah Nizam tu. Baru nak beransur hari hujan pula maka terpaksa tunggu hujan berhenti baru kami gerak ke Alor Setar. Perjalanan ke Alor Setar terasa sangat jauh kerana aku ngan KRZ dah kepenatan. Almaklum dok umah Pak Chong agak lama juga tadi siap dijamu kuay teow sup sedap. Perut kenyang, cuaca sejuk jadi mata pun berat. Sampai tak tertahan KRZ benti kat Petronas katmanantah, kami tido sekeluarga dalam keta.
.
Akhirnya sampai juga Alor Setar tapi tersekat dalam kesesakan yang tahap dahsyat selepas keluar tol. Dan bertemu juga dengan Kay On (Kamarul) yang rupa2nya bertunang hari tu. Sangat dahsyat kamu ni bila berahsia yer..... Otw balik teringat nak g Sg. Lalang umah kawan kami tapi dah lewat sangat dengan Rafiq yang meragam plus panggilan telepon tak berjawab. Kurang lebih jam 2 pagi kami sampai semula ke umah ayahbonda KRZ. Sekian....

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog