Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, September 2, 2009

Berbuka di Kenny Rogers

Aku tak ketahuan planning berbuka di Kenny Rogers ni sampai KRZ bagitau. Pagi Sabtu tu dia mintak aku konpom ngan Acik kat mana lokasinya kerana kata beliau kalau boleh tak mahu g Jusco Bukit Raja.
.
Kenapa gitew??? Sedey tau! Bukit Raja tu tempat aku merambu dengan mak aku dedulu... huhu.... Tapi aku faham sebab umah kami dekat je kalau nak pegi One Utama, jadi apalah sangat BR kalau nak banding deng OU kan????
.
Dan kisahnya tempat tak boleh tukar tempat pasal Cik Shidah tak sempat nak gerak g tempat lain dari kelasnya... Takpe, aku suka jer. Haha! KRZ parking kat rooftop Jusco.
.
KRZ tanya aku kat mana dan dalam hati aku agak2 jer restraunt tu kat mana seab seingat aku hanya ada Nandos dan juga McD kat supermarket. KFC pula dekat dengan Jusco.
.
Rupa-rupaya memang baru dibuka restoren tersebut. Sangat baru dan dengan dekorasi baru. Sebelum makanan sampai amik gambar dulu. Aku dan KRZ memang biasakan anak2 pkai topeng kerana kerajaan dan keluarkan arahan kena pakai topeng kalau g tempat awam.
.
Yang aku tak paham apasal arahan tu tak betul2 ditekankan. Contohnya sapa yang tak pakai kat tempat awam, kena denda ker. Sebab selagi kerajaan tak bertegas, selagi tu la rakyat sambil lewa saja pada penyakit tu. Kami tak mau amik risiko yer.
.
Lepas makan, aku terus g toilet nak cuci punggung Fatin. Pastu terpisah ngan KRZ dan kengkawan lain. Aku idak la panicking pasal situ tempat aku kan.
.
Walaupun cuak sebenarnya pasal purse dan handphone ada pada KRZ. Ada yang kena tebal muka mintak 20sen kat org nanti. Ngeh!
.
Pusing2 Jusco sat baru patah balik g supermarket dan terjumpa semula dengan mereka. Bila dah jumpamereka, kami g Jusco intai2 langsir. Dan ada yang kami berkenan tapi tak cukup set pulak! Melepas! Sayang! Sebab lawa padanannya. Kendian kami gerak g Qaseh dan ceritanya dalam entri berikutnya. Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

salam...amacam persiapan?apapun...smoga dapat memeriahkan suasana raya yg bakal tiba...

user said...

hai cikgu fida...syoknya berbuka di kenny rogers tu...
anak2 ada puasa yang2yok ke?

Aidafidah said...

LadyD-Salam kembali... tunggang terbalik sikit persiapan sebab tak habis lagi mengemas... Terima kasih...

DNora-dengan kawan2 memang eronok, kalau berdua jer, mesti tak habis makanannya! Haha!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog