Tanggal 31 Ogos 2009 bertempat di Qaseh Bistro, Seksyen 13 Shah Alam. Kami sampai awal jadi dapat posing serba sedikit. Thanks to Pizzi Pizzo sebab tolong amikkan gambar. Makanannya ok, biasa2 saja. Tak best mana pun.
.
Ada kejadian waktu nak amik nasi. Ceritanya macam nih, KRZ jaga anak2 jadi aku kena tolong ambilkan nasi untuk beliau la. Aku mintak bantuan Adik. Beliau pegangkan 2 pinggan (1 utk beliau dan satu untuk KRZ la) dan aku boleh cedokkan.
.
Waktu aku dan adik beratur tu, ada 2,3 orang mula potong q dan buat barisan sendirik. Aku dengan penuh supan bagitau la, org q kat situ. Mereka buat tak tau jer. Aku ulang lagi, mereka buat tak tau lagi.
.
Kali ketiga aku tegur pun masih sama keadaannya, jadi aku assumed depa posa tak boleh korek telinga:pekak sebab tak dengar apa aku cakap.
.
So bila sampai turn aku, aku cedukkan nasi untuk Acik, Adik dan KRZ, tambah nasik sendirik lagi, jadi terdengar bunyian "Dia ni nak cedukkan untuk semua orang ke hape?". Aku bo layan jer. Malas nak gadoh.
.
Tapi Acik tak boleh tahan perli2 dengan ayat "Diaorang ni beratur macam mana ya??"<-- lebih kurang ni lah ayatnya. Aku dah lupa.
.
Bila dah dapat nasi, aku dah tak dengar apa2. Sibuk memilih lauk dengan Adik jer. Lauk mana dia nak, mana dia tak nak bagai.
.
Sampai satu tempat aku dengar ada lagi bunyi "Yang mana? Yang baju biru ni ker?" Kali ni gelpren mamat poyo tu pulak berkata.
.
Sekali lagi aku abaikan. Malas ok!! Aku tak maulah terkenal kerana suka mencetuskan pergaduhan, kan? Even gadoh2 ni aku dah biasa sangat dah.
.
So, bila citer ngan kengkawan, semua sibuk tanya yang mana orangnya. Aku ngan Acik kata dah lupa dah muka dia pasal tak hensem.
.
Padahal, masing2 ingat lagi. Malas je nak gadoh. Kang ada yang raya kat dalam kandang pulak. Sekian tamat citer.
.
Seronok tengok kekasih2 kami berhimpun ramai2 bercerita. Lama sangat tak berjumpa ramai2 gitu. Sekali sekala jumpa memang best la.
.
Kami pulang awal sebab demam Rafiq makin dahsyat! Sekian, laporan. Cerita lain pasal Majlis Berbuka KCT juga boleh didapati di laman ini:~
Sekian,terima kasih.
1 comment:
nguah3..adui.mmg x hensem pon kak.muke mintak sesah kat divider je tu.
papepon,jamuan raya nanti di mana lokasi??
Post a Comment