Sunday, September 27, 2009

BMLW ~ Here We Come, Again!!

Hari raya keempat sangat sedih kerana terpaksa tinggalkan kampung. Tapi dalam pada masa yang sama kami gembira jugak. Yess! Akhirnya tertunai jugak hasrat kami nak ke Bukit Merah Laketown Waterpark (BMLW). Maaf, bukan kami yang beria-ia nak mandi tau, tapi sebab dah lama jugak rasanya anak2 tak dibawa kesitu. Lagi pun memang depa suka sangat kalau g waterpark. Last time ke sini, Fatin meraung2 tak mau balik. So kali ni memang dia main sampai puas la. Mula2 sampai tu kami g beli shorts untuk KRZ. Yang beli sama baju mandi aku dulu tu salah saiz. Sangat tidak selesa. Ni sementara KRZ p amik duit yang tertinggal dalam keta. Rafiq buatlah perangai memunggah dan bila aku tegur mengamuk! Pandai pulak bila aku tala kamera, dia diam terus.... haha! So, mandi2 macam biasa. Ada kejadian best tau, waktu kami tengok2 langit dengan awan yang semakin menghitam, ternampak chairlift ni termati. Eh! Tak mati, pengsan sebab pastuh dia hidup balik. Yang lucunyer, ada sorang mamat tu gayat ke takut, pegang dua belah tangan tiang tu. Tak sempat nak snap pasal Olympus gue SUPERSLOW! Sekian, tamat satu entri.

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog