Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, June 30, 2009

Port Dickson ~ Part 7

Saja tak tepek gambar kat Part 6 tadi.....
Entry khas untuk Rafiq....
Saksikan....Sekali lagi credit to Juan for the lovely pictures!

Port Dickson ~ Part 6

Pagi Ahad, Rafiq bangun dulu sebab dia tido awal..... Sengaja aku tak mandikan sebab nak p mandi kolam. Tapi sebelum apa2 susu kena bagi dulu... Puteri yang beria2 nak mandi semalamnya tuh, tak mau bangun... tapi aku salinkan baju jugak.... Pastu sebelum jam 8 kami dah ready nak kuar bilik, tengok si Sheri sedang tido mengkrekot kat ruang tamu..... Bagus, tido kat luar! Hahaha! Kendian kami terus turun. Sampai bawah, terkejut jugak tengok kolam dah penuh walau jam belum pun jam 8.... Jadi kami telepon orang yang malam tu nak mandi jugak. Tak bangun2.... Bukan apa, aku tertinggal baju mandi kat umah. Jadi KRZ sorang tak menang tangan la kan nak bawak kedua2 anak.... Nasib baik Emy jawab dan janji nak turun membantu.... Lega! Sementara tunggu Emy, KRZ bawak anak2 mengikut giliran. Lepas Fatin, Rafiq.... Sejam kat bawah, lebih kurang jam 9, Abg Jai sekeluarga sampai.... Emy pun turun jugak, jadi dia terus amik kontrak jaga Apiki....
Aku pulak jadi lifeguard! Dok memantau kat tepi kolam.
~Credit untuk Juan kerana gambar ini mendapat pujian ramai....
Pastuh, kontrak tukar, Emy jaga Cik Patin pulak, Apiki masuk kolam besar dengan KRZ dan Adik.... Yang ini Juan sama abang Jai.... Juan pun turut terjun.... gambar ini diambil sejurus sebelum KRZ dan Juan mengejar adik lantas mengakibatkan KRZ sakit kaki sampai sekarang! Kemudian Apiki sudah keras kerana sejuk, terus aku amik dan balutkan dengan towel... Patin pulak dok ngan KRZ.... Kami beredar kira2 jam 10 pagi untuk g bersarapan.....

Lencana SMK Seksyen 16, Shah Alam

Atas permintaan seorang rakan, aku publishkan gambar lencana SMK Seksyen 16 Shah Alam. Copy dan paste jer kat pc kamu.... Kalau tak keberatan, perkenalkan diri kamu yer wahai rakan yang dihormati.... Jumpa lagi....Bye!

Monday, June 29, 2009

Tag dari Ryn....

  1. Bekas kekasih saya – suami saya sekarang...
  2. Saya sedang mendengar – bunyik tv.... Pearl Screen tajuk apa tak tau Stephen Chow berlakon...
  3. Mungkin saya patut – tido sekarang.... mengantuk nih....
  4. Saya suka – macam2... makan, outdoor, kucing, ketawa, menulis, banyak lagi yang aku suka la...
  5. Sahabat-sahabat saya – Geng2 biasak ada dalam blog la... dan juga kawan skolah, kawan maktab, kawan KDP kat IPBA, kawan Pusat Ko, kawan Pengakap.... mana yang tak tersebut, harap jangan kecik ati....
  6. Saya tak faham – knape manusia suka berdengki?
  7. Saya kehilangan – tabiat buruk saya.... berubah banyak dah....
  8. Ramai yang berkata – aku gemuk, tapi KRZ kata aku kesayangannya.... pedulik kata orang!
  9. Cinta itu adalah – satu perasaan yg amat menyiksakan... aku tak menyintai KRZ, aku menyayanginya...
  10. Di suatu tempat, seseorang sedang – berak.... busuk!
  11. Saya akan cuba – utk belajar masak...
  12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – macam kampung KRZ jer....
  13. Telefon bimbit saya – hadiah dari KRZ sempena besday ke 28 (lap u yang!)
  14. Bila saya terjaga – sy terus tengok jam
  15. Saya paling meluat – jumpa orang bodoh sombong.... dah la bodoh.... sombong pulak tuh! Blah la....
  16. Pesta/parti adalah – Apa tuh? Aku tak tau! Ops! Parti tupperware, aku tau....
  17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – kucing
  18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – seumur hidup, syukur....
  19. The best! - memori bersama ayahanda dan bonda tercinta...
  20. Hari ini – sy tak pegi skul.... sakit kepala!
  21. Malam ini saya akan – ngapdet sebelum tido...
  22. Esok pula saya akan – g skul dan pindah barang...
  23. Saya betul-betul inginkan – Tuhan permudahkan segala urusanku
  24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – tak sempat tengok la pagi tadi, dah petang baru tengok muka...
  25. Pusat membeli-belah atau arked permainan – keduanya
  26. Makanan Barat atau Jepun? – Barat, Jepun adalah tak lalu...
  27. Bilik yang terang atau gelap? – ikut keperluan
  28. Makanan segera adalah – tak baik untuk kesihatan dan patut dikurangkan
  29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – Dia punya callsign apa?
  30. Lepas ini saya akan – ngapdet lagik....
  31. Siapa yang anda ingin tag – aku tak suka tag org, tapi kalau terpaksa, aku tag Kak Asma, RB, Lily, Wahid-Adah dan Ceqbulann (kalau sudi jawab la....)

.

Terima kasih sebab sudi tag aku Ryn....

Award dari Sue Joshua

Award dari Sue Joshua @ http://suejoshua.blogspot.com/
1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
~ Dah buat, kat atas tuh.... Thanks to you Sue....
2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
~ Yang ni aku tak suka buat.... hehehe... walau pun suka jer...bila org bagi award.... hmm... aku dengan ini bagi pada Wahid-Adah & Lily, itu jer yang tak ditag oleh org lain.... Miahaha!

Port Dickson ~ Part 5

Jom makan2 @ kedai Jom Makan di Teluk Kemang bermula dengan pengumpulan ahli pada jam 10.30 malam. Unktuk makluman, makanannya adalah : Mahal dan tak sedap! Bluekk! Tak mau makan kat kedai kamu lagi lain kali. Miahhaha! Saksikan gambar. Aku masih lagi takde mood nak bercerita.
Babai!

Port Dickson ~ Part 4

Macam nilah pekerjaan Rafiq sambil kami menanti masa untuk keluar makan ikan bakar di Port Dickson. Masuk bawah meja, keluar, dan punggah semua mainan!
Haih! Bertuah betul!

Port Dickson ~ Part 3

Kekretipan KRZ @ Teluk Kemang
1. Bakul Otak2 ~Gambar diambil dari luar bakul,
KRZ berjaya menghilangkan bilah2 bakul tu...
Cantik kan.......
.
2.Lampu Jalan ~Gambar ni seolah2 jurugambar sedang mobile,
hakikatnya KRZ duduk jer kat kusi.....
Lawa kan....

Port Dickson ~ Part 2

Ye, selepas bergambar, kami keluar untuk minum petang. Tapi meleret ke malam. Pasal tunggu kengkawan. Kami melepak di Teluk Kemang. Konvoi la kekononnya. Waktu ni tak konvoi semua kereta, sebab nak jimat kos. Aku berdua dgn KRZ, anak2 ikut Acik dan Biebo. Sebelum tuh, dah nak gerak, Abg Boy tertinggal kunci keta beliau, jadi keta aku yang masih kosong, dan bersempit2lah mereka dibelakang. Ektibiti disitu adalah makan dan makan dan makan. Dari cerah sampailah ke gelap. Yang tak tahan, Cik Patin sibuklah nak ajak p mandi. Keadaan tak mengizinkan. Bermacam tipu helah puas kami keluarkan nak mengatasi Fatin... Kami lepak lama juga di situ, tunggu ketibaan Presiden KCT, Mr. Remy. Semua dah makan, kami pun pulang untuk bersiap sebelum keluar untuk makan ikan bakar pulak! Bye!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog