Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, June 5, 2009

Redang Island ~ Part VII

Balik dari Hutan Chagar, kami dicampak sekali lagi di satu tempat yang aku tak tahu namanya. Kalau tak silap Teluk Paku. Walau pun mempunyai kedalaman yang agak menggerunkan iaitu melebihi 20 kaki, tapi kami tidak gusar dengan adanya B.A melekat di badan kami.
.
Seperti semalamnya, aku membawa 2 orang anak murid. Dan mereka sangat seronok snorkelling ke pantai kerana kawasan itu lebih besar, luas, dalam dan mempunyai kepelbagaian hidupan laut. Naik ke pantai, kami perhatikan hanya beberapa orang murid dan guru saja yang sampai. Rupa-rupanya arahan untuk berenang hingga ke pantai adalah tidak wajib dan terpaksalah kami kembali ke bot semula. Apa pun, memang pengalaman menarik sampai ke kawasan tersebut.
.
Kami pulang untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari dan solat Zohor, kami kembali ke Taman Laut. Cerita di Taman Laut bermula dengan seekor burung layang2 yang sangat 'hensem'. Duduk elok saja di tangan Ikmal. Aktiviti di Taman Laut pada hari tersebut lebih bertumpu pada 'scuba diving'. Bebudak diberi taklimat tentang penggunaan dan peraturan yang perlu dipatuhi dan geng jurulatih diajar cara nak buat freedive. Aku dan geng pompuan dok tepi cuba2 nak snorkel tp depa tak bagi.... huhuhuhu...
.
Tapi apa pun aku seronok juga kerana dapat cuba 'scuba diving' tue... Terima kasih banyak2 pada PKBPIS a.k.a En. Aziz yang banyak bagi aku peluang mencuba macam2. Sebelum pulang, aku sempat p snorkel jugak, sambil bagi ikan makan roti yang disumbat2 dalam botol mineral. Apa pun memang antara pengalaman yang terindah la ketika aku kat Taman Laut tu... memang besh!

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog