Tuesday, June 16, 2009

Pemancingan Yang Memenatkan!

Pasal apa memenatkan? Tentulah kerana tak dapat waima seekor anak ikan pun! Aku pun tak tau kenapa aku ngan KRZ boleh setuju nak memancing pada hari Ahad, padahal, masing2 dah tau kami akan kepenatan.
.
Untuk Acik, nama tempat itu adalah Bukit Cahaya Seri Alam (dulu waktu aku skul aku panggil BUCASEAL). Nama lamanya adalah Bukit Cerakah. Untuk makluman anda juga, Bukit Bandaraya adalah satu nama taman perumahan yer. So, aku adalah sudah lama tak datang kesini juga.
.
Kali terakhir seingat aku adalah sewaktu aku di tingkatan 5 iaitu lebih kurang 11 tahun yang lalu. Memang banyak juga perubahan dan ada juga yang tak berubah langsung! So perjalanan kami selepas parkir adalah membeli tiket! Dan masuk terus p serbu bas!
.
Tanpa bertanya pada masayrakat sekeliling! Udahnya kata drebar bas yang panggil kami dari kedai makan, katanya lambat lagi dia nak mulakan perjalanan. Pastuh katanya bas ada kat belakang! Dapatlah kami p kawasan sawah padi yang se'coet' jer (bak kata KRZ).
.
Tunggu kat situ, nampak bas lalu, aku paksa Shafiq p kejar.... rupa2nya tunggu bas tersebut lepas pintu masuk jer... Hahahhahaha! Anak2 aku adalah batak kerana tak pernah travel ke mana2 dengan menaiki bas yer. Tak kurang juga penumpang lain yang turut batak! Sepanjang perjalanan kami menghirup bau pokok2 dan tumbuh2an... agak segar juga perasaannya, kalau nak dibandingkan dengan keadaan luar yang berjerebu! Sampai2 jer, pemancing dengan segera menyiapkan joran masing2 dengan penuh harapan akan mendapat ikan! Agak lama dipentas utama, tinggal aku sekeluarga saja kat situ. Biebo, Shafiq sama MA Sopi nak mencuba nasib di tempat lain. Sambil2 tu naik sewel jugak melayan kerenah anak2. Yang Fatin dengan asyik nak minum 100 Tambah guna gelas mainannya,
dan dengan Rafiq yang asyik nak membuang benda! Acik sampai tak lama kendian
dengan membawa cucur kodok sama cucur udang. Terima kasih daun keladi, lain kali beli lagi.
Pemandangan kat situ adalah best
kecuali tak dapat ikan yang buatkan jadi tak best! Tambah pulak cuaca sangat2 panas dan menyesakkan! Jam 3.45 petang, kami terdengar bunyi hon bas sambil mulot celupar sapa ntah yang mengatakan itulah bas terakhir.
.
Kerisauan melanda hati kami sebab tak mampu nak berjalan kaki lagi dengan anak2 dan barang yang banyak. Walau pun kononnya jarak cuma 3 kilometer jek. Terus kami siap2 kemas dan tunggu bas walau pun dah tau bas akan amik kami jam 4.30 petang.
.
Jadi kami ni menanti dengan penuh sabar sambil ada org bagi idea nak rampas basikal la, bergegar dunia la, bagi anak ikan makan la, beruk makan la.... (Nak citer detail klik sini) Last2 bas sampai jugak. Lega... Belum separuh perjalan, anak2 dah lena... Tambah2lah lega, dapatlah kami rehat sekejap!!!!!

1 comment:

ryn's said...

bestnye...yang tak tahan tuh,kepanasan hari tuh..

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog