Tuesday, June 16, 2009

Perkhemahan Gabungan SM & SR ~ Last Day

Maaflah rakan2. Rupa-rupanya aku belum siapkan cerita di Kem Tekali tempoh hari. Takper, malam ni aku siapkan. Hari terakhir bermula seperti biasa dengan PT (Senaman Pagi). Hari ni kami paksa bebudak p joging sampai hujung jalan. Aku idak le sanggup nak berjogging bagai, kerana sangat meletihkan. Makanya aku berpoco-poco ngan KRZ, Zaihan sama JRS. Sori takdak gambar pasal aku menumpukan perhatian pada pembelajaran tarian tersebut. Kerana aku sangat tidak reti. Hehehehehehe!
.
Bila bebudak kembali dari berjoging, aku keluar ngan KRZ ke kdai makan berdekatan kem. Makan nasi lemak yang sedap tapi sudah lupa mau amik gambar. Selepas makan, tetiba lalu sorang penduduk kampung membawa 3 biji dorian.... Terus mereka (geng pentadbiran) membeli dengan harga RM10. Wei, sungguh la lazat makan dorian yang baru jatuh dari pokok! Aku suka makan durian, tapi idaklah terlampau suka. Boleh saja nak makan, dan trademark aku adalah gaya nak termuntah bila dah masuk durian terlalu banyak ~ melebihi had tekak aku sanggup telan. Ini memang dari kecik dan gaya aku adalah sama dengan arwah abah bila dia dah sakit dan dapat macam durian. Selepas bebudak sarapan, mereka dikerah untuk membuat KHIDMAS : Khidmat Masyarakat. Membersihkan kawasan sekitar khemah, tandas dsb. Jam 9.30 ada rehearsal penutup sebelum 10.30 acara penutup bermula dengan kehadiran Tuan Haji Ibrahim.
Inilah VIP dan inilah kami semua!!!! Aku adalah photographer dan aku takde tempat duduk, maka terpaksa menyelit tepi KRZ! Hehehehe! Sebelum pulang, kami dijamu dengan nasi minyak! Sedap!!!!
Sampai jumpa lagi nanti.....
Wassalam.

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog