Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!!!

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. Tak perlu taip panjang2. Fikir sendiri dimana kita setelah 52 tahun merdeka???? Gambar ni waktu praktikum Fasa 1 di Methodist Girl School Penang. Kalau aku tak silap dalam tahun 2002. Aku mengajar Kajian Tempatan dan kena tajuk Kemerdekaan. Saja anjurkan pertandingan Drama Kemerdekaan.
.
Masih lagi kuingat insan yang pegang bendera tu kecil molek serta putih kulitnya. Tak mahu bergambar kerana malu pakai baju Melayu abahnya. Itulah antara kenangan manis kat MGS!

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan : Menggamit Memori

Lihatlah gambar kami sekeluarga pada 1 Syawal 1422 yang lalu (kalau salah maaflah tapi tahun masihinya ialah 2001) .
Inilah kami beraya tanpa insan yang bergelar abah disisi. Arwah abah meninggalkan kami pada 2 Ramadhan. Lain sungguh rasanya, kerana jika tidak ada saja nyanyian dan gelak tawa arwah menghiasi Hari Kemenangan kami. Sudah cukup puas aku mengenang perihal arwah abah, cukuplah setakat itu, kerana aku tak mahu air mataku terus berjuraian . Aku merupakan kemanjaan arwah sementelah berjarak 7 tahun dengan abangku (yg berbaju merah). Tapi kemanjaan itu tidak lama apabila arwah abah ditimpa kecelakaan pada tahun 1985. Walau arwah sakit, masih lagi menghiburkan kami dengan nyanyian lagu2 P.Ramlee dan juga lagu Tamil. Jangan tak percaya, aku masih mengingati rentak dan liriknya. Walau aku yakin sebutanku hancuuuussss!!!!!
.
Apa pun untuk seluruh umat Islam yang singgah membaca di blog kesayanganku ini, SELAMAT BERPUASA!

Kad Ucapan & Award

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan 1430H, ada antara kawan2 aku yng mengucapkan selamat. Ada juga yang memberi kad ucapan. Terima kasih mamakiter. Untuk yang buat ucapan secara umum tu aku grab dan tepekkan untuk menjadi satu entry khas. Maaf yer, pada mana2 yang aku tak sempat grab tu..... Dan aku juga dapat award dari Lilies... tq ok.... Sapa2 nak boleh amik. Aku tak mahu bagi syarat, takut menyusahkan kawan2.. Tapi aku suka je bila dapat award! Hehe! Bye!

Happy Birthday Fatin!

Hari Khamis lepas genap 3 tahun umur Fatin. Berkongsi birthdate dengan Acik. Happy birthday to both of u. Semoga murah rezeki kamu berdua, sentiasa sihat lagi ceria selalu & jangan nakal2. Takde sambutan n makan2 kat umah macam biasa kerana umahku dalam proses baik pulih. Aku kontek Emy konon nak wat surprise kat Acik tapi banyaaaak sangat halangannya jadi taklah surprise mana majlis tu. Lebih kepada Cik Patin jer walau sebenarnya aku nak buat jugak untuk Acik.
.
Perlukah aku bercerita tentang halangan2 tersebut??? Takpelah, off record kali nih pasal ini ari baik untuk anak n adik aku. Anyway thanks to Emy n Juan yang bersusah payah organised tempat yer.
.
Sehari sebelum tu Emy soh aku roger Juan yang nak buat kat Johnnys'. Tapi KRZ tak berkenan kerana katanya beliau nak makan nasik untuk berbuka.
.
Maka Emy & Juan cadangkan kat Selero Negori. Memang superb and marbeles segala makanannya walaupun lauk yang menjadi idaman besday girl kedua tidak ada.
.
Nak citer lebih lanjut, adalah lebih baik korang klik betul2 kat perkataan ------> sini.
.
Antara tetamu yang hadir, dah tentu aku sekeluarga, Acik, Emy&Juan, Ayu sekeluarga (pengasuh Fatin) serta Sopi+Biebo+Pizi yang bohong Acik kata meka datang asing2. Hehe! Lepas makan, barulah keluarkan kek. Tahun ni Fatin dah besar dah pandai tiup lilin atas kek. Dan aku macam kesian tengok Apik blur2 jer, ku amik tangan Apik, bagi dia potong sama kek tu. Hasilnya = dia tetap blur! Haha! Apa da!
.
Dan agak berbaloi makan nasik kat situ, siap dapat diskaun lagik. Harga yang dibayar adalah lebih kurang sama macam masak2 kat umah jugak. Tak perlu risau yer Acik kerana aku berkongsian dengan Tokey Ayam! Lepas makan, kami g sambung lepak kat Tok Yem. Cik Fatin dapat hadiah dari Emy. Syiok sungguh dia. Bila anak2 merengek nak p McD, kengkawan pun sepakat balik sama2. Meninggalkan kami sekeluarga di McD for the next 1/2 hour. Tak larat dok lama2, last2 terpaksa paksa anak2 balik. Sampai jumpa lagi. Bye!

Berbuka @ Nando's

Suatu hari KRZ menyatakan padaku sudah agak lama tekak kami tak merasa Nando's. Aku pun teringin juga nak merasa sebenarnya. Dan sebenarnya ada memori aku bersama Nando's suatu ketika dulu. Ya! Aku pernah keje waktu aku cuti maktab. Dan aku beserta adik aku adalah antara perintis kat Nando's Tesco Bukit Tinggi, Klang. Tapi gambar atas ni waktu aku training kat Bukit Raja, Klang.
.
Back to the story ek.... Memandangkan belum pernah berbuka dengan Acik, maka mengajak beliau bagi memeriahkan acara makan2. Lagi pun bila berbuka secara berjemaah ni lebih meriah kan? Macam2 kejadian juga berlaku sewaktu kat situ.
.
Kami sampai awal sangat lebih kurang jam 6 ptg (agak2nya jer nih, aku dah lupa sebenarnya). Tapi sebab tak boleh reserve, terpaksa duduk dan tunggu la. Yang memberi menu pun tahu tak ambil oder sampai kami panggil mengoder untuk anak2. KRZ biasaklah, org jantan, mana boleh uduk berdiam lama2 tak buat apa, beliau g jalan2 bayar2 bil, cuci-cuci mata dan belikan CC <--- org tamak yg oder nih... hiks!
.
Masa berlalu dan manusia pun makin ramai memenuhi restoren tersebut. Macam2 gelagat dapat kami saksikan antaranya awek comei ala2 Jasmin Hamid, ayam hangus, hujan lebat & ribut serta manusia kedekut <--- beli satu je air, bila abish topup free padahal mereka berdating .
.
Jam 6.45 kami dah oder makanan kerana rasa takut makanan lambat sampai kerana seat semua pun dah penuh! Bila KRZ sampai kami tunggu masa nak berbuka je sebab makanan dah dihidang. Bila aku tengok jam dah 7.23 tapi takde manusia berpuasa yang berbuka maka kami pun tunggu lagi. Aku nak ngap siap KRZ sound aku tau, TUNGGU la....
.
Nasib baik posa. Kalau tak posa mau aku kuntau beliau kat situ jugak! <--- tak berani sebenarnya. Takut straight to NERAKA! Makan2 dan pulang terus tak sempat jalan2 kerana KRZ terus nak ke Shah Alam nak jumpa awek baru. Oh, cerita itu aku akan publish dalam blog 9w2dak la. Chekidot kat sana jer yer kemudian. Bye!

I Love Blogging

Ya, sebenarnya ku suka sangat, tapi apakan daya, apabila ada perkara yang harus diutamakan, terpaksalah aku tinggalkan. Gambar ni sebagai refreshment untuk aku dan rakan2 bloggers yang selalu berkunjung ke umah aku ni walau aku dah lama tak ngapdet. Aku bagi kat semua yang singgah kat sini. Kalau tak mau pun takpe. Boleh kira award la jugak. Tapi untuk diri sendiri. Bukan selalu kan... Nanti aku marathon ngapdet untuk korang yer. Wassalam.

Tuesday, August 25, 2009

Lori Kemetot!

Semalam, aku g menguruaskan hal rumah ngan KRZ di Damansara Utama. Sekejapan jer perginya kemudian KRZ ajak window shopping kat Sg. Buloh. Dah namanya pun window shopping, makanya takdelah membeli apa2 pun. Balik dari situ, aku ternampak sebuah lori yang petinya bersaiz ganjil. Mula2 rasa macam kelakar dan tetiba teringat bahawa aku takde bahan nak ngapdet, maka aku kuarkan phone untuk amik gambar, tetiba KRZ dengan sengaja membelok kekiri kekanan kerana dengki aku nak amik gambar. Gila bahaya sesekali org tua bergurau! Terhuyung hayang aku kat dalam keta dah seghupa org mabuk! Kemudian jenuh tunggu lori dengan peti saiz biasa pulak, sebab nak tunjuk perbezaan ni pada korang. Hehe! Aneh kan?

Coure New Look!

Amacam? Gempak?? Bukan niat aku nak menunjuk, ok. Karang ada pulak yang meroyan bila baca entri nih. Lama tak nampak kelibat coure dalam entry kat blog nih, maka aku publishkan sikit2. Bukan apa, kami barulah mampu nak merepair cacat-cela yang ada.
Ni gambar sebelum......Ni pulak selepas.....
Dan KRZ dah tentu happy-happy semacam.
Tapi dapat jer bawak, suruh KRZ tengok dari belakang. Haha! Sekali sekala bawak kereta manual, maka aku merempit! Tapi aku merempit perlahan2 je tau<--- sila percaya. Syiok juga sekali sekala melayan!

Topeng Muka

Hari Ahad lepas KRZ bawak aku ngan anak2 jalan di KL. Niat beliu nak meninjau2 peralatan handy untuk aku. Almaklumlah aku dah lulus peksa kan. Jadi harus ada gadget yang bersesuaian la.
.
Pastuh, aku terasa bimbang sebab KL tu satu tempat tumpuan orang ramai. Bukan dari Malaysia saja, dari merata dunia pun ada. Aku mengambil langkah singgah di farmasi terdekat dan membeli topeng muka. Kami pakai dan pakaikan anak2 juga. Pandai juga anak2 tak tanggalkan selagi tak nampak sama ada aku atau KRZ tanggalkan. Yang Fatin pulak, ketika KRZ bukak topeng untuk bertanyakan harga barangan, siap marah lagi, "Ayah, tutup mulut!" Haha! Pandai la sangat. Rafiq ada sikiiit problem nak tanggalkan, sebab gatal agaknya sebab hidungnya naik bintik2 merah sebab besi kat topeng tu kot! Oklah yer, nanti aku sambung lagi. Bye!

Kasut Baru & Murah

Hai semua, apa khabar? Lama rasanya tak ngapdet, kan? Dah dapat kompelin entry gue sekarang berunsur pemalas. Haha! Kadang-kadang tue masa yang diperuntukkan terlalu singkat, aku terpaksa buat kerja lain maka segalanya aku ringkaskan saja. Bukan aku sengaja. Padahal memang hobi dan minat aku nak menulis bagi orang baca. Memang aku suka.
.
Baik, malam yang pergi ke Updown Kota Damansara tempoh hari, aku dengan KRZ memang tak tahu nak beli apa pun sebenarnya. Cadang-cadangnya nak tengok2 mana yang berkenan baru nak beli.
.
Cerita pasal beli ni, biar aku cerita sikit pasal manusia yang aku tak paham apa yang mereka nak. Alkisah ada hamba Allah ni taklah selalu baca blog aku, tapi ada frekuen dia la. Lepas dia baca, dia akan mengeluarkan semula entry dalam blog aku pada orang yang tak baca dengan cara yang begitu menjengkelkan.
.
Mestilah orang yang tak baca tu cerita kat aku. Atau niat org yang tak baca tu nak sakitkan hati aku, aku tak tahulah. WTH?? Sengal! Kalau kamu tak suka, stay away from my blog! Back off! Ko sape nak judge apa2 pun pasal entry aku.
.
Aku buat semua ni bukan aku nak menunjuk2 aku beli barang2 baru. Tak pernah terniat tau nak menunjuk2. Lagi pun rasanya yang aku tunjuk semua barangan murahan, tak pernah pun aku beli barang branded.
.
Tulah orang Melayu, sesama bangsa sendiri berdengki, busuk ati. Bila ngan bangsa lain, pandai pulak nak toleransi! Blah la woi! I don't need u to read my entries! <--- Ok, iklan tamat!
.
Hmmm.... sambung citer. Kami lalu depan gerai kasut2 murah. Siapa ada kasut saiz anak2 aku, maka kami beria2 memilih mana yang cantik. KRZ pilihkan untuk Fatin tapi Fatin ada plihan sendiri. Yang ini pilihannya. Lantas memakai kasut sehingga ke bilik tidur malam tu. Alkisah sampai begitu sekali bataksnya. Haha! Mau tak batak, dah lama aku tak belikan kasut. Last aku belikan belum dia umur 2 tahun. Memang susah nak cari kasut saiz Fatin.
.
Besar sikit dari baby, kecik sikit dari kanak2. Rafiq punya saiz pulak, saiz baby. Actually ada jer jual kat kedai,tapi nak bagi adil, beli apa2 mesti sama2. Sorang dapat baju, 2-2 akan dapat. So, kat kedai biasa kasut Fatin takde, jadi malam tu belikanlah untuk depa. Ni pulak kasut Rafiq, simple dan kemas jugak. Tambah lagi satu murah! Memang boleh beli kasut mahal, tapi tak berbaloi kerana mereka cepat besar dan nanti pakai sekejapan saja dah tak muat. Bila dah tak muat walaupun masih baru, itu dinamakan membazir yer....
.
Untuk orang berduit, takpelah, untuk orang macam kami, terpaksa berpada-pada. Hm, amacam? Ok ker sesekali baca entri panjang gini? Hehe! Jumpa lagi nanti, Wassalam.

Sunday, August 23, 2009

Sampai Penat

Balik dari Shah Alam, singgah di Uptown KD. Best jugak dah lama tak jalan kat situ. Terjumpa satu benda menarik.... terus mintak izin tuan kedai untuk merakamkan gambarnya.... Cool eh?

Rafiq lagi...

Saja nak tepek gambar Rafiq lagi. Kali ni Acik tumpang cekak rambut kat kepala Rafiq dan bila Rafiq menangis ditegur aku, dia tutup mulut,tapi untuk pengetahuan korang, suaranya kuat juga! ... alahai, buruknya.......

Tertidur....

Saksikan gaya Rafiq tertidur.....

Balas Dendam

Hmmm..... kan hari tu dah katakan bahawa kami rindu pada coure KRZ. Inilah antara gaya KRZ dan anak2 bila naik coure pada hari pertama....

Mari Beli Keronsang

Stok baru dan edisi terhad ni. Murah jer dari RM 3 hingga yang paling mahal cuma RM18 saja. sapa-sapa berminat bolehlah tinggalkan contact number ataupun email saja pada fidabizz@yahoo.comCaj tambahan RM5 dikenakan untuk penghantaran melalui pos. Sapa mai jumpa aku sendiri, tak payah la bayar duit tu. Nanti kalau ada design baru lagi, aku tepek lagi.
.
Bukan aku nak meniaga sangat sebenarnya. Saja suka nak kongsi dengan kawan2. Apa salahnya kalau korang pun pakai brooch yang lawa2 pada pandangan mata KRZ ~ sebab semuanya dia yang pilih. Aku sudah kelabu mata keana terlampau banyak pilihan!
.
Jumpa lagi nanti! Wassalam!

Jamuan.....

Jamuan diadakan sempena menyambut ketiaan GPK HEM yang baru iaitu En. Mat Saad bin Shaari. Turut berkongi ialah para guru yang mendapat anugerah cemerlang 2008 serta yang mendapat gaji tunggakan sampai 7, 8 ribu.
.
Banyak kan? Pasal depa ada ijazah. Kalau gaji diploma macam aku ni, ada sikit jugak! Haha! Walau pun sikit aku bersyukur dan aku semntiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik aku hingga ke tahap tertinggi yang aku mampu. Panjangnya mukadimah.... Sori ek....Makanan dioder dari jiran En. Mad. Sedap2 belaka. Terutama gulai lomak ikan tenggiri. Puas makan sampai rasa makan lauk berlaukkan nasik. Korang paham ker apa aku cuba sampaikan nie? Buat2 paham dah la..... :P
.
Tak lupa juga ada sambutan harijadi untuk rakan2 yang dilahirkan pada bulan Ogos. Kek pun sodap~! Tapi tak sempat tengok dah abish!!!! Aku balik awal pasal KRZ sampai awal, kalau tidak aku la org last sekali. Bukan pasal makan banyak, tapi tolong kemas la... Hehe! Bye!

Friday, August 21, 2009

Akukah?

Ya! Aku, apasal sekarang depa suka lantik aku jadi pengacara majlis aku pun tak tau! Nak kata sore sedap, hampeh!! Nak kata aku berbahasa basi, jauh sekali, terketor2 adala.... Tapi nasib baik digandingkan dengan Mie. Dia ni dah terer bab mengacara majlis ni. Hilang ketor aku sebaik pegang mic.... Haha! Bye!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog