Monday, August 3, 2009

Aku tokey congkak?

Oh, tidak-tidak. Aku cuma ditugaskan untuk jaga base Permainan Rakyat : Congkak. Kuceritakan sedikit sejarah dan asal usul congkak.
.
Berasal dari negara Timur Tengah seperti Lebanon, Turki, Istanbul dan sewaktu dengannya. Mula dibawa oleh pedagang ke negeri Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya dimainkan oleh golongan istana dan kaum kerabat sahaja.
.
Kedatangan Inggeris telah merubah tradisi, golongan rakyat jelata yang terdiri daripada nelayan dan petani juga sudah mula mengenai permainan ini. Asalnya tiada bekas, hanya lubang2 yang dikorek pada tanah.
.
Kemudian beransur moden dengan kayu pokok sehingga sekarang ini sudah ada congkak plastik. Tak percaya? Later la aku ngapdet. Namanya pun berbeza mengikut negeri dan daerah yer. Tapi konsepnya sama.
.
Bukan bangsa Cina dan India saja yang tak pandai main congkak ni, yang Melayu pun ada yang weng! Jadi, pada siap2 yang tak reti tu, bawak2lah belajor. Buat malu jer kalau orang luar yang pandai main congkak.

3 comments:

Arechick Lana said...

bagaimana gan antu congkak??

bole cekgu explainkan?

hehehe. :P

LadyD said...

congkak?mmm....lame tak main...

lina said...

nk bli congkak kt maner yea?
niat nk aja2 anak2 main..

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog