Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, August 29, 2009

Berbuka @ Nando's

Suatu hari KRZ menyatakan padaku sudah agak lama tekak kami tak merasa Nando's. Aku pun teringin juga nak merasa sebenarnya. Dan sebenarnya ada memori aku bersama Nando's suatu ketika dulu. Ya! Aku pernah keje waktu aku cuti maktab. Dan aku beserta adik aku adalah antara perintis kat Nando's Tesco Bukit Tinggi, Klang. Tapi gambar atas ni waktu aku training kat Bukit Raja, Klang.
.
Back to the story ek.... Memandangkan belum pernah berbuka dengan Acik, maka mengajak beliau bagi memeriahkan acara makan2. Lagi pun bila berbuka secara berjemaah ni lebih meriah kan? Macam2 kejadian juga berlaku sewaktu kat situ.
.
Kami sampai awal sangat lebih kurang jam 6 ptg (agak2nya jer nih, aku dah lupa sebenarnya). Tapi sebab tak boleh reserve, terpaksa duduk dan tunggu la. Yang memberi menu pun tahu tak ambil oder sampai kami panggil mengoder untuk anak2. KRZ biasaklah, org jantan, mana boleh uduk berdiam lama2 tak buat apa, beliau g jalan2 bayar2 bil, cuci-cuci mata dan belikan CC <--- org tamak yg oder nih... hiks!
.
Masa berlalu dan manusia pun makin ramai memenuhi restoren tersebut. Macam2 gelagat dapat kami saksikan antaranya awek comei ala2 Jasmin Hamid, ayam hangus, hujan lebat & ribut serta manusia kedekut <--- beli satu je air, bila abish topup free padahal mereka berdating .
.
Jam 6.45 kami dah oder makanan kerana rasa takut makanan lambat sampai kerana seat semua pun dah penuh! Bila KRZ sampai kami tunggu masa nak berbuka je sebab makanan dah dihidang. Bila aku tengok jam dah 7.23 tapi takde manusia berpuasa yang berbuka maka kami pun tunggu lagi. Aku nak ngap siap KRZ sound aku tau, TUNGGU la....
.
Nasib baik posa. Kalau tak posa mau aku kuntau beliau kat situ jugak! <--- tak berani sebenarnya. Takut straight to NERAKA! Makan2 dan pulang terus tak sempat jalan2 kerana KRZ terus nak ke Shah Alam nak jumpa awek baru. Oh, cerita itu aku akan publish dalam blog 9w2dak la. Chekidot kat sana jer yer kemudian. Bye!

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog