Sunday, August 9, 2009

Jom Jom Jom! Jom Main Boling!

Alkisah kerana Rafiq tak henti2 mintak dengan KRZ, "Nak ling..." Maka pada malam ini telah tertunai kehendak Rafiq tersebut.
.
Memang dia pun yang beria2 mainnya. Fatin ala kadar saja. Melepaskan batuk di tangga, bak kata pepatah. Mula2 sampai nampak satu coure yang cantik.... pastu terus turun Arena untuk makan2.

Lepas makan barulah g main boling. Rafiq punya bersungguh2 sampai bila tiba giliran Fatin pun dia nak baling juga. Tengoklah gaya budak 'mentel' ni. (betul ke maksudnya manja & mengada2?) Menangis dan meraung tapi tutup mulut.

Kononnya suara tak keluar padahal sama je bisingnya. Nasib baik Fatin kurang sikit minatnya. Banyak duduk ngan aku sambil g belek2 rak bola kat belakang.

Hehe! Apa pun minat anak2, KRZ dah cakap akan menyokong. Janji ada kesungguhan dan berjaya! Syoknya anak2 zaman sekarang kan? Tinggal nak usaha saja.

.
Waktu aku dulu, banyak betul halangan. Yang pertama dah tentu wang, kedua kemudahan, ketiga sokongan..... Tapi aku bersyukur kerana dengan kesusahan aku dulu, aku jadi aku. Eh! Melalut sudah! Jumpa lagi nanti. Bye!

1 comment:

Arechick Lana said...

oh x ajak!

pasni leh lwn apiki la.kompem ack menang.hahaha

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog