Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, July 29, 2009

Kem 1Malaysia ~ Day 1

Hello semua, bersiaran dari Kem Tekali. Takde cerita pasal tak sempat. Aku buatkan kolaj untuk tepek kat chalet jurulatih, dan sambil boleh tepek yang ada muka aku atau KRZ jer, haha! Bye!

Tuesday, July 28, 2009

Pengaruh MJ!

Wah2, aku ngan KRZ balik umah sat sebab kena antar anak p klinik. Makanya sempatan saja aku ngapdet! Walau ceritanya tak terkini... hehehe! Hari g tengok wayang hari tu, aku sempat merakamkan aksi cleaner yang buat keje sampai muka pandang tayangan konsert MJ. Setiap kali g OU untuk tengok wayang, aku mesti lepak situ sementara tunggu Acik n the gang. Macam2 gelagat. Apek tua buat moonwalk la, anak dara terpegang 'anu' sebab tiru gaya MJlah, ada yang jerit "Awww!"la.... Macam2 kan? Hehehe!

Monday, July 27, 2009

Mee Kari

Aku teringat yang anak2 aku suka lapar malam2 sebelum tidur. Jadi sebelum sampai umah, singgah kedai runcit buat beli bekal sikit. Rasa lama tak masak mee, aku beli sebungkus. KRZ pulak katanya teringin mee kari. Siap ku beli santan... Lepas jemput anak2 lepak2 sampai lepas maghrib baru aku start masak. Untuk KRZ mee kari, untuk anak2 mee goreng fishball. Sori takde gambar. Hehee! Lupa la!

Sunday, July 26, 2009

Gallery - Jom Jalan2

The Taking Of Pelham 123

Hari ni kami tengok wayang lagi. Kali ni cerita yang boleh tahan la, tak sebest mana kerana cerita tekanan. Pada aku la.... hehe... kali ni tengok macam biasa beramai2... ceritanya nanti kot. Atau korang tengok blog Acik jer, boleh? Hehehe! Giler pemalas.......

Nasi Lemak & Kopi 'O'

Salam, maaf keterlewatan pulak aku ngapdet. Baru selesai keje untuk kem 1 Malaysia. Terasa lama benar aku tak masak, asik2 KRZ yang masak, jadi malam Ahad tu sebelum sampai umah, singgah kedai beli santan. Memang niat nak masak Nasi Lemak la. Lama betul aku tak masak ni. Kenapa sampai zaman malas tak tahulah. So seawal pagi aku dah mula masak. Dan hasilnya, Rafiq yang suka makan, bertambah2. Hero memang makan banyak eh? Hehehe! Jumpa lagi nanti, bye!

Saturday, July 25, 2009

Baju Baru!

Baju baru beli kat pasar malam. Fatin melalak2 kerana bajunya dibasuh (dia dah pakai semalam). Nasib KRZ sempat basuh dan aku terpaksa tolong iron nak bagi kering. Pastuh Rafiq naik basikal Fatin, lagilah trauma beliau.... tu yang takde gambar tu.... hehehehe!

Rafiq Gunting Rambut!

Sesungguhnya mood untuk menaip dan bahan untuk ditaip sama 2 tak ada. Jadi layankan saja gambar kami p bawak Rafiq gunting rambut. Hehehe!
Ni bila dah siap....

Friday, July 24, 2009

Durian Party!!!

Ini memang macam aktiviti tahunan skul aku. Mesti ada Durian Party. Tahun ni 2 bakul kami kerjakan. Haha! Sedap! Puas! Sebab makan ramai2 rebut2...... Kalau aku ngan KRZ, gamaknya busuklah durian tuh..... Tak adventure langsung makan berdua! Saksikan!

Roti Lilit ~ Idamanku Selalu!

Sebenarnya aku juga mendapat panggilan untuk masuk kem. Tapi sebab mengejut, DEL tak bagi aku pegi. Mereka memang benar2 kekurangan tenaga, jadi petang tu aku pegi jugak menghulurkan bantuan setakat yang termampu untuk rakan2. Almaklumlah, aku dah kena selesema dari malam tolong KRZ bungkus kertas soklan.
.
Sampai2 kem, seorang Ustaz mintak bantuan kat bahagian Dinamika Kumpulan. Pastuh rehat, aku g tolong KRZ. Yeay! Akhirnya aku berjaya melunaskan hutangku pada tekakku yang nak merasa roti lilit buatan sendiri. Inilah dia! Sedap tau! Kata KRZ.... sebab beliau lapar. Kami makan bila budak2 dah balik ke khemah dan bersiap, barulah lepak2 sambil makan roti lilit!
Sampai jumpa lagi nanti. BYE!

Thursday, July 23, 2009

Flu

Aku demam selesema.
Kalau takde keje sepenting Program 1 Malaysia,
konpem aku mc n lepak2 kat umah jer...
Ni, baru balik skul dengan kepala terasa berat!
Seksa!!!!
Sempat jengok2 umah kawan2 sekejap.
Umah sendiri, tak larat nak belek. ~Ini gambar virus selesema yang tipikal (biasa la tu maksudnya)~
Adeh! Jumpa lagi nanti.
Bye!

Wednesday, July 22, 2009

Sama Tapi Tak Serupa!

Kubelek2 blog Sue Joshua, ku terperasan satu pose beliau yang iras benar dengan lagak adikku Azah (pada pandangan mataku la, tak tahulah kalau mata kamu lain nampaknya). Cuma yang membezakan, kulit adikku jauh lebih gelap la....

Tuesday, July 21, 2009

Berita Tak Berapa Sedih!

Bukan apa, KRZ tetiba kena g masuk kem. Anak2 pun macam terkejut2 tengok tetiba KRZ nak g dah. Terus Fatin ajak KRZ g taman belakang umah. Pastu, tengah anak2 leka main, KRZ pelan2 tinggalkan kami. Huhuhu..... Sedey tau!

Mesyuarat 1 Malaysia

Peringkat Negeri Selangor. Jadi kami para jurulatih Pusat Ko-kurikulum Negeri Selangor dipanggil untuk taklimat dan pembahagian tugas. Syoknya jumpa ramai kawan2 serta ada makan2. Dan makanannya sedap tau! Siap bertambah aku makan ngan KRZ! Haha! Diet??? Apa tuh?? Tetiba aku lupa diri kerana kesedapan lauk katering tersebut. Balik tu singgah skul KRZ nak amik ketas soklan yang belum distapler. Jadi KRZ kontrak kat aku ler. Malam ni kena pulun. Sebelum jemput anak2 p Anwar KRZ pekena tosai dan minum2 sikit pasal dahaga yang terlalu walau hari hujan! Ada berita sedih ni nanti aku umumkan... huhuhu.... Bye!

Jawapan

Inilah dia gambar empunya kaki dan stokin yang comel tuh..... Jangan marah yer Adah. Gambar Wahid ni dah lama aku simpan. Dah tanya dia boleh publish tak dia kata ok jer.... Hehehe! Posing maut pulak tuh! Aw!

Apa itu?

Saja nak bagi korang teka apakah bendanya. Aku pun waktu view gambar ni secara thumbnail, hairan apa kebendanya... hahahha!

Monday, July 20, 2009

Majlis Perpisahan KDP OUM

Dah lama pending ni, sampai malam semalam, Nora telipong bertanya khabar. Maaf jugak, aku terpaksa kolajkan semua gambar. Dah semakin limited kapasiti blog aku ni... apa pun enjoy la tengok gambar2 tu yer, mana yang tertinggal nanti akanku tepek lagi..... bye!
p/s: Credit to Sue Joshua kerana perkongsian software.

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog