Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, July 19, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Aku???

Pernah satu ketika aku masih di Johor Bahru, ramai yang tidak suka akan kehadiranku. Kata mereka aku suka mengampu. Pada hal, aku menganggap bos seperti ibuku yang jauh. Benar lagaknya memang persis ibu ku. Dan kerana kasihnya aku pada Kak Rabiah, aku sanggup berulang dari Taman Dahlia (Tampoi) ke Taman Hang Jebat (Skudai).
.
Memang tak jauh perjalanan, tapi bagi sesetengah orang aku sangat2 membuang masa kerana sanggup pergi menjemput orang tua kesayangan aku tuh. Tapi itu aku. Tak sanggup aku membayangkan ibuku bersusah payah setiap hari. Lantas tak kukira jarak perjalanan dan masa yang perlu ku korbankan. Kesannya aku dibenci, dikeji oleh segenap lapisan yang tidak memahami.
.
Pada satu kejadian lain, aku sibuk mengambil buku dibawah meja, datang seorang rakan tanpa segan silu mengataku itu dan ini. Fikirnya dia mengumpat (aku tiada disitu)... tiba2 aku keluar, pucat lesi wajah rakanku itu. Katanya Puan Rabiah tidak adil. Kalau aku berbuat salah, akan ditutup sebelah mata. Padahal, salah tetap salah. Aku juga menerima hukuman yang sama jika aku tersilap laku. Aku BUKAN anak emas Puan Rabiah. Tapi aku masih lagi tetap aku.
.
Pernah seorang rakan serumah memberitahu. Ada orang bertanya bagaimana sikapku. Dia menjawab aku sangat normal dirumah. Tidak sekali aku membuka topik mengumpat keji orang. Itu bukan aku. Apa orang buat pada aku pun aku diam saja. Walau pun wajahku mencerminkan sesuatu.
.
Aku, walau pun nampak seperti garang dan suka nak sound2 orang, tapi aku sangat tidak suka mencetuskan pergaduhan. Aku sebenarnya jenis yang beralah. Sekiranya aku merasakan sesuatu perkara itu sudah terlalu, aku akan bersuara juga. Itu pun kalau aku yakin orang itu boleh menerima teguranku. Orang yang yang aku fikir tak akan mendengar, kudiamkan saja. Biarkan!
.
Terbaru, aku berasa sangat bersalah pada seorang rakan yang sentiasa dekat dihatiku. Runsing fikiranku. Sehingga hilang semangatku untuk berblogging. Jarang sekali aku dapat berbual dengannya. Sehinggakan kadang2 aku merasakan bagai tak ada topik bila nak berbual. Bila ketandusan idea, aku akan secara sedar tak sedar akan mengeluarkan topik yang aku rasa kawan aku tu tak suka.
.
Walau aku tahu, tapi aku meneruskan perbuatan itu. Akibatnya beliau sangat berbeza sekarang ini. Mungkin juga sudah berubah tanggapannya padaku kini. Dan waktu itu aku bukan aku lagi. Aku menjadi seorang rakan yang menagih perhatian rakannya. Meminta dia memberi sedikit perhatian padaku. Aku sudah terlalu mementingkan perasaanku tanpa memikirkan perasaan orang lain juga.
.
Apa dah jadi dengan aku???
.
Kepada sahabat yang dekat dihatiku, aku tahu kamu akan membaca tulisanku. Aku tahu kamu akan memahami isi tulisanku. Sesungguhnya aku tidak pernah terniat nak menambah lara dihatimu. Aku bersalah terhadap kamu dan izinkan aku mencari ruang untuk aku memaafkan diriku. Jikalau kamu sudi maafkanlah aku......
Salam sayang,

4 comments:

Anonymous said...

yang nyata nya bila kita bisa menyenaraikan perkara perkara yang membelengu fikiran kita atau sentiasa bermain di fikiran, itu bermakna kita sudah mengambil langkah yang benar lagi tertib dalam mengenali diri kita. dan ini adalah langkah yang normal lagi bijak.maka jika di jawab soalan "apa dah jadi dengan aku ? tentu jawapan nya jika saya yang menjawab, tiada apa yg luarbiasa terjadi. Ia hanya satu proses menguraikan apa yang bermain di fikiran dan dalam proses mematangkan pemikiran kita sendiri.he he ada gaya pakar saikologi tak jawapan mcm ni.. :)

ryn's said...

luahkan segalanya..kamu pasti akan berasa lega walaupun sedikit...

Arechick Lana said...

MASIH BERPIKIR PASAL APA SEBENARNYA NIE..HUHU

KONFLIK.KONFLIK

Aidafidah said...

Mau tau? Kena jumpa dulu hehehe!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog