Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, September 29, 2008

Jalan2 di Jusco One Utama

Selepas seharian mengemas, akhirnya kami keluar p jalan2, susah hati jugak mengingatkan baju raya anak2 belum ada lagi, jadi kami p jugak carik.... tapi mula2 sampai, kami p makan dulu, dah berbuka kat umah tadi takde makan pape.... penat mengemas kononnyer.... gambor makanan aku lupe nak mengambik,
tapi nilah baki makanannyer.....KRZ nak suap Rafiq kuah tomyam ni...jom kita tengok apa gaya si Rafiq....hehehehe...Fatin pulak mintak bawang....Rafiq....Rafiq dan KRZ...
Lepas dah dapat baju untuk anak2, kononnya nak cari lagi sorang sepasang, dah Rafiq terjerit2 lapor, jadi kami p baby room nie...
Tengok gaya Fatin, gaya Rafiq....KRZ yang bancuh susu....
Lepas tu, p cari bateri rechargeable utk camera, kan ke aku suka amik gambor.... bateri yang ada memang dah tak leh guna... tapi tak beli lagi...tengok jer dulu....
Tengoklah anak2 dengan gembiranya memunggah bateri....balik umah baru aku amik gambor baju depa...ni baju Fatin....ini pulak baju Rafiq...bestnya dapat baju raya!!! SELAMAT HARI RAYA!!!

Sunday, September 28, 2008

Hadiah Buat Bonda & Nenda

Assalamualaikum...

Buat tatapan Bonda dan Nenda yang amat kami rindui yang berada jauh nuuuuunnnn di Selama, Perak, semoga berada dalam keadaan sihat walafiat....

Maafkan anakanda berdua...kerana tidak dapat bersama2 di pagi Aidilfitri tahun ini, bukannya anakanda sengaja, tetapi keadaan memaksa....

Bersama ini, ingin anakanda paparkan hadiah yang anakanda belikan khas buat bonda dan nenda tersayang....

Buat Nenda....

Buat Bonda....

Sekali lagi anakanda berdua mohon ampun dan maaf sekiranya selama ini ada perbuatan atau perkataan anakanda yang telah mengguris hati dan perasaan bonda dan nenda, tidak terniat dihati anakanda berdua untuk berbuat demikian.... Salam Sayang;

Aida&Rizal

KHAS UNTUK BONDA

ISTIMEWA KUTUJUKAN PAPARAN KALI INI
KHAS BUAT BONDAKU YANG TERSAYANG
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Buat Bondaku,
RAPIAH BINTI HAJI MOHAMAD
Mak,
Betapa sayunya hati ini bila Aida terkenangkan saat2 kita bersama dulu,
Betapa kita bersusah payah dalam banyak perkara...
Sejak dari Aida kecil lagi, sudah mak percaya untuk meletakkan
satu amanah yang ku gelar tanggungjawab.... di atas pundakku ini...
Mak,
Aida masih mengingati disaat mak keluar ke Pejabat Pos Seksyen 16 setiap bulan, biasanya memang mak akan tinggalkan Aida dengan Amat dan arwah abah... Walau pun waktu itu Aida memang teringin sangat nak ikut mak tapi Aida tahu, Aida kakak...dan harus tinggal di rumah... Sedikit pun tak terasa ralat kerana ditinggalkan, malah Aida seronok kerana dapat membantu mak... Pertama kali seingat Aida, melihat mak menangis, waktu salah seorang Abang buat hal...padahal waktu tu dia sekolah pun belum habis...sejak hari tu Aida tekad takkan buat mak menangis kerana Aida... Sayu hati Aida bila mengingatkan peristiwa tersebut....
Mak,
Sewaktu arwah abah di penghujung hayatnya, adakah mak masih lagi mengingati saat2 itu? Secara tiba2 semua abang&kakak tiba2 berpindah rumah, maklumlah, arwah abah sakit, banyak menyusahkan, perlu selalu ke hospital, tengah2 malam menjerit...dengan mengamuknya lagi...siapa yang boleh tahan? Ingatkah mak lagi pada malam sebelum abah pergi meninggalkan kita buat selama2nya, mak demam...Hanya Aida yang ada di rumah, Amat pula menemankan arwah abah di hospital.... Adakah mak tahu, Aida jatuh terduduk, gelap pandangan ketika menerima berita sedih itu? Tapi Aida gagahkan hati untuk bangun dan pergi beritahu mak... Dalam perasaan yang bercampur baur, siapa yang memandu kereta membawa mak ke hospital...
Mak,
Adakah mak masih mengingati sewaktu mak mula2 mengetahui mak mengidap darah tinggi? Waktu itu, Aida baru saja tiba dari Pulau Pinang, mak mengadu tangan kiri mak tak boleh nak diangkat, bila Aida tanya adakah mak sudah memberitahu abang&kakak, mak mengatakan bahawa mereka hanya mengetawakan mak, mengatakan mak sengaja mengada2kan cerita, kerana sewaktu itu juga ibu mertua kakak sakit barah payudara...Aida juga yang membawa mak ke hospital, Aida jugak yang menelefon abang2&kakak2 memarahi mereka kerana tak pernah ambil pusing tentang mak...
Ampunkan Aida mak,
sungguh berdosa Aida mengungkit apa yang pernah Aida lakukan... Aida sedar, jasa mak membesarkan Aida tak terbayar harganya...Terima kasih mak....kerana tidak membuang Aida, tidak menghantar Aida kepada sesiapa, terima kasih kerana membela Aida dari kecil sehingga Aida habis belajar...
Biarlah Aida luahkan apa yang terbuku dihati Aida selama ini... Aida tak suka melihat abang2 dan kakak2 membuli mak, mereka hanya berbaik dgn mak selama ini sekiranya mak mempunyai kepentingan pada mereka... apabila mak tak mampu memberi apa2 pada mereka, lihatlah apa yang mereka lakukan pada mak... memang Aida jauh hati bila mak bagaikan tak kenal Aida sejak berlaku peristiwa itu, sebab itulah Aida sudah lagi tidak seperti dulu...
Aida yang mak kenal dulu seorang yang sangat defensif, seorang pembela... terutamanya mak, kerana sakit hati Aida bila mereka memperlakukan mak sesuka hati, berjanji segunung intan, tapi apa yang mak dapat?
Maafkan Aida, mak, memang Aida pernah berkata yang Aida tak mungkin tinggalkan mak, tapi kini??? Siapa yang tinggalkan siapa? Sekarang Aida tiada disisi emak untuk membela mak lagi, apatah lagi diri sendiri...jadi mudahlah mereka mengabaikan Aida dengan sewenang2nya... mudahlah mereka mengatakan macam2 tentang diri Aida... Biarlah, meraka...biarkan mereka buat sesuka hati mereka... sudah Aida katakan bahawa Aida tidak lagi seperti dulu... Sekali sekala Aida menelefon mak, pasti ada ayat yang akan mengguris hati Aida, tapi tak pernah Aida peduli itu semua kerana Aida sedang bahagia dengan jalan yang Aida pilih...
Mak, doakanlah kesejahteraan hidup Aida dan keluarga...Maafkanlah segala salah silap Aida pada mak...sesungguhnya tidak sekali pun Aida terniat untuk menyinggung perasaan mak...Maafkanlah anak mak ni....Wassalam...
p/s: Aida harap mak suka hadiah dari Aida nie...

Berbuka@Seri TTDI

Seperti biasa kami sampai bila cukup2 masa jer...
setia menanti ni ha, loving couple....Gaya Fatin sebelum makan....KRZ dengan air tembikai....Aku dok dalam 10 minit baru aku prasan table belakang meja kami tu terletaknya 5 org kengkawan satu sekolah dgn aku dulu... sorang jer yang sekelas dgn aku dulu Khairul Anuar, tapi yang lain tu sumanya aku masih kenal... Nak jugak depa pegang2 Rafiq....Lepas makan adalah lepaking time.... tak lama kemudian ahli baru KCT sampai, maaflah dik, akak tak tahu namamu...tapi akak tepekkan Hello Kittymu yang sangat menawan kalbu.....Kemudian kami p lepaking kat dataran bawah...lama gak, aku sempat tido lagi sambil teman Acik melayan "Baik Punya Cilok!", pastu gerak p Sri Pandan, 13....tak lama pastuh...KRZ ajak balik.....sudahnya Fatin tak mau balik....berkenan sungguh dgn Acik yer....Ala Fatin, kasilah Acik kamu tu chance nak dating ngan bf dia tu....kan ke dah nak balik kampung, beraya...hu hu hu...jangan ,marah yer Acik.....
Selamat Hari Raya!!!!

Hari Sabtu Seperti Biasa

Seperti Sabtu2 yang lain, entah kami tidak tahu mengapa kebosanan melanda kehidupan kami...pagi2 lagi KRZ seperti biasa p basuh keta...aku dokla melayan anak2 yang baru bangun...
Rafiq...dan Fatin....
Kemudian, Fatin mintak nasik, aku masak nasik, goreng telur, suap depa makan...lepas KRZ masuk, kami tiduq sampai pukul 2, bangkit2...terus bersiap nak p jalan2 kat One Utama kata KRZ.....
Ni gambar aku otw, Fatin, Rafiq...dan KRZ yang seperti biasa sedang qso....Sampai2 punyalah ramai org, terpaksa naik tingkat 5...
tengok adik bataks memandang ke langit yang luas terbentang....Fatin yang nak sangat dudok atas stroller... masuk2 JJ, punyalah ramai org, pusing satu round terus keluar.....
aku belanja Fatin makan aiskrim...Rafiq pun rasa jugak.....Ehm....sedapnyer....Kemudian, aku dapat sms dari Acik, ngajak berbuka bersama, set saja kami ni, selagi boleh kan?...citernya dalam next entry yer...Tunggu!!!!

Majlis Berbuka Puasa KCT

Bertempat di Geng's Corner, KCT telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa khas untuk semua ahli dan kaum keluarga....Mana lah sempat kami nak tiba sebelum waktu berbuka, KRZ walaupun dah pulang awal dari sekolah,samapi rumah pun dah pukul 6.30, mana dia nak masuk mandi lagi kan...jadi kami berbuka dalam keta dulu, makan kek lapis dan coklat badam...bila kami sampai...
terasa sungguh istimewa kerana satu meja dan satu hidangan disediakan khas untuk kami, tetiba juga terasa romantik...
mungkin anda pelik melihat gambar ini kerana tak kelihatan Rafiq...sebaik kami tiba, Rafiq terus didukung oleh Ejan Kancil....
Sesudah makan, it is time to get serious!!!
Bendahari aktiviti bersama bendahari kelab...Jenuh jugak mengira sebab ada shortage... 3 orang tak datang...
ni pulak Rafiq makan buah oren, sungguh pandai adik buat muka yer....Rafiq bersama uncle....
Dah jemu duduk di dalam, mike minta duduk diluar, maklumlah tak boleh nak berasap kan kat dalam?
Waktu snap ni, Fatin baru jer lepas aku mandikan...
tu yang nak ikat rambut tu....Rafiq punyalah lapar sampai nak makan sikat!!! hi hi hi... sebenarnya bukan lapa, tapi dia main....
Uncle dgn aweks baru....
Tamat kisah berbuka di Geng's Corner, kami pulang selepas jam menunjukkan 12.30...oh!!! Aku sangat penat malam itu.....bye!

Suasana aidilfitri di SKBSD 1-2008

Hari Jumaat merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya selama 1 minggu, sejak dari pagi lagi dah mula terasa suasana nak beraya, bila aku masuk kelas 2 Setia,
ku lihat Azril sibuk mengagihkan duit raya....bebudak tersangatlah happy.....Sekadar happy jer...
nak bagi ucapan pon tak tau, mintak maaf lagilah...seronok nak dapat duit jer....kemudian jam 12.00 tengahari, suasana di bilik guru bertukar...
jadi sangat meriah, dengan bebudak ramai, acara peluk cium dan bersalaman dimerata tempat.... Aku dan Mary...Sue dan Nurul....Azril, Kar & Aku....Sembang menyembang....Lambai melambai....Kemudian aku masuk opis, ada kad raya besar dari kakitangan pejabat khas untuk kami ...hu hu hu...
Cik Lea, ada kesalahan ejaan tu...sila ambil perhatian....
Sebelum aku balik, sempat jugak aku snap gambor Hana ni...Apa pun, selamat Hari Raya Kawan2, maafkan aku diatas segala keganasan aku pada korang, aku memang suka jerit2, marah2, tapi bukan aku tak suka kat korang, kadang2 ada sesetengah perangai korang yang memang aku menyampah... itu jer....kira 0-0 tahun ni, lepas ni bolehlah himpun semula...hehehehe....sekali lagi...SALAM AIDILFITRI

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog