Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 28, 2008

Suasana aidilfitri di SKBSD 1-2008

Hari Jumaat merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya selama 1 minggu, sejak dari pagi lagi dah mula terasa suasana nak beraya, bila aku masuk kelas 2 Setia,
ku lihat Azril sibuk mengagihkan duit raya....bebudak tersangatlah happy.....Sekadar happy jer...
nak bagi ucapan pon tak tau, mintak maaf lagilah...seronok nak dapat duit jer....kemudian jam 12.00 tengahari, suasana di bilik guru bertukar...
jadi sangat meriah, dengan bebudak ramai, acara peluk cium dan bersalaman dimerata tempat.... Aku dan Mary...Sue dan Nurul....Azril, Kar & Aku....Sembang menyembang....Lambai melambai....Kemudian aku masuk opis, ada kad raya besar dari kakitangan pejabat khas untuk kami ...hu hu hu...
Cik Lea, ada kesalahan ejaan tu...sila ambil perhatian....
Sebelum aku balik, sempat jugak aku snap gambor Hana ni...Apa pun, selamat Hari Raya Kawan2, maafkan aku diatas segala keganasan aku pada korang, aku memang suka jerit2, marah2, tapi bukan aku tak suka kat korang, kadang2 ada sesetengah perangai korang yang memang aku menyampah... itu jer....kira 0-0 tahun ni, lepas ni bolehlah himpun semula...hehehehe....sekali lagi...SALAM AIDILFITRI

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog