Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, September 23, 2008

Mari Masak Gulai Daging KRZ! (GD KRZ)

Oh! Sekarang KRZ tak berahi nak makan ayam, jadi semuanya berunsurkan daging...ikan boleh jer tapi dia lebih suka daging....jadi hari semalam aku telah masak gulai daging yang aku namakan GD KRZ!....
Bahan2
1. Santan 100ml (Air 200ml)
2. Serbuk kari NIVAS
(dibancuhkan dengan air-jangan terlalu pekat yer) 3. Ubi kentang dipotong kecil
4. Daging yang sudah empuk direbus 5. Secarik daun kari
(yang gambar ni sample jer...)
Cara2 Memasak
1.Mula2 panaskan minyak dalam periuk 2. Masukkan perencah ayam/daging NIVAS - goreng sehingga berubah warna 3. Masukkan daging + Halia - Gaul sehingga rata 4. Masukkan santan + Kacau sebati 5. Masukkan ubi 6. Masukkan air + gaul7. Masukkan 2 sudu besar cili boh 7. Gaul dengan api kecil sehingga mendidih * Garam boleh dimasukkan secukup rasa
Inilah dia hasilnya....
Semalam juga merupakan hari yang special kerana aku dengan bersemangat nak buat kuih....alah, kuih buah melaka jer....
Bahan2
1. Gula Melaka ditarah dgn parang
2. Tepung pulut 1/2 kg
3. Pewarna Hijau Epal
4. Air
Cara2
1. Bancuh tepung pulut sehingga boleh digentel 2. Buat bulat2, tekan dengan ibu jari dan masukkan gula melaka 3. Gentel semula tepung yang sudah diisi gula melaka tadi....
-Berikut adalah susunan yang dah siap digentel... Cara masaknyer pun senang iaitu :
1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan bebola kedalam air perlahan2 3. Tunggu hingga bebola timbul, 4. Sementara menunggu bebola tersebut timbul bolehlah sambil2 menyediakan kelapa parut....
* Masa beli kelapa parut, pesanlah pada org kat kedai tu, nak kelapa yang putih sahaja (untuk buat kuih) * Masukkan sedikit garam diatas kelapa parut * gaulkan sehingga rata... 5.Pastikan bebola dah benar2 timbul barulah diangkat dan ditoskan...6.Letakkan diatas pinggan kelapa + Golek2kan... 7. Letakkan dalam pinggan & dah siap!!! Last but not least, today's drinks...Cincau sejuk....
Nyam Nyam Nyam!!!!

2 comments:

Arechick Lana said...

whoaaaaaaaaaaaaa~!!

kari daging itu nampak sedapppppp!
buah melaka pon sedappppp..
tp nape nama dia kari daging KRZ?
di masak guna daging KRZ ke?? ;p

aisey..rugi x buke kat umah akak!
wakakak!

Aidafidah said...

Sabo yer... nanti akak buatkan....

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog