Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 28, 2008

KHAS UNTUK BONDA

ISTIMEWA KUTUJUKAN PAPARAN KALI INI
KHAS BUAT BONDAKU YANG TERSAYANG
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Buat Bondaku,
RAPIAH BINTI HAJI MOHAMAD
Mak,
Betapa sayunya hati ini bila Aida terkenangkan saat2 kita bersama dulu,
Betapa kita bersusah payah dalam banyak perkara...
Sejak dari Aida kecil lagi, sudah mak percaya untuk meletakkan
satu amanah yang ku gelar tanggungjawab.... di atas pundakku ini...
Mak,
Aida masih mengingati disaat mak keluar ke Pejabat Pos Seksyen 16 setiap bulan, biasanya memang mak akan tinggalkan Aida dengan Amat dan arwah abah... Walau pun waktu itu Aida memang teringin sangat nak ikut mak tapi Aida tahu, Aida kakak...dan harus tinggal di rumah... Sedikit pun tak terasa ralat kerana ditinggalkan, malah Aida seronok kerana dapat membantu mak... Pertama kali seingat Aida, melihat mak menangis, waktu salah seorang Abang buat hal...padahal waktu tu dia sekolah pun belum habis...sejak hari tu Aida tekad takkan buat mak menangis kerana Aida... Sayu hati Aida bila mengingatkan peristiwa tersebut....
Mak,
Sewaktu arwah abah di penghujung hayatnya, adakah mak masih lagi mengingati saat2 itu? Secara tiba2 semua abang&kakak tiba2 berpindah rumah, maklumlah, arwah abah sakit, banyak menyusahkan, perlu selalu ke hospital, tengah2 malam menjerit...dengan mengamuknya lagi...siapa yang boleh tahan? Ingatkah mak lagi pada malam sebelum abah pergi meninggalkan kita buat selama2nya, mak demam...Hanya Aida yang ada di rumah, Amat pula menemankan arwah abah di hospital.... Adakah mak tahu, Aida jatuh terduduk, gelap pandangan ketika menerima berita sedih itu? Tapi Aida gagahkan hati untuk bangun dan pergi beritahu mak... Dalam perasaan yang bercampur baur, siapa yang memandu kereta membawa mak ke hospital...
Mak,
Adakah mak masih mengingati sewaktu mak mula2 mengetahui mak mengidap darah tinggi? Waktu itu, Aida baru saja tiba dari Pulau Pinang, mak mengadu tangan kiri mak tak boleh nak diangkat, bila Aida tanya adakah mak sudah memberitahu abang&kakak, mak mengatakan bahawa mereka hanya mengetawakan mak, mengatakan mak sengaja mengada2kan cerita, kerana sewaktu itu juga ibu mertua kakak sakit barah payudara...Aida juga yang membawa mak ke hospital, Aida jugak yang menelefon abang2&kakak2 memarahi mereka kerana tak pernah ambil pusing tentang mak...
Ampunkan Aida mak,
sungguh berdosa Aida mengungkit apa yang pernah Aida lakukan... Aida sedar, jasa mak membesarkan Aida tak terbayar harganya...Terima kasih mak....kerana tidak membuang Aida, tidak menghantar Aida kepada sesiapa, terima kasih kerana membela Aida dari kecil sehingga Aida habis belajar...
Biarlah Aida luahkan apa yang terbuku dihati Aida selama ini... Aida tak suka melihat abang2 dan kakak2 membuli mak, mereka hanya berbaik dgn mak selama ini sekiranya mak mempunyai kepentingan pada mereka... apabila mak tak mampu memberi apa2 pada mereka, lihatlah apa yang mereka lakukan pada mak... memang Aida jauh hati bila mak bagaikan tak kenal Aida sejak berlaku peristiwa itu, sebab itulah Aida sudah lagi tidak seperti dulu...
Aida yang mak kenal dulu seorang yang sangat defensif, seorang pembela... terutamanya mak, kerana sakit hati Aida bila mereka memperlakukan mak sesuka hati, berjanji segunung intan, tapi apa yang mak dapat?
Maafkan Aida, mak, memang Aida pernah berkata yang Aida tak mungkin tinggalkan mak, tapi kini??? Siapa yang tinggalkan siapa? Sekarang Aida tiada disisi emak untuk membela mak lagi, apatah lagi diri sendiri...jadi mudahlah mereka mengabaikan Aida dengan sewenang2nya... mudahlah mereka mengatakan macam2 tentang diri Aida... Biarlah, meraka...biarkan mereka buat sesuka hati mereka... sudah Aida katakan bahawa Aida tidak lagi seperti dulu... Sekali sekala Aida menelefon mak, pasti ada ayat yang akan mengguris hati Aida, tapi tak pernah Aida peduli itu semua kerana Aida sedang bahagia dengan jalan yang Aida pilih...
Mak, doakanlah kesejahteraan hidup Aida dan keluarga...Maafkanlah segala salah silap Aida pada mak...sesungguhnya tidak sekali pun Aida terniat untuk menyinggung perasaan mak...Maafkanlah anak mak ni....Wassalam...
p/s: Aida harap mak suka hadiah dari Aida nie...

2 comments:

Arechick Lana said...

tsk.tsk..sobs!

sedeynya entry!!!

Aidafidah said...

wawawawawaaaaaaaaaaaa!!!!!

akak pon sedey jugak....

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog