Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, January 31, 2009

Iklan: Apa Biebo Sedang Buat?

Saja jer nih, dah publish pong gambar nih tapi KRZ baru perasan.... jadi seronok aku nak kongsi dgn hangpa semua.... Masa dok bancuh dedak buat umpan mancing tempoh hari la nih.... tengok pulak Fatin memandang dengan penuh minat dan teringin nak main lambung umpan serupa Biebo! Hehehe! Bye!

Lepaskan Rindu Dendam Pada Anak2

Sebenarnya kami hantar anak2 awal sehari ke rumah pengasuh, kan citer p mancing tu takde anak2... ha itulah pasalnya... malam tu aku ngan KRZ jadi teringat sangat kat anak2....
so KRZ berjanji nak p amik anak bwk
p jalan2 dulu sebelum ke Kem Tekali.... Mari kita tengok beg KRZ... katanya rindu nak p manjat gunung bila tengok beg nih...
sampai2 umah Kak Sal,
Fatin meloncat kegembiraan, sementara Rafiq buat muka konpius
nak ikut kami atau tidak...
nak tahu kenapa beliau konpius? Sebab kat umah Kak Sal, dialah satu2nya hero... Kak Sal ada sorang jer anak laki tapi dijaga oleh neneknya, cucu pon pompuan, kiranya Rafiq ni manja yang teramat sangat la kat situ... sampai OU juga dia buat muka konpius gitu.... Kendian bila sampai paking keta, Fatin kata "Anashnye, nak pakai popi Patin!"
Aku pun bagi dia pakai topi mancing ni.... Rafiq pulak dah mari semangatnya nak bertatih.... Aksi dua beradik dalam lif... Kami terus menuju ke Arena Foodcourt kerana aku sama KRZ sangat kelubur yer....
Gambar2 kat Arena adalah seperti berikut... Lepas makan kami p ronda2 jumpa tempat sand art...
kali ni buat yang lain pulak,
dari macam ni....kepada macam ni...Cantikkan?....
RM8 setiap satu, mahai nak mampuih!
Sebelum balik terserempak dengan kawan lama di maktab dulu, Lan Bersin (kata KRZ sebab dia suka bersin)....
Kemudian kami hantar anak semula ke umah Kak Sal
sebelum bergegas ke Kem Tekali....
Dalam kul 4.50ptg kami sampai.... KRZ terus kalut cari geng... tipon tak dapat...
antara yang hadir kat podium dan akhir sekali muka penat aku....Bye!

Friday, January 30, 2009

Malam Pertama di Tekali

Mula2 ada ucapan alu2an dari penolong pengarah Pusat Ko. Tuan haji Ibrahim namanya,
orangnya sangat sporting serta sangat rajin.... bukan macam kebanyakan bos yer, asik nak duduk dalam opis saja... Takde apa2 yang menarik pong, pembahagian kumpulan...
kami yang pompuan ni semua takde kumpulan... bebas nak masuk kumpulan mana2...
aku p nak ngendeng ngak KRZ, boleh dia halau aku! Memang hampeh la ko! Aku p la tempat lain(boleh kemudiannya dia siap bagi ayat cover kata dia dengar depa kata pompuan bahagian fail... tak tahu bahagian fail memang pompuan tapi dah tak boleh masuk dah!) Tak tahu tak mahu bertanya, kalau isteri dihalau2, kalau aweks apa pulak cerita, mesti ko panggil2 kan? Sakit hati aku.... Tulah KRZ, orang cakap tak mahu tumpu, tak berapa dengar.... Last2 aku yang makan hati! Kepada lelaki2 di luar sana, berubahlah demi kebaikan... bukan nak suruh berubah sebab orang lain... cubalah peka, jangan pekak! Ngape tetiba aku emo? Adush!!!!
.
Baiklah gambar terakhir, muka penat aku.... Jumpa lagi yer! Bye!

Mentibang!

Sangatlah besar mentibang yang kami jumpa
sewaktu mengemas tempat Ikhtiar Hidup tersebut... spesis ulat gonggok la tu....
Sengaja aku letak kaki kat situ nak bagi tengok saiznya...
Korang takut tak?

Selamat Kembali ke Kem!

Nak tunjuk tempat tido aku....

dalam khemah besar,
tepi hutan....
Nanti ada citer lagi...
baru dapat masuk tadi...
dah kena mula tugasan....
Nantikan!

Berita Baik!

Aku dapat tau yang aku boleh ngapdet kat hutan!
Gembiranya!
Tapi aku lupa bawak notebook!
Tu yang aku balik umah ngambik sambil KRZ
amik suar yang ketinggalan!
Yeahoo!!!
Tunggu!!!!

Thursday, January 29, 2009

Menakjubkan! Turun 286 kg

BERBADAN seberat 286 kilogram (kg), David Smith diberi tempoh empat bulan untuk hidup.Hampa dan malu dengan nasib dirinya, Smith adalah lelaki malang yang terpenjara dalam rasa rendah diri sehingga dia terpaksa berkurung di dalam rumah hampir sepanjang hari. “Saya tidak akan keluar rumah sebelum hari gelap,” katanya menceritakan pengalamannya satu masa dulu.Keadaan fizikal Smith - dianggarkan sama beratnya dengan seekor beruang perang - menjadi kronik disebabkan ketagihannya kepada makanan ringan dan tinggi lemak.Setiap hari, menu pilihannya adalah pizza, burger, cokelat dan makanan ringan disulam minuman bergas.Di luar rumah, Smith yang ketika itu berusia 26 tahun tidak dipedulikan kecuali untuk menjadi bahan tertawa kawan dan dibuli.Digelar sebagai ‘lelaki gajah’, tidak mengejutkan jika tiada wanita mahu mendekatinya.Pernah satu ketika, katanya, dia terfikir untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan ejekan serta keadaan fizikalnya.Namun, keadaan berubah selepas Smith, 31, bertemu dengan jurulatih kecergasan yang juga juruhebah radio, Chris Powell. “Saya sedar bersimpati pada diri sendiri dan bersedih tidak mengubah nasib saya,” katanya.Untuk mengubah keadaan, Smith terpaksa melalui proses latihan panjang dan menjerihkan - membakar kalori bersarang dalam tubuhnya dengan riadah di dalam gimnasium.Apabila keadaan mengizinkan, setiap hari Smith berjoging untuk jarak yang jauh dan rutin itu berterusan sehingga 26 bulan.Menu hariannya juga bertukar sama sekali daripada makanan ringan dan manis kepada makanan berkhasiat, seperti pasta dan salad.Melalui kaedah latihan intensif, berat badan Smith menurun kepada 102 kg.Menceritakan detik awal perubahan hidupnya, Smith berkata, kali pertama dia mahu memulakan latihan itu adalah pengalaman buruk.“Saya tidak mempunyai keyakinan diri tetapi Powell memberi galakan supaya saya berusaha mengubah keadaan,” katanya.Tempoh beberapa bulan pertama, kata Smith, memang menyeksakan.Katanya, Powell meyakinkannya bahawa berlaku penyusutan berat badan.Bagaimanapun, kata Smith, dia tidak yakin kerana apabila memandang cermin, keadaan dirasakan sebaliknya.“Memulakan latihan sangat sukar kerana untuk berjalan sejauh 1.5 meter pun saya bertungkus-lumus untuk bernafas,” katanya.Sedikit demi sedikit, keadaan bertambah baik dan berat badannya menurun.Keadaan itu belum cukup menyelesaikan masalah.Lebihan kulit akibat kegemukan bertahun-tahun menjadikan fizikal Smith kekal hodoh.Untuk mengatasi masalah itu, Smith terpaksa menjalani pembedahan membuang lebihan itu sebanyak empat kali dalam tempoh setahun di sebuah hospital pakar di Phoenix, Arizona.Dia juga melalui proses pembedahan laser pada mata dan membetulkan giginya yang rosak akibat terlalu banyak mengambil makanan bergula.Selepas melalui proses itu, Smith tampil sebagai manusia baru yang bersemangat tinggi.Malah, dia kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan dan gigih memberi pendidikan kepada golongan muda untuk menjaga kesihatan. Pada masa sama, hidupnya tidak lagi kesepian.“Kini saya adalah Smith yang baru, sama ada secara fizikal atau mental.“Saya juga ada teman wanita,” katanya.Sementara itu, Powell berkata, dia sendiri tidak pasti bagaimana hasil rutin latihan disediakannya untuk Smith.“Saya tidak pasti bagaimana keadaan seseorang mempunyai berat sehingga lebih 200 kilogram,” katanya.Ketika bertemu pertama kali, kata Powell, Smith tidak mahu bertentang mata dengannya kerana malu dan kecewa.“Jiwanya seolah-olah mati, tetapi kini dia tampil sebagai lelaki bersemangat dan mampu memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Mancing di Batu-Bata

Tajuk di atas memang tak menarik langsung tapi tetap ada ceritanya.... Lepas kami pos anak2 kat umah pengasuh, terus gerak pegi Shah Alam..
.
sampai di Kolam Batu - Bata dalam kul 5.30 terus daftar dan cari port mana yang berkenan.... Tengah jalan, jumpa seekor kucing yang baring
atas pangkin dengan gaya ala-ala harimau.... sesungguhnya banyak kucing yang comel2 di situ....
aw! jadi ibu kucing sat!
.
Bila dah jumpa port sesuai, aku dan Acik duduk kekonon nak makan, rupanya pinggan tertinggal dalam keta.... jadi kami pun keluar semula untuk mengambil pinggan... hidangannya mee goreng tak berapa pedas (kata Biebo) sama nasi lauk ayam halia la.... Dah alang2 keluar, kami terus g beli air memandangkan kat situ cuma ada air tin saja.... siap beli stok bekalan kuih muih lagi... gila tamak beli banyak2....
.
Kembali semula ke kolam,
aku tengok KRZ sedang khusyuk... sama jugak dengan 2 org lagi pemancing....
Punyalah lama nak dapat ikan...
Kira2 jam 7.30, KRZ berjaya menaikkan seekor rohu....mujur ada juga pemberi semangat kan?
Kalau tak hampeh! RM90 untuk sekati ikan saja?
Tak berbaloi... tak berbaloi...
(kalau nak berbaloi sila kunjungi Kamdar yang berhampiran!)
.
Dalam kul 9 tu, hujan mula turun menyebabkan kami berteduh bawah pondok....
jam 9.30 kami pun bersiap2 untuk pulang
tapi sebelum itu masa untuk posing!
Lepas tu lepak kat Ali 7,
tapi aku dah selamat berlayar ke negeri mana aku pun tak tau,
KRZ saja tango2 bersama adik2 kat situ....
Lepak dalam 1/2 jam kata KRZ, kami pun pulang...
aku pulak, sedar2 dah kat paking keta tepi apartment...mengantuk!!!!!!

Fatin makan biskut marie!

Ni kejadian berlaku selepas aku masak ayam masak merah tempoh hari. Fatin nak biskut, aku pun bukak plastik baru la untuk bagi dia... tapi bukak tu depan dia pastuh yang baki tu aku letak atas meja dapur.... dah dapat satu masing2 keluar dari dapur, sambil aku sibuk ngadap pc nih.... tengok2,
aku terkejut tengok dia pegang sesuatu..... Nampak macam beger..... rupanya bila dah habis roti sekeping,
dia pergi ambil semua baki roti atas meja,
pegang cantik2,
dan makan sikit - sikit.... Bila KRZ nampak, aku yang kena marah....
bukan aku bagi, dia amik sendiri....
Macam2 Fatin ni....

Melepak di Shah Alam Part II

Haih! Apasal aku macam malas saja nak ngapdet nih... memandangkan esok aku dah nak p kem selama 4 hari, maka aku tak mau pending lagi mana citer yang ada... Mesti aku akan merindui blog aku nih... walau pun tak canggih mana, tapi aku sayang sangat...
.
Ok, sambung citer.... Dari tasik kami terus ke Tesco Shah Alam, khas untuk aku menyalin lampin pakai buang anak2... sambil mandikan juga... depa ni kan pantang tak boleh panas...
.
Lepas anak2 dah siap,
kami ni sampai tak tahu nak pegi lepak mana.... Shah Alam adalah bandar raya yang tiada pusat hiburan yer...
Sambil2 tengok2 keta kami dok fikir....
Mana nak lepak nih?Dan satu lagi tempat tu bernyamuk...
habish kami diserang nyamuk!
Tetiba Acik dapat idea nak masukkan anak2 dalam troli
supaya lebih mudah dikawal....
kemudian Fizi pulak ambil alih.... KRZ dengan skill dodo sambil berdiri.... dahsyat yer!
Cayalah!
Pikir punya pikir .....last2 decided nak p makan kerang goreng kat Seksyen 6,
tapi hampa...
pastuh depa suggest makan kat Ubi Kayu...
Oklah, kami ikut saja....
rupanya kami dah pernah makan di situ,
nama tempat makan tu Kota Anggerik....sekali lagi hampa sebab gerai yang jual ubi kayu tu tutup....
Last2 aku makan sotong kangkung...... Aku teringin nak makan dah lama,
dari mengandung Rafiq lagi...
tapi bukan mengidam yer...
saja nak makan jer....
Kemudian kami oder kepak ayam madu..... teringat2 rasanya....
tak lupa juga sate ayam yang kuahnya sangat sedap ..... serta sebungkus nasi himpit...... Makan2 sambil menganyam isu2 semasa
seperti 'print out' dan juga gambar percutian kami yang dah publish
dalam K-Kompak... terperasan kesalahan ejaan ini....
sizzling jadi sizeling.... sweet sour jadi sweat sour! Aduyai!
Terbahak2 kitaorang!
Masam Manis jadi Peluh Masam!
So funny and at the same time I am very mad!
Kenapa orang kita sangat sambil lewa yer bila buat kerja?
Bila nak ubah sikap aku pun tak tau....
Nanti bila org kata bangsa kita macam2 pandai pulak nak marah....
Sesudah kami selesai makan,
Abg Rozi n family sampai.... kami sambung lepak untuk teman depa makan pula....
Jam sudah melangkaui 10.30, kami pun pulang....
sempat amik gambar Fatin ni.... dan juga lampu di pokok
berdekatan dengan tempat makan tersebut..... Kemudian kami terus pulang! Bye!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog