Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, January 8, 2009

Aktiviti Transisi Part I

Hari ini aku rasa seronok kerana berjaya jugak melaksanakan apa yang dirancang, nak buat untaian 'rantai gergasi' ..... Memang bila dengar jer nama ni, bebudak terus teruja nak buat.... Saja nak bagitau korang, kalau nama kerja, kalau takde cabaran atau masalah... memang tak thrill... nak buktikan kecekapan kita (bukanlah nak kata aku cekap sangat tau!) kita haruslah sentiasa cuba mencari jalan agar segala masalah dan cabaran itu berjaya kita atasi.....
.
Cabaran aku walau pun tak sehebat masalah orang yang buat akaun, tapi sebenarnya mampu mengganggu gugat tahap kesabaran jugak... cabarannya: Nak buat aktiviti tak cukup bahan, bebudak takde gam... Memang korang akan kata apa yang susahnya, p la beli gam.... bukan aku tak mahu beli, bukan aku tak mampu beli, tapi selama mana kita perlu beri subsidi? Bebudak takde gam aku boleh hulur duit belikan, esok2 aku takde duit, aku nak korek mana? sapa pulak nak tolong aku?
.
So, semalam aku dah bahagikan bebudak kepada beberapa kumpulan, dan mereka pun happy sangat dapat bersama ahli kumpulan lain.... Nak tahu nama2 kumpulan mereka?
1. Power Rangers
2. Ultraman
3. Ben 10
4. Duyong
5. Barbies
6. Raja
7. Robot
8. Transformers
9. Superman
Ada 1 kumpulan lagi aku lupa la... tapi aku rasa korang boleh bayangkan apa nama yang bebudak suka kan...
.
Untuk menyelesaikan masalah takde gam, aku suruh bebudak yang ada bawak gam kumpulkan gam atas meja, kira2 semua termasuk gam aku ngam2 sepuluh..
.
Ok cantik! Aku passing kertas warna yang dah siap dipotong beserta gam kepada setiap kumpulan....Kemudian mereka ni pun dengan excitednya memulakan tugasan mereka.... macam2 ragam, semangat nak buat, kelakor sebenarnya, tapi aku tak kasi chance... aku buat muka ganazzzzz jerk.... hehehe..
.
Iklan:~ ni nak tunjuk... dua murid ni, sorang Husna Jamilah kakaknya Nawal Hannan.... Muiz Zafri abangnya Mukhriz Zahim... tengok, dah 4 tahun aku kat sekolah ni tau... abang, kakak, adik semua aku dah ajar....
~Iklan tamat.
.
Kemudian sebagai penyelaras Tahun Satu, aku kena la p melawat kelas2 tahun satu yang lain... aku pasti semua orang buat kerja.... Nilah buktinya.... Ni pulak cikgu baru kat skul, Wan.... Comei tak? Aku rasa dia ni sangat comei kalau jumpa secara live la...dalam gambar ni nampak macam biasa jer...Akhirnya bebudak dah berjaya buat... kendian sambung panjang2 dan gantung kat tingkap...masing2 muka bangga jer..... Ok tamat satu kisah. Ikuti Part II pula selepas ini...

1 comment:

Arechick Lana said...

motip untaian tu kak??tak paham..tp nampak cam bebudak tu sgt sonok.jeles..zaman acik dulu takdak pong.

pekata lepak Qaseh sok kita buat??heehe

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog