Tuesday, January 6, 2009

Mari Memancing - Kali Pertama

Terus terang ku khabarkan bahawasanya belum pun habis kami membasuh baju2 dari Cherating, kami sudahpun berjalan ke tempat lain, kali ini ke satu tempat mancing yang akan ditunjuk jalan oleh Pizi....
Memula, semua berkumpul di Al-Rafi Bistro kerana peristiwa berdarah di Upin.....
Kami sibuk juga tayang2 persiapan, sambil2 tu Ejan&Ina tinggal keta kat situ... depa naik dengan Pizi....
Sampai di Sukida Resort, kami terpesona dengan keindahan & kenyamanan kolam serta kejinakkan 3 ekor kuda yang bebas berlari ke sana-ke mari....
Seperti biasa, mestilah khemah anak2 yang penting
untuk kami siapkan supaya tak mengganggu
bila nak memasang2 umpan.... Aku yang ada anak2 ni pun sibuk nak memancing tau!
Bila anak2 dikurung, barulah kami rasa amat yakin nak menyediakan umpan..... Setelah umpan disediakan...
yang terdiri daripada cacing2 serta bancuhan dedak,
pemancing2 sambilan ini pun dengan penuh semangat membaling umpan menggunakan joran ke dalam kolam.... Aku dan Fatin yang menyibukkan diri ngendeng kat KRZ.... Pemancing 'tegar'.... Oh! Ada seorang artis yang sedang membuat pergambaran Trek Selebriti di situ, Miss A bersama anak aku, Fatin.... Aku pun tak ketinggalan menimbang sebelum
melontar ke dalam kolam! Orang yang pertama dapat ikan adalah adik.... semua yang memasang umpan dapat ikan waima
seekor talapia pun... seingat aku, Fizi kot yang pulang dengan kehampaan..... Bila hari petang, mereka pun beralih ke kolam yang lain (tapi masih di kawasan yang sama)... waktu ni aku jadi penunggu khemah saja sebab semua bag ditinggalkan...
.
Inilah gambar di kolam sebelah.... Akhirnya seekor ikan patin berjaya dinaikkan oleh adik... oh betapa gembiranya kami.... sementara bersiap hendak pulang, Fatin bersuara "Ummi, nak pek!" susah nak faham tau apa yang dia nak sebenarnya, rupa2nya dia mahukan kerepek yang Acik pegang.... bila dah dapat, terus diam dan sepahkan dalam keta KRZ pula....kemudian kami terus pulang dan bersetuju untuk ke kedai makan berhampiran rumah presiden KCT iaitu RBD..... Inilah hasilnya asam pedas ikan patin, patin 3 rasa serta talapia goreng....
sangat superb masakan dia.... tak rugi wooo. sangat2 berpuas hati memang jauh langit dari bumi kalau nak dibandingkan dengan Yang's Seafood kat Cherating ari tuh.... Kami makan dengan ditemani oleh RBD serta Juan sama Emy... Oleh sebab keesokan harinya aku dan KRZ akan memulakan tugasan, kami terpaksa pulang awal dan tak dapat nak melepak2..... Sekian, terima kasih!

1 comment:

Arechick Lana said...

pengalaman yg sgt best kann kak..terutamanya part makan busat tu ha..terasa sedap gile hasil tangkapan para nelayan pro iteww...gagaga~!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog