Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, January 22, 2009

Aktiviti Transisi - Part VII

Adakah anda sudah jemu dengan aktiviti transisi ini, kan? Aku pun terasa boring juga dah hari2 terakhir nih.... cerita transisi ni biar aku sudahi pada part VII ni saja, malas dah.... hari esok hari terakhir tapi aku rasa bukan ada apa yang menarik la... Aktiviti pertama bermula dengan tajuk Pakaian Tradisional. Murid2 perlu mewarna sebelu menggunting dan menampal di atas kertas yang telah disediakan..... Kemudian kertas tersbut perlu disimpan di dalam meja kerana akan digunakan semula selepas rehat.... jadi sambil budak2 sibuk, aku pun sibuk jugak memotong kertas warna untuk aktiviti lepas rehat.... Lepas siap pakaian tradisional, murid2 perlu belajar cara2 untuk mengisi buku nilam. Ini ilmu penting kerana mereka akan melakukan ini sehingga mereka menghabiskan persekolahan di peringkat menengah nanti.... Selepas rehat, aku sibuk mengagihkan kertas warna pada setiap kelas..... budak2 perlu mengoyakkan kertas warna itu dan menampal sehingga penuh pada gambar yang telah disediakan.... Bila dah siap, perlu diwarnakan latar belakang supaya lebih cantik.... Hasilnya:-
.
.
.
Jam 1.10 petang pula ada mesyuarat Merentas Desa dan Ko-Kurikulum. Khas untuk hari merentas desa dan juga sistem penialain ko-ku. Bebudak sekarang dah tak boleh lepas lagi dari aktiviti ko-ku.... Dan tak boleh selalu sangat keluar sebab banyak markah akan terbazir.... Kiranya kehadiran dan penglibatan sama penting sekarang nih.... kalau tak minat pun, silah pupuk minat tu yer.... kalau tidak, diri sendiri yang rugi..... Ok, tamat sudah....Bye!

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog