Sambutan tahun baru kami hanya di tengah jalan, sebenarnya aku suka juga nak tengok bunga api... tapi sebab dah terjatuh hati memancing, kami korbankan bunga api.... demi memancing! Sampai2 jer kaum bapak dan colan2 suami semuanya sibuk memasang khemah... Tapi aku sama Acik sempat saja posing sana sini....Oleh sebab tiada isteri beliau yang mengikuti rombongan memancing ini, maka beliau terus sahaja meyiapkan joran yer.... Acik sama Ida... Tetiba macam nak tukar nama jadi Nor pulak....Anak2 aku semuanya lena tu yang kena cepat2 siapkan khemah.... dalam masa 5 minit, khemah siap dipasang, maka aku pon masuk khemah sama2 anakanda2.. sempat saja amik gambar pemancing2 sambilan nie.... Aku dodo sat bangun baca novel sat sambil2 dengar org laki mengumpat 'pakcik' : kemaruk la, gila bet**a la..., sauk rokok la, DBKL, awek pramugari la... tetiba terdengar namaku disebut, terus aku sound.... Aku memang kalau tengah tidur pun mesti akan terjaga kalau ada orang sebut nama aku... memang dari dulu... Tapi itu kalau aku tak tidur pengsan la.... Jam menghampiri ke angka 4 pagi tapi seekor ikan pun masih belum hinggap di joran2 mereka... Tetiba Fatin bangun dan kelaparan...aku bagi dia makan twiggies.... Jalan2 sat pastuh Fatin tido balik... 5 minit sebelum pukul 6, tetiba kedengaran seekor gajah remaja berlari gedebuk gedebak bergegar tanah.... kan ke aku dalam khemah sambil berbaringan (tak mengaku tido tau!)... terus aku bangun.... Lupa nak perkenalkan gambar gajah remaja tersebut yang berlari mendapatkan jorannya yang mengena..... Kelihatan KRZ sama Ayin bergambar bersama hasil tangkapan gajah remaja (bukan nama sebenar).... 5 minit sebelum jam 7, Apiki pulak bangun.... sambil kemamau dia rela dipegang oleh sesiapa jua.... Tetiba aku ternampak seekor ulat bulu...aduyai, kalau kena ni, lambat nak hilang gatlnya.... jadi aku tolong buangkan dulu.... Macam nilah gambar pemandangan di kolam Tangguk Tangguk.... ok lah kan.... 7.10 pagi kelihatan Biebo dah tak tertahan matanya cuba nak melelapkan mata..... Kuintai khemah sebelah, penghuninya masih belum mahu bangun walupun ada gajah berlari tadi..... takpelah.... aku pula ditemani oleh seekor kucing yang sangat manja.... Jam 7.14 pagi, joran Biebo pulak mengena.... sungguh best saat itu kerana secara tiba2 kami semua menyaksikan seekor ikan meloncat di tengah tasik....rupa2nya dia cuba nak melepaskan diri.... terus Biebo yang kekonon nak tidur dari meloncat jugak keluar dari sleeping bag untuk mendapatkan ikan tersebut.... Inilah ikannya, sila abaikan kaki Fizi yer... Kemudian KRZ pun berubah tempat dengan semangat baru tapi tetap hampa juga..... tetiba KRZ marah2 kerana nampak ayam yang mencuri umpannya...dan aku tetiba bertanya "Kenapa tetiba kamu kemari? Kamu kata kamu tak minat memancing?" .... Dengan tertangkapnya ikan rohu tersebut, orang khemah sebelah semuanya bangun....Rafiq pula tertidur.... Aku pulak termenung2 memandang tasik sambil mengulit Si Chomel..... Tepat jam 9, kami gerak nak ke Sukida Resort pula.... sebelum tu singgah di Hutan Rekreasi Sg Tekala ini untuk mandi manda.... Kelihatan KRZ sedang cuba mendapatkan siaran radio.... Semua orang mandi kecuali aku sama Acik.... tak selesa.... sebelum balik dapat amik gambar ni... dan gambar di Sukida takdak sebab dah citer ari tuh....Cuma nak tunjuk hasil tangkapan ni saja.... Sekian, terima kasih!
1 comment:
hehehe.panjang lebar cite kita mancing ni kan..adoi.cam lawok giler nama 'gajah remaja'..sib baik x cakap gajah r*g*ak..hehehe.
Post a Comment