Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, January 3, 2009

FamilyDay@Cherating-PartXII

Selepas puas bergambar, kami memulakan perjalanan... tapi masih lagi belum mahu pulang kerana bercadang nak bergambar di Teluk Cempedak (TC). Tapi sebelum ke TC, kami perlu berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak, membeli jajan serta juga menambah saham. Saksikan aksi2 di Stesen Minyak Petronas Cherating berikut...... Selepas berada di situ lebih kurang suku jam, kami bergegas untuk ke kedai yang menjual keropok lekor dan satar... ini kira repeat la.... nak balas sebelum balik kan.... Lagi pun, Juan sama Emy belum try lagi... depa kan baru sampai semalamnya... jadi kami pun makan dengan bersungguh2 seperti sebelumnya.... Inilah rupa satar yer....
Juan, sila ngap sekarang!
Sisa pembalut satar.... Ini ada bela ke?
Punyalah banyak yang kami makan....
Ada satu aksi iaitu gaya Acik ni.... diambil oleh Fatin...
.
Selepas kenyang dan penuh perut, kami terus ke TC..... perjalanan agak lancar cuma hujan renyai2 yang membantutkan mood nak berjalan.... Mujur waktu kami baru sampai tu panas, jadi dapatlah kami bergambar..... Kemudian kami terpaksa melalui jambatan untuk sampai ke port paling lawa kat TC tu... sambil2 jalan dan mendaki, ada pondok2 yang menarik dan kami pasti tak lupa berhenti untuk bergambar..... Nilah photographer kami.....KRZ yang susah mahu senyum... hehehehe... Bila sampai ke destinasi, kami pun bergambar lagik..... tetiba hujan turun... mula2 renyai2 saja, kami masih rileks.... tetiba hujan lebat..... Maka banner KCT adalah sangat berguna menjadi payung keretapi untuk kami kembali ke tempat parkir dengan selamat....(padahal aku basah lencun pon....) Sangat penat oooo memegang banner tu...lenguh sungguh.... tapi aku rasa yang paling lenguh tentulah Biebo sebab dia dukung Fatin..... Bila sampai, kami mencari kedai untuk minum2....duduk di satu gerai yang takde orang, duduk....tetiba pakcik kedai sebelah datang mintak kerusi, rupanya kami salah duduk.... kenapa yer, ada orang macam2... aku tak berani nak kata apa2... sama ada pakcik sebelah tu berkira kedekut nak mampos atau makcik tuan gerai yang kami duduk tu memang tak disukai....Hmmm.... macam2 perangai manusia ni..... sabar jelah.....

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog