Friday, July 17, 2009

Anak Itu Bukan Milik Kita

Sejak kebelakangan ini, aku berasa sungguh sedih mendengar cerita kehilangan anak2 rakan2ku di skul. Owh, sedihnya. Betapa belum sampai masanya untuk kita menimang anak itu, dia sudah dijemput Tuhan.
.
Rakan yang pertama ku panggil Lily. Bermula dengan pendarahan dan berakhir dengan keguguran. Begitu juga kisahnya dengan Ety.
.
Satu lagi kes yang menyedihkan, Pn. Zai. Anak yang dikandungnya sudah berusia hampir 5 bulan. Dan kandungannya kembar. Didapati salah seorang anak beliau sudah meninggal dunia. Dan yang seorang lagi terpaksa dilahirkan secara paksa. Selang masa setengah jam saja anak itu hidup di bumi ini. Kemudian, dia juga turut dipanggil menghadap Tuhan!
.
Terbaru, seorang rakan Ryn juga turut mengalami nasib yang sama. Sedih memang sedih tapi itulah percaturan hidup kita. Buruk baik hadapilah dengan tabah. Buat rakan2 ku, ketahuilah sesungguhnya Tuhan tidak menduga orang yang lemah!

2 comments:

ryn's said...

hmmm...simpati kepada semua..huhuh..semlm terbit air mata gak utk kawan tuh..rupe2nye dia anak yatim piatu..

rb said...

hakikatnya memang sedih bagi ibu dan bapa, hakikatnya juga anak itu sedang bergembira dengan nikmat di sana sambil menunggu kehadiran ibubapanya.

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog