Saturday, August 29, 2009

Ramadhan : Menggamit Memori

Lihatlah gambar kami sekeluarga pada 1 Syawal 1422 yang lalu (kalau salah maaflah tapi tahun masihinya ialah 2001) .
Inilah kami beraya tanpa insan yang bergelar abah disisi. Arwah abah meninggalkan kami pada 2 Ramadhan. Lain sungguh rasanya, kerana jika tidak ada saja nyanyian dan gelak tawa arwah menghiasi Hari Kemenangan kami. Sudah cukup puas aku mengenang perihal arwah abah, cukuplah setakat itu, kerana aku tak mahu air mataku terus berjuraian . Aku merupakan kemanjaan arwah sementelah berjarak 7 tahun dengan abangku (yg berbaju merah). Tapi kemanjaan itu tidak lama apabila arwah abah ditimpa kecelakaan pada tahun 1985. Walau arwah sakit, masih lagi menghiburkan kami dengan nyanyian lagu2 P.Ramlee dan juga lagu Tamil. Jangan tak percaya, aku masih mengingati rentak dan liriknya. Walau aku yakin sebutanku hancuuuussss!!!!!
.
Apa pun untuk seluruh umat Islam yang singgah membaca di blog kesayanganku ini, SELAMAT BERPUASA!

1 comment:

lillies said...

salam..
eh, tu yang arwah abah akak dukung tu akak ker? sejibik macam fatinla....kalau x sebab gamba tu mcm tu mesti lily dah ingat tu fatin tau...

ape2 pun sedekahkan arwah dgn al fatihah agar arwah tenang di sana...kenangla kenangan yang ada selagi kita mampu....take care dear..

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog