Saturday, June 13, 2009

Perkhemahan Gabungan SM & SR Siri 2

Ya, dengar cerita, kebanyakan jurulatih yang asal tak dapat menghadirkan diri, jadi sebab jiran depan umah aku dah setuju nak menjaga anak2 jadi kami sama2 bertugas di Kem Tekali pada 10-12 Jun yang lalu. Bila kami sampai kem, memang takde orang pun tapi menjelang petang, jumlah jurulatih sudah terlebih. Tapi aku adalah suka kerana sangat seronok buat kerja kalau ada rakan ramai2. Kurang penat dan enjoy jugak!
.
Malam pertama tu, sewaktu mesyuarat, KRZ awal2 lagi pilih high elemen : Flying Fox.... dan aku mestilah pilih minat aku ikhtiar hidup kan, aku kan suka.... Jadi kami terpisah. Janganlah korang semua nak salah sangka melihat gambar2 aku dengan org lain yer.... Memang kami suka macam tu, senang nak buat kejer...
.
So, hari kedua camping tu, pagi2 aku dok tepi kolam, tengok bebudak mancing secara tradisional. Gunakan bertam sebagai joran.... Aku berjaya juga pancing 3 ekor ikan lampam menggunakan cara tersebut. Tapi aku tak ambik gambar. Gambar ni sengaja ku tumpang PKB-JRS ni.... dia dapat 2 ekor ikan sekaligus! Apa pun tahniah yer! Pelajar2 perlu memancing sekurang2nya 4 ekor ikan dalam satu kumpulan sebelum menyiang, membersihkan, memasak dan makan sendiri. Aku takdelah kerja nak menyiang dan membersih bagai! Makan aku pandai! Nilah rupa ikan limbat bakar super duper sedap tanpa rasa hanyir! Terima kasih pada Soberi (tengah)kerana membasuh dan memasak dengan cemerlang. Pelajar ini dengan gembiranya menunjukkan ikannya yang dah masak! Pada aku ikannya dah agak rentung!
Hehehhehe!
Layankan ajer.....
Kumpulan pelajar perempuan.... Kumpulan pelajar lelaki....
Petang pula kami masuk kolam buat aktiviti air. Malam tu ada persembahan... walau pun penat tapi kami gagahkan badan duduk menonton persembahan pelajar2.... KRZ takde sebab beliau adalah pengacara majlis, dan aku adalah malas nak p interprem depan bebudak.... Esoknya, Jumaat adalah hari terakhir. Citernya dalam next entry... Bye!

2 comments:

ryn's said...

waa..makan ikan tu yg best..heheh..siang ikan tak best

Arechick Lana said...

hak3..ikan rentung.so punny deh!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog