Wednesday, June 3, 2009

Redang Island ~ Pre

Alkisah bermula di rumah, sekalut2nya ku ngan KRZ menyiap barang. Aku memang suka siap awal tapi, mana sempat da....
.
Kena pulak hari Rabu tu pengasuh bagi berita mengejutkan, mintak bayaran satu malam RM50 untuk 2 orang anak sekiranya kami nak tinggalkan malam.... I was about to say "What the....?" to her on that day. Tapi pikir panjang la kan. Mujur dia jumpa ngan aku sekarang, kalau jumpa aku yang dulu, ko siap la kena hambur dengan aku.
.
Apa kejadahnya satu malam sampai 50 hinggit. Tambah lagi budak, kejenya adalah tido jer. Dan selama ni dia yang bagitau anak2 aku berperangai baik dengan dia, walau pun kat umah sikit lagi leh kawan dengan hantu nak gambarkan betapa lasaknyer.
.
KRZ pula baru balik Khamis malam tu dan pagi Jumaat dah pegi keje. Petang Jumaat tu memang kami betul2 seperti flat tyre. Nak jalang <----- (sempena balik dari Ganu) pun tak boleh. Tu yang dodo sampai kul 8.30 malam.
.
Bangun2 terus siap beg dalam kul 9.30 baru KRZ tengok surat panggilan aku, boleh dia bunyik "Da patut mendaftar di Kem Tekali sejam yang lalu!" Maka bermula episod kalut aku. Dalam kalut2 aku bersyukur kerana aku takde tertinggal barang2 keperluan. Semuanya ada. Barang2 aku memang dari dulu aku tak boleh nak reduce kalau time2 bercamping nih. Aku tau pasti beg aku yang terbesar. Tapi takper, bukan nak kena carry bag sampai atas gunung kan...
.
KRZ hantar aku sampai kem. On the way, aku cuba nak amik gambar anak2 dan KRZ, tapi hasilnya tak berapa nak memberangsangkan.
Anak2 lagi dahsyat, masing2 tak sudi pon nak pandang momi nie.... hehehehehe....
Waktu kat Pekan Batu 14, dengar2 kat radio depa nak bertolak, kalutlah KRZ memecut. Akhirnya aku sampai kem jam 10.30 dan bas yang dah standby terus gerak bila aku naik...

1 comment:

Arechick Lana said...

welcome home kak!!

sila update marathon okies... :P

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog