Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, September 15, 2009

Bisik-bisik Menggugat Perasaan

Ruangan bisik-bisik adalah wajib aku baca bila baca suratkhabar Utusan Malaysia atas talian. Hari ini, apabila selesai aku membaca, secara tiba-tiba ada satu getaran dari hati aku.
.
Aku sebak, sedih. Aku tidak mahu kamu semua turut sedih sebenarnya, tapi sekurang-kurangnya cuba baca kandungannya dengan hati dan jiwa seorang anak Malaysia.
.
ARKIB : 14/09/2009
.
BISIK-BISIK
.
TUN Dr. Mahathir Mohamad, negarawan ulung negara menjadi sasaran biadap dan kurang ajar segelintir perwakilan MIC pada perhimpunan agung parti itu semalam.
.
Salah seorang perwakilan parti itu mencadangkan - di dalam dewan keramat UMNO, Dewan Merdeka - supaya Dr. Mahathir diberikan kalungan selipar.
.
Samy Vellu, presiden parti selama 28 tahun itu - hanya memerhati dan mendengar.Semasa Dr. Mahathir berada di tampuk pemerintahan, Samylah sanggup menyuapkan kek ke mulut orang tua itu, saban tahun.
.
Hari ini, Tun Dr. Mahathir tidak bernilai lagi.
.
Awang Selamat
.
Aku bukan pro atau kontra sesiapa. Aku cuma penjawat awam. Aku juga tidak menyokong atau membuat bantahan sekiranya ada berlaku atau aku cuma ada terdengar cakap-cakap orang.
.
Aku bersuara menggunakan hak aku ketika mengundi saja. Tapi rencana tersebut membuatkan aku terfikir, jahilnya rakyat Malaysia ini.
.
Aku selalu ingat satu perkara, kenangi seseorang akan kebaikannya. Kalau kita kenangi jahatnya, pasti dia jadi musuh kita.
.
Aku juga tidak menafikan kita semua manusia biasa, tidak dapat lari dari membuat salah, tapi takkanlah kamu semua tidak dapat nampak apa yang Tun Mahathir sudah berjaya buat pada negara kita...
.
Malas hendak tulis banyak-banyak. Nanti aku dituduh macam-macam pula. Fikirlah sendiri.....

1 comment:

Anonymous said...

politik di malaysia kalau dihalusi sifatnya memang teruk. istilah hari ni kawan esok lawan jadi prinsip ahli politik. kalau disenaraikan satu persatu keburukan berpolitik di malaysia masakini mugnkin kita boleh faham kenapa keadaan semua ni boleh berlaku. kerana politik kebenaran dalam agama pun sanggup mereka nafikan. - my 2 cents opinion.

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog