Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, November 10, 2008

Bubur Ikan Special

Dah lama rasanya aku tak buatkan bubur ikan untuk anak2 aku, asyik2 perasa daging atau ayam, jadi sempena hari minggu aku dapat belikan ikan segar.... Mula2 sila rebus setengah cawan nasi bersama hirisan halia yer, pastikan anda memasukkan air yang lebih dari biasa.... kemudian,
sila blender ikan bilis sebagai perasa yer, aku sangat tidak soka memasukkan pak aji dalam masakan aku....
kemudian siang sayur kecil yer...
untuk mempelbagaikan tekstur, sila beli sayur yang beraneka jenis.... antara yang wajib, ubi kentang dan lobak, untuk variasi hari ini, asparagus dan bunga kobis..... Campak jer sayur semua dalam periuk tadi.... agak2 nak masak, masukkan garam secukup rasa (tolong jangan terlebih garam yer-potong selera anak2)....
bila dah masak semua sayur, barulah dimasukkan ikan..... Mmmmm...sungguh sedap, tapi sayang tak dapat tahan lama kerana lauknya adalah ikan!!!!!

1 comment:

Arechick Lana said...

campak sekor2??x bertulangkah kak??

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog