Tuesday, October 27, 2009

Update: Susulan 22 pelajar hilang: Hanya 3 dihanyutkan

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.
.
Mayat seorang murid perempuan dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah temui 8.40 pagi tadi manakala dua lagi masih hilang. - Bernama
.
Semoga yang masih hilang tue selamat...Aminnn....

Tragedi Kem 1Malaysia!

Haih! Berdebar rasa hati bila baca berita ni....
KAMPAR:Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kirakira 10.30 malam tadi.Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.
.
Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
.
Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.
.
Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.
.
Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.
.
Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.
.
Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya."Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.
.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
.
Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.
.
Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik."Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.
.
Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.
.
Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas. Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.
.
Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.
.
Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kirakira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kirakira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.- BERNAMA
.
Bukan apa aku nak g bertugas petang ni. Tapi aktiviti hanya kat sekolah kat tengah bandar. Jadi kompom takde sungai. Apa pun kena selalu beringat safety first. Doakan keselamatan aku dan anak2 murid aku ye.....

Tak Senonoh ~ Pembaca bawah umur sila tutup mata!

Hmmm.... aku amik gambar ni dari rumah. Ke rumah bawah blog sebelah. Yang aku perasan, family tu ada anak kecik2 dan aku agak mungkin ada sorang anak dara yang biliknya di tepi laluan nak ke taman jer.
.
Yang boleh aku agak ada anak dara tu pasal selalu aku nampak buipren dia bertenggek kat tingkap bilik dia. Adakalanya bertukar2 baju pulak. Atau mungkin juga anak bujang. Entahlah.....Ketika hujan turun seorang anak muda keluar dengan memakai boxer lalu menari2 tak ketahuan gayanya.
.
Mula2 aku tengok kerana nak tahu, apa yang bising2 terjerit2.
.
Rupanya2 ada rain shower.
.
Sebab depa sudah lebey buat bising dan sangat over, aku p la amik camera dan amik gambar. Nak sangat orang tengok kan?
.
Amik kau aku publish bagi satu dunia tengok!
.
Yang tambah menyakitkan hati,
siap ada kawan rakam lagi aksi tak senonoh tu.
.
Hai, ada hati nak keluarkan kat youtube ker?
Macam2 budak sekarang ni, kan?

This is It (movie)

Lalalalala...
kami dah dapat tiket untuk menonton filem MJ - This Is It! Hmm... KRZ sangat tidak membina kerana katanya
sedutan filem boleh ditengok melalui youtube.
Hehe! Tak pasti ada lagi tak tiketnya
tapi memang jualan dah mula la.
Waktu aku g beli tu pun seat yang best tinggal sikit saja.
Kalau korang rasa nak g tengok,
apa tunggu lagi, g la beli!

Cuba-cuba

Hmm... balik dari Cameron Highland,
aku tak terus bagi anak2ku cuba pakai baju baru.
Saja tunggu KRZ balik dari camping baru aku pakaikan.
Gambar2 ni KRZ yang amik. Tetiba Apiki kata nak 'lat' (solat-sebenarnya).
Kalakar tengok gaya dia, kalau sujud siap terus meniarap.
Siap cium2 sejadah bagai.
Yang gaya ni bangkit dari sujud la kononnya...
Haha! Luculah kamu ni dik....
.
Dan satu lagi montaj pakai baju yang Sue Joshua bagi.
Ngam2 dengan anak2 aku jadi tak boleh simpan raya tahun depan.
Ha! Abish ku pakaikan. Rafiq nak juga beraksi, tapi Fatin leka tengok tv
sampai aku pun kena mrah sebab lindung pandangan dia ke tv.
Hailah anak2.....

Sambal Power

Semalam aku sakit perut dan terpaksa g klinik.
Semuanya gara2 sambal ikan bilis petai yang KRZ masak. Memang sedap dan terangkat kerana kepedasannya.
Adeh!

Monday, October 26, 2009

A Birthday Dedication!

Justify Full
  • Sudah2 berita sedih, mari raikan harijadi!
  • Kepada sahabatku Aili Airin,selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga kamu berbahagia sentiasa,dimurahkan rezeki dan peroleh kesejahteraan.
  • Ryn,kamu berkongsi tarikh kelahiran dengan arwah abah aku.
  • Al-Fatihah!
  • Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kecuaian aku, kebodohan aku. T_T

Ini bukan kali pertama. Entah kali keberapa. .
Aku memang cuai. Memang bodoh sombong kerana tidak sering mengingatkan diri sendiri. Akhirnya aku kehilangan henpon Express Music kesayangan yang KRZ bagi sempena besday aku tahun ni. Itulah hadiah pertama beliau sempena besdayku, tapi aku dah hilangkan. Memang aku cuai! Aku mengaku.
.
Oh! KRZ! Maafkan isterimu ini.... Uwaaaaaa!!!!!!
.
Menangis air mata darah pun tak berguna. Kisah bermula dalam keta sebelum keluar ke TESCO. Aku pegang kunci keta coure KRZ. Lantas aku tak masukkan dalam pouch bag. Aku masukkan dalam dashboard keta.
.
Kemudian, terbau sesuatu yang aneh! Rafiq berak. Terus ke baby room salin lampin. KRZ and Fatin lepak atas sopa dalam baby room. Naik ke supermarket, g cari corn flakes untuk Fatin. Jalan lambat2 tapi tak sampai setengah jam pun.
.
Waktu nak bayar baru perasan beg aku takde. Tak panik lagi, mintak ngan KRZ sebab beliau suka sorokkan beg aku. KRZ buat muke siyes kata dia tak amik. Terus aku tanya dia last dia nampak kat mana? Katanya kat Baby Room.
.
Lantas aku lari ke Baby Room tinggalkan KRZ bayar sorang2. NAN ADO! Aduh! Terasa mau pecah dado. Walau pun semua kad ATM, IC aku, Mykid anak2 serta lesen memandu kat dalam tu, aku lebih risaukan handphone. Kerana aku tau, aku takkan berjumpa lagi dengannya. Yang itu, yang KRZ beli.....
.
KRZ bertanyakan dimana kunci coure? Nasib baik aku simpan dalam dashboard tadi. Jadi kemarahan KRZ tidaklah terlalu.
.
Lantas kupinjam tipon KRZ tepon GPK mintak nombor tipon kawan yang boleh tanya orang untuk 'tengokkan' .... hasilnya HAMPA - orang itu admitted ke wad kerana darah tinggi plak. GPK bagi nasihat buat repot polis, aku kata memang nak buat pun tapi bukan sekarang.
.
Aku harus buat repot kat Khidmat Pelanggan Tesco terlebih dahulu. Mana tau, kot2 depa jumpa semula atau si pencurik itu mencampak beg aku tu di dalam kawasan Tesco... Lepas siap tulis repot, g cari BP Mutiara Damansara pulak.
.
Otw, sempat jugak tepon Maxis suruh block nombor tu sebab baru jer p bayar bil sambil2 dalam kepala terfikir betapa lecehnya nak g semua bank buat kad, bayar denda. G Jabatan Pendaftaran, buat Mykad baru + denda lgi. Kusut-kusut!
.
KRZ pusing 2 kali baru jumpa BP tu. Tengah2 buat laporan, KRZ yang tadi kata nak tunggu dalam keta datang dan berkata "Beg dah jumpa. Duit, kad semua ada, henpon saja yang takde!"
.
Aku meneruskan juga laporan sebagai langkah keselamatan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana tidak 5 sen pun duitku diambil. Kerana duitku tidak banyak mana. Aku bersyukur semuanya ada kecuali HANDPHONE.... Nangis lagik! Uwaaa!!!!!
.
Bersabarlah. <----nasihat kepada diri sendiri.
.
Kami kembali ke Tesco dan beg aku kembali kepangkuanku tanpa henponku. Aku sedih. Dan menerima nasihat dari suamiku.
"Cuai! Sebab itulah abang selalu mengingatkan diri abang, sebab abang pelupa."
Cukup ringkas dan amat padat padaku.
.
Aku sering sinis pada perbuatannya yang menekan alarm kereta berulang kali. Baru saja dikunci, sudah dibuka untuk dikunci semula. Ayatnya itu juga mengatakan aku bodoh sombong kerana aku juga pelupa tetapi sentiasa angkuh kerana tidak beringat. Maafkan aku wahai sayang!
Gambar terakhir yang sempatku transfer!

Cameron - Memang Berbaloi

Ada berita sedih ni.
.
Tapi aku ceritakan dulu sambungan g lawatan waktu kat Cameron Highland.
.
Selepas puas mengambil gambar di Mardi, kami dibawa ke Sungei Palas, tempat penanaman teh. Perjalanan memang mencabar sampai ada yang buat gaya naik roller coaster! Memang meriah! Haha! Tapi aku memang puas hati kerana mata aku ni sejuk memandang kehijauan di kiri kanan. Sebab tu aku duduk depan sebelah drebar udah gaya konduktor pula kata kawan2ku. Ngeh! Biarkan, janji aku boleh mengambil gambar sepuas hati.
.
Balik ke hotel untuk lunch sebelum sambung kurus pada jam 3.30ptg. Jam 5 dah tamat terus balik bilik menanti masa berlalu untuk menikmati STIMBOT! Sedapnya, tambah pulak da nasi goreng yang memang kegemaran aku tuh.... Mungkin sebab aku makan nasi makanya makan lauk pauk sedikit saja.
.
Makan stimbot ni buat aku teringat pada Acik, pada kenangan lalu yang tak mungkin berulang lagi.... Sapa2 yang terlibat jer paham...eh....T_T sedey tau!
.
Oklah, sambung lagi. Malam lepas stimbot ada satulagi slot kursus. Sama juga pagi2 tu ada sesi penutup serba ringkas dan lepas makan, gerak g Kea Farm cari bekal sikit untuk kawan2. Memang ada duit lebih tapi sebab belum sampai ke umah lagi, aku tak berani nak belanja sangat la. Bimbang terjadi apa2 dan takde uang kan ke payah? Balik2 terus g amik anak2 dan bila tengok muka depa ni, hilanglah penat memandu seharian! KRZ? dia p Kem 1Malaysia di SK Alam Megah. So, takdelah muka beliau dalam ini entri. Sekian, terima kasih.

Saturday, October 24, 2009

Rehatkan Minda

Thursday, October 22, 2009

Naik bas lalu ke MARDI...

Hai kengkawan... baru hari ni sempat nak update. Hari kedua kat CH, kami dibawa melawat kawasan2 menarik sekitar CH tu la. Berombongan naik bas bagai.
.
Tempat pertama yang dibawa adalah MARDI. Sampai2 aku terpegun tengok bunga2 berwarna-warni dan sangat cantik. Apa lagi, aku pun jadi tukang kebun sat terbongkok2 mencari sudut terbaik nak amik gambar. Nasib baik Canon dah sembuh. Jadi gambar memang superb la....
.
Sebelum masuk bergambar dengn Ketua Unit aku iaitu Puan Norliza Mustapa. Percaya atau tidak, beliau merupakan cikgu aku masa sekolah menengah... sekarang dah jadi rakan setugas! Ngeh3. Dan gambar depan poster adalah kat Pusat Informasi MARDI tu la. Masuk2 jer, nampak bunga besar2 berkembang elok.... Jalan2 lagi kat situ nampak lagi bunga2 yang berwarna-warni.... Tengok perbezaan 2 gambar nih.... Ini pulak bukan bunga plastik yer... cantik warnanya dan sangat unik!
Sebelum keluar, sempat singgah kat tempat tanaman epal. Inilah rupenya epal Malaysia. Sungguh kecik molek kan....
Rasa??? Tak tau tak rasa pun... hehe...
Sekian dulu kali ni, nanti akan ada lagi... Bye!

Tuesday, October 20, 2009

Teaser ~ Epal Snow White???

Tajuk Kursus

Kerana ada rakan tanya tajuk kursus, ni aku tepekkan gambar. Ada nak buat luahan perasaan tapi bebal sebab payah nak menaip.
Later je kalau ingat!
Hari kedua biasa2 saja,tak turun bekpes pasal nak tunggu Aimi. Last2 aku g sorang jer.Break jam 10 kami makan karipap sadin slim yang super sedap! Apa yang tak sedap dengan aku ni kan.
Sambil makan sambil skodeng cactus farm dengan pasar...
Macam teringin jer nak g melawat nanti....
Pas break,kami terus g naik bas ada lawatan.
Yahoooo!!! Me like lawatan!
Nantikan yer....
Bye!

Aku di Cameron Highland!

Aku kini berkursus di Cameron Highland sampai Rabu. Dapat panggilan pagi Isnin. Petang baru gerak, malam baru sampai. Nasib baik Aimi pun ikut, sama2 kena kursus, kalau tak... memandu sorang2....pasti borink!Aku menginap di Rosa Passadena. Malas nak ngapdet cerita kat sini kerana sangat payah nak menaip. Macam ketuk kayu tau! Keras! Adeh! Sakit jari! Bye!

Ole-ole dari Sue!

Cantik sungguh baju2 untuk anak2 pemberian Sue Joshua. Terima kasih daun keladi. Sudah dicuba pakai, semuanya memang padan dengan anak2 aku. Tunggu aku balik dari Cameron nie, nanti akan kupakaikan. Sama juga dengan candies,goodies dan dates dari Denmark ni, pun belum cuba lagi..... Tunggu masa je.....Hehe! Sekali lagi, terima kasih Sue Joshua....

Berkunjung Pula ke Rumah Rakan

Dari rumah aku kemudian kami terus kerumah RB/Kaksma yang terletak di Pedas-Linggi. Ketibaan kami disambut meriah dengan fries dan puding roti mabeles tersedia untuk dimakan. Terima kasih buat Abg Rad dan Kak Sma yang bersusah payah menyiapkan semuanya. Rojak Kak Sma memang POWER, sebab KRZ mengaku ada niat nak perabis yang dihidangkan tu. Nasib baik beliau masih boleh kontrol. Nasib tak baik, pasti aku tak merasa sebab aku g ke meja makan tu agak lambat dari depa. (Depa adalah : KRZ, MFJ, Kodai & Acik) . Tapi aku suka sangat laksa johor tu,sedap! . Anak2 pula macam2 perangai tau! Rafiq betul2 layan diri memunggah sana sini. Acid tengok jer kelakuan budak comot tu... Minta maaf Tuan Rumah yer... Fatin pulak, mengekor dak Rico mengendeng PSP. Haha! Tak sedar ker kamu tu kecik lagik! Hehe! . Sebelum balik posing bagai nak rak. Sedih pasal gambar aku ngan Kak Sma berdua jer takder. Lain kali kot. . Akhir kalam, terima kasih pada Tuan Rumah kerana sudi melayan kami yang kuat makan dan anak2ku yang melasak. Jangan serik yer!Malas nak ngapdet cerita kat sini kerana sangat payah nak menaip.

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog