Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 26, 2009

Cameron - Memang Berbaloi

Ada berita sedih ni.
.
Tapi aku ceritakan dulu sambungan g lawatan waktu kat Cameron Highland.
.
Selepas puas mengambil gambar di Mardi, kami dibawa ke Sungei Palas, tempat penanaman teh. Perjalanan memang mencabar sampai ada yang buat gaya naik roller coaster! Memang meriah! Haha! Tapi aku memang puas hati kerana mata aku ni sejuk memandang kehijauan di kiri kanan. Sebab tu aku duduk depan sebelah drebar udah gaya konduktor pula kata kawan2ku. Ngeh! Biarkan, janji aku boleh mengambil gambar sepuas hati.
.
Balik ke hotel untuk lunch sebelum sambung kurus pada jam 3.30ptg. Jam 5 dah tamat terus balik bilik menanti masa berlalu untuk menikmati STIMBOT! Sedapnya, tambah pulak da nasi goreng yang memang kegemaran aku tuh.... Mungkin sebab aku makan nasi makanya makan lauk pauk sedikit saja.
.
Makan stimbot ni buat aku teringat pada Acik, pada kenangan lalu yang tak mungkin berulang lagi.... Sapa2 yang terlibat jer paham...eh....T_T sedey tau!
.
Oklah, sambung lagi. Malam lepas stimbot ada satulagi slot kursus. Sama juga pagi2 tu ada sesi penutup serba ringkas dan lepas makan, gerak g Kea Farm cari bekal sikit untuk kawan2. Memang ada duit lebih tapi sebab belum sampai ke umah lagi, aku tak berani nak belanja sangat la. Bimbang terjadi apa2 dan takde uang kan ke payah? Balik2 terus g amik anak2 dan bila tengok muka depa ni, hilanglah penat memandu seharian! KRZ? dia p Kem 1Malaysia di SK Alam Megah. So, takdelah muka beliau dalam ini entri. Sekian, terima kasih.

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog