Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, October 22, 2009

Naik bas lalu ke MARDI...

Hai kengkawan... baru hari ni sempat nak update. Hari kedua kat CH, kami dibawa melawat kawasan2 menarik sekitar CH tu la. Berombongan naik bas bagai.
.
Tempat pertama yang dibawa adalah MARDI. Sampai2 aku terpegun tengok bunga2 berwarna-warni dan sangat cantik. Apa lagi, aku pun jadi tukang kebun sat terbongkok2 mencari sudut terbaik nak amik gambar. Nasib baik Canon dah sembuh. Jadi gambar memang superb la....
.
Sebelum masuk bergambar dengn Ketua Unit aku iaitu Puan Norliza Mustapa. Percaya atau tidak, beliau merupakan cikgu aku masa sekolah menengah... sekarang dah jadi rakan setugas! Ngeh3. Dan gambar depan poster adalah kat Pusat Informasi MARDI tu la. Masuk2 jer, nampak bunga besar2 berkembang elok.... Jalan2 lagi kat situ nampak lagi bunga2 yang berwarna-warni.... Tengok perbezaan 2 gambar nih.... Ini pulak bukan bunga plastik yer... cantik warnanya dan sangat unik!
Sebelum keluar, sempat singgah kat tempat tanaman epal. Inilah rupenya epal Malaysia. Sungguh kecik molek kan....
Rasa??? Tak tau tak rasa pun... hehe...
Sekian dulu kali ni, nanti akan ada lagi... Bye!

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog