Monday, October 26, 2009

Kecuaian aku, kebodohan aku. T_T

Ini bukan kali pertama. Entah kali keberapa. .
Aku memang cuai. Memang bodoh sombong kerana tidak sering mengingatkan diri sendiri. Akhirnya aku kehilangan henpon Express Music kesayangan yang KRZ bagi sempena besday aku tahun ni. Itulah hadiah pertama beliau sempena besdayku, tapi aku dah hilangkan. Memang aku cuai! Aku mengaku.
.
Oh! KRZ! Maafkan isterimu ini.... Uwaaaaaa!!!!!!
.
Menangis air mata darah pun tak berguna. Kisah bermula dalam keta sebelum keluar ke TESCO. Aku pegang kunci keta coure KRZ. Lantas aku tak masukkan dalam pouch bag. Aku masukkan dalam dashboard keta.
.
Kemudian, terbau sesuatu yang aneh! Rafiq berak. Terus ke baby room salin lampin. KRZ and Fatin lepak atas sopa dalam baby room. Naik ke supermarket, g cari corn flakes untuk Fatin. Jalan lambat2 tapi tak sampai setengah jam pun.
.
Waktu nak bayar baru perasan beg aku takde. Tak panik lagi, mintak ngan KRZ sebab beliau suka sorokkan beg aku. KRZ buat muke siyes kata dia tak amik. Terus aku tanya dia last dia nampak kat mana? Katanya kat Baby Room.
.
Lantas aku lari ke Baby Room tinggalkan KRZ bayar sorang2. NAN ADO! Aduh! Terasa mau pecah dado. Walau pun semua kad ATM, IC aku, Mykid anak2 serta lesen memandu kat dalam tu, aku lebih risaukan handphone. Kerana aku tau, aku takkan berjumpa lagi dengannya. Yang itu, yang KRZ beli.....
.
KRZ bertanyakan dimana kunci coure? Nasib baik aku simpan dalam dashboard tadi. Jadi kemarahan KRZ tidaklah terlalu.
.
Lantas kupinjam tipon KRZ tepon GPK mintak nombor tipon kawan yang boleh tanya orang untuk 'tengokkan' .... hasilnya HAMPA - orang itu admitted ke wad kerana darah tinggi plak. GPK bagi nasihat buat repot polis, aku kata memang nak buat pun tapi bukan sekarang.
.
Aku harus buat repot kat Khidmat Pelanggan Tesco terlebih dahulu. Mana tau, kot2 depa jumpa semula atau si pencurik itu mencampak beg aku tu di dalam kawasan Tesco... Lepas siap tulis repot, g cari BP Mutiara Damansara pulak.
.
Otw, sempat jugak tepon Maxis suruh block nombor tu sebab baru jer p bayar bil sambil2 dalam kepala terfikir betapa lecehnya nak g semua bank buat kad, bayar denda. G Jabatan Pendaftaran, buat Mykad baru + denda lgi. Kusut-kusut!
.
KRZ pusing 2 kali baru jumpa BP tu. Tengah2 buat laporan, KRZ yang tadi kata nak tunggu dalam keta datang dan berkata "Beg dah jumpa. Duit, kad semua ada, henpon saja yang takde!"
.
Aku meneruskan juga laporan sebagai langkah keselamatan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana tidak 5 sen pun duitku diambil. Kerana duitku tidak banyak mana. Aku bersyukur semuanya ada kecuali HANDPHONE.... Nangis lagik! Uwaaa!!!!!
.
Bersabarlah. <----nasihat kepada diri sendiri.
.
Kami kembali ke Tesco dan beg aku kembali kepangkuanku tanpa henponku. Aku sedih. Dan menerima nasihat dari suamiku.
"Cuai! Sebab itulah abang selalu mengingatkan diri abang, sebab abang pelupa."
Cukup ringkas dan amat padat padaku.
.
Aku sering sinis pada perbuatannya yang menekan alarm kereta berulang kali. Baru saja dikunci, sudah dibuka untuk dikunci semula. Ayatnya itu juga mengatakan aku bodoh sombong kerana aku juga pelupa tetapi sentiasa angkuh kerana tidak beringat. Maafkan aku wahai sayang!
Gambar terakhir yang sempatku transfer!

4 comments:

Acik Lana said...

omaigod!!sudah ilang??

sbb adiah kan...priceless.sentimental value...huhu

sabo kak sabo.taun depan cuba mintak iPhone lak.

PANG!

LadyD said...

la siannye...takpe henpon leh beli lagik..yg penting bende yg berharga yg kusut2 tu ada lagi...

Emy said...

sabo ye.. yg pntg brg2 b'harga yg lain masih ada.. kalo x, lg naya.. oh, tetiba t'igt insiden yg jd kat aku gak.. sedey... T_T..

zan-xray said...

aiyok.. kena pandang dari sudut positif gak kalau dah jadi macam ni.
moga lebih hati2.

Aku kalau dah ilang hp ni kena reda je lah, tapi nak ambil hp aku tu pun kasi baik sim kad ngan memori tu huhu banyak benda dan num dalam tu.

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog